Acara Final GUARDIAN'S 'WIN A HOME MAKEOVER' CONTEST
Di penghujung cabaran selama satu jam itu, 10 daripada mereka telah berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000 setiap seorang. Setiap pakej adalah beserta pengubahsuaian dalaman bagi ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama, serta peralatan elektrik daripada Kuvings.
50 finalis tersebut telah dipilih daripada lebih satu juta penyertaan yang diterima untuk peraduan WAHM, yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun Guardian Malaysia yang ke-50. Peraduan tersebut yang telah berlansung dari 6 Julai sehingga 7 September lalu, adalah anjuran bersama Guardian Malaysia dan Petron Malaysia. Mekanisme peraduan adalah melalui pembelian minimum RM10 di mana-mana stor atau e-stor Guardian melayakkan mereka untuk mendapat satu penyertaan. Begitu juga dengan ahli-ahli P Miles yang mengisi petrol minimum RM10 dalam satu resit, secara automatik mereka layak untuk mendapat satu penyertaan.
Ada beberapa peringkat cabaran yang perlu dilalui oleh semua peserta finalis. Antaranya seperti teka harga barang paling tepat,membina ruma 3D dalam masa 10 minit dan akhir sekali adalah cabaran pemasangan rak kasut paling pantas.
Untuk peringkat pertama peseta untuk jumlah harga setiap pasangan barangan. Terdapat 6 pasangan barangan yang perlu diteka dalam amsa yang diberikan.
Masing-masing mencuba sehabis baik menyiapkan tugasan pada masa yang diberikan. Pelbagai teknik dan cara yang mereka gunakan bagi memastikan mereka mampu menyiapkan smeuanya dalam masa yang diberikan.
Dan ini merupakan tugasan ketiga. Mereka harus memasang rak kasut pada tempoh yang ditetapkan. Agak mencabar namun jika kita ikut pada arahan yang diberikan, kita pasti berjaya melakukan.
Ianya bergantung kepada kecekapan peserta untuk menyiapkan pada masa yang diberikan.
Ini adalah pemenang untuk tempat kedua.
Dan ini adalah pemenang hadiah utama yang bergambar sama dengan Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Health And Beauty Sdn Bhd, Christina Low (6 dari kanan) dan Petron Head of Retail
Business, Puan Faridah Ali (7 dari kanan) .
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang Hadiah Utama:
1. CHUA BOON CHUAN
2. JEEVARAJAH RATNARAJAH
3. MD FAIRUS BIN KAMARUDIN
4. MOHAMAD KHARUL ANUAR
5. NORUL ATHIRAH BT MOHAMED ANUAR
6. PAN KEE MING
7. JOHNNY TAN ENG GOOI
8. WENDY TAN SEOW WEI
9. MELANIE ELVYNE SANTA MARIA
10. LINNA CHIN SIEW LIN
Kami merasakan pakej hias semula kediaman ini adalah hadiah yang cukup berharga, dimana ia membolehkan kami menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna dalam kehidupan para pelanggan kami, dengan memberikan mereka suasana kediaman yang lebih selesa.
Christina turut berkata bahawa dengan kerjasama Petron, ia memudahkan pelanggan untuk menyertai peraduan itu. Pembelian minimum RM10 di mana-mana stor atau e-stor Guardian melayakkan mereka untuk mendapat satu penyertaan. Begitu juga dengan ahli-ahli P Miles yang mengisi petrol minimum RM10 dalam satu resit, secara automatik mereka layak untuk mendapat satu penyertaan.
“Saya sangat gembira untuk mengatakan bahawa peraduan ini adalah sebuah kejayaan yang besar. Guardian dan Petron telah menerima lebih satu juta penyertaan dari seluruh negara dalam tempoh yang cukup singkat iaitu dua bulan!” tambah beliau.
Ketua Perniagaan Runcit Petron, Puan Faridah Ali berkata: “Kerjasama dengan Guardian ini memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghias semula dan memperbaharui kediaman mereka. Dalam usaha kami untuk terus menghargai sokongan pelanggan, kami kekal komited dalam menawarkan lebih nilai apabila mereka mengisi minyak di Petron.
Menerusi program Petron Miles, kami dapat memberi lebih penjimatan, lebih ganjaran dan yang paling penting, pengalaman ‘Fuel Happy’ kepada pelanggan Guardian dan Petron,” tambah beliau.
Mengulas tentang format bercorak realiti dalam menentukan pemenang-pemenang hadiah utama, Christina menjelaskan: “Tujuan kami adalah untuk memberikan cabaran yang seberapa sengit dan menarik mungkin, agar kesemua 50 finalis mempunyai peluang sama rata dalam merebut hadiah utama iaitu SEPULUH pakej hias semula kediaman bernilai RM50,000 setiap satu. Ia juga menjadi matlamat kami untuk memupuk semangat setiakawan dan kesukanan dikalangan para pelanggan di samping menjadikan ini satu momen yang akan diingati oleh semua peserta."
Wah! Rezeki kepada semua 50 finalist kerana setiap seorang masing-masing membawa balik hadiah sepertimana yang telah ditawarkan. Diharapkan Guardian dan Petron akan terus mengadakan lebih banyak pertandingan pada masa akan datang.
Acara Final GUARDIAN'S 'WIN A HOME MAKEOVER' CONTEST
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 06, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...