Ujibakat McDonald's Storytelling Contest 2017 Secara Live Di McDonald's Mutiara Damansara

Untuk tahun 2017 sekali lagi, McDonald's Malaysia menganjurkan 'McDonald's Storytelling Contest' dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta yang paling terbaik. Peraduan yang mampu mengilap potensi anak-anak untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan apabila bercerita di hadapan orang ramai sememangnya setiap tahun mendapat sambutan penyertaan yang cukup memberangsangkan.

Cara penyertaan juga sangat mudah dengan hanya memuat naik video anak bercerita berdurasi tidak lebih 60 saat di Instagram.


Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Di mana ke semua 15 peserta akhir bakal menerima hadiah seperti:-

Hadiah Utama : Percutian Ke Tokyo Disneyland & DisneySea (4 pax famili)
Hadiah Pertama: Perctian Ke Hong Kong Disneyland & Oceon Park (4 pax famili)
Hadiah Kedua: Percutian Ke Shanghai Disney Resort (4 pax famili)
Hadiah Ketiga : Percutian Ke Thailand Cartoon Network Amazone Waterpark (4 pax famili)
Saguhati (11 orang) : Hadiah bernilai RM2,000 (setiap satu)


Dan saya begitu teruja kerana diberi kepercayaan menjadi salah seorang juri bersama dengan selebriti yang cukup dekat di hati kanak-kanak iaitu Pak Nil (Dato' Haji Aznil Nawawi) dan juga saudara Isaac Tan sahabat blogger saya seorang bapa kepada dua cahaya mata yang comel.

Peserta yang telah terpilih ke pusingan ujibakat bercerita secara 'live' ini adalah antara yang sedia hebat dan berbakat. Melihat segala persiapan dan semangat peserta-peserta ini dalam bersiap sedia untuk berada di atas pentas membuatkan saya begitu teruja.

Antara peserta yang termuda baru berusia 6 tahun, namun kepetahan beliau bercerita didalam bahasa melayu memang membuatkan saya kagum. Biarpun berbangsa cina namun saya dapat lihat betapa beliau sangat fasih bertutur dan melontar ayat dalam bahasa melayu dengan yakin sekali.

Apatah lagi anak ini, mampu mempamerkan pelbagai aksi dan memek reaksi yang mampu mencuit hati saya sebagai juri. Dan sebenarnya bukan anak ini sahaja, bahkan peserta-peserta lain semua hebat sama mempamerkan gaya mereka dalam bercerita.

Kawalan intonasi yang sangat baik. Mempeterjemahkan isi cerita dan dikaikan dengan nilai moral yang dikongsi bersama penonton lain. Bukankah ini sesuatu yang sangat bagus diterapkan kepada anak-anak kecil kita? Sambil bercerita anak-anak ini turut mengajak kawan-kawan mereka melakukan sesuatu yang baik menerusi nilai-nilai murni dari kisah yang disampaikan.

Dalam usia mereka yang masih muda, mereka mampu mengawal pentas. Bayangkan tanpa rasa gugup anak-anak ini berkongsi cerita sambil menggayakan aksi yang begitu mencuit hati.


Kolaborasi antara ibu/bapa bersama anak mereka dalam menyiapkan 'costume' dan props yang lain bagi menjayakan sesi bercerita memang membuatkan saya kagum. Kesungguhan dan kreatif  memainkan peranan dalam menjayakan watak yang mereka ingin hidupkan dalam cerita yang disampaikan.

Ada setengah peserta sangat bijak mencuri tumpuan penonton. Bukan hanya dengan membuat intonasi suara yang berlainan mengikut watak, bahkan anak kecil ini juga mengajak penonton untuk menjadi sebahagian watak yang diceritakan.

Kesungguhan menghayati cerita yang disampaikan menjadi lebih sempurna dengan penggunaan props yang sangat membantu dalam penceritaan. Saya sendiri begitu teruja melihat persiapan anak-anak di pusingan ini. 

Ada juga berkongsi cerita, mereka telah berlatih setiap hari bagi memastikan dapat memberi persembahan yang terbaik. Ini sekaligus mendidik anak-anak kecil untuk tidak berputus asa dan melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh sampai jaya.

Bagi saya sendiri, program seperti ini dapat membantu meningkatkan kemahiran penguasaan berbahasa samada Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Selain daripada melatih mereka untuk lebih berdikari dan berkeyakinan tinggi.

Kehadiran Ronald McDonald's sememangnya membakar semangat semangat kanak-kanak. Aksi Ronald yang begitu lucu menyebabkan karektornya menjadi kesukaan kanak-kanak tidak kira peringkat usia. Saya sendiri sebagai ibu pun seronok melihat gelagat Ronald melayani peminat ciliknya.

Ronald juga hebat bercerita rupanya. Tidak kering gusi mendengar gaya cerita Ronald yang begitu bersahaja. Namun dalam humornya terselit intipati moral yang harus anak-anak ini ikuti dan dijadikan pengajaran. Contohnya dalam cerita hari ini, moralnya "Jangan mungkiri janji".

Sebaik sahaja habis persembahan, ke semua para peserta bergambar kenangan bersama Pak Nil. Terpancar rasa gembira dan puas hati kerana ke semua peserta dapat memberikan persembahan yang terbaik daripada mereka.


Setiap peserta pusingan ujibakat akan diberi sijil penyertaan ya! Tanda penghargaan dan juga membuktikan anak ini pernah mencabar diri mereka untuk berentap dalam acara pusingan bercerita secara 'live' untuk McDonald's Storytelling Contest  2017. 

Syabas diucapkan kepada semua anak-anak yang berani. Dan moga berjaya kepada 15 finalis di acara akhir McDonald's Storytelling Contest  2017 tidak lama lagi.
Ujibakat McDonald's Storytelling Contest 2017 Secara Live Di McDonald's Mutiara Damansara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 27, 2017 Rating: 5

20 comments:

  1. wah..seronoknya. pengalaman tu..jadi juri and ngan pak nil plak tu.. best best!!

    ReplyDelete
  2. Salam singgah pagi jumaat :)
    Pengalaman yg sgt berhargaaa...

    ReplyDelete
  3. mummy ayu : alhamdulillah...tu la rezeki first time jadi juri pak nil....hehehehe

    ReplyDelete
  4. Nieyl : mmg berharga Nieyl..huhuhu..salam jumaat, moga hari ni baik2 utk kita semua...

    ReplyDelete
  5. Wah syok la u jadi juri dengan Pak Nil. Peramah tak Pak Nil?

    ReplyDelete
  6. Sal pun ada gak berangan nak masukkan anak dalam mana² story telling contest..cuma lom ada kesempatan lagi..

    ReplyDelete
  7. Wahh bestnya akak. Dah la dapat tengok show budak-budak semua tu. Jadi juri sekali gan pak nil pula. Bestnyaa!! Mesti senyum je sepanjang sesi tu kan

    ReplyDelete
  8. Waaa hebatnya. Tapi itulaaa, saya tak ada adik kecil nak ajak dia masuk. hehe.

    ReplyDelete
  9. eh.. macam best je ni.. nak suruh adik bawak anak dia join sini lah.. haha.. anak2 dia suka story telling ni..

    ReplyDelete
  10. Peluang jadi juri disamping mereka2 yang hebat is a good experience...

    ReplyDelete
  11. wah pak nil jadi jurinya... pak nil ni memanh synonym dengan program kanak-kanak.. kanak-kanak pun kebnyakkan kenal dan suka dekat pak nil..

    ReplyDelete
  12. wahhh nak sangat dengar apa yang budak2 tu sampai kan.. kecil2 dah bersemangat :)

    ReplyDelete
  13. wah... kreatifnya pertandingan bercerita sekarang! guna media sosial je! saya dulu pun aktif jugaklah masuk pertandingan begini. saja memberanikan diri. hihi

    ReplyDelete
  14. Wahh.. hebat akak..event ni dpt suntik kanak2 ntk aktif dan berani..

    ReplyDelete
  15. Boleh mengilap bakat dengan story telling ni kannnn.... belajar public speaking gak.. huhuh

    ReplyDelete
  16. Anak2 akg memang bijak-bijak belaka...untung laa ada anak bijak dan petah bercakap bole join peraduan mcm ni dan menang percutian...

    ReplyDelete
  17. Hebat sekarang ya..dah jadi Juri, bukan senang kan nk jadi Juri ni. Tahniah tau.
    Buat adik2 yg masuk story telling..mmg kagum gan depa ni, berani ke depan bercerita dihadapan public.

    ReplyDelete
  18. wahhh heabtnya sis... berbakat jadi juri di samping Pak Nil dan bapa yg hbat pula...
    Juga berpeluang menilai para si cilik yang berbakat.. Salute!
    Syukur kita ada contest yg mencungkil bakat terpendam anak-anak yang boleh dikatakan ada unsur ilmiah begini :) mesti best tgk pelbagai ragam dan jenis anak-anak bercerita ^^

    ReplyDelete
  19. Nak war-warkan juga kepada rakan opis ramai anak kecil boleh ketengahkan bakat.

    ReplyDelete
  20. Wow, the kids are so talented. Impress with the kids and congrats to the winner.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.