Akid dan Afiq Telah Menyertai Program Scott’s Bright Little Explorers 2017 | Tidur Bersama Jerung di aquariaKLCC

Setiap anak mempunyai karektor yang tersendiri. Ada yang aktif, pendiam, pemalu dan pelbagai lagi. Namun satu persamaa tentang kanak-kanak, mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi (curiosity). Apatah lagi tentang alam haiwan yang begitu banyak kisah dan misterinya.

Apabila diberi peluang untuk menghantar kedua anak saya iaitu Akid (12 tahun) dan Afiq (10 tahun) ke Program 'Scott's Bright Little Explorers, Sleep With Sharks" memang bagi saya ianya satu peluang untuk mereka belajar dan lebih kenali dunia bawah laut. Dan bagi anak saya sendiri terutama Afiq yang bercita-cita menjadi zoologist satu hari nanti, peluang keemasan seperti diumpamakan 'bagaikan bulan jatuh ke riba'. Begitu juga Akid yang juga meminati dunia haiwan sejak kecil lagi.

Mr Alan Tan Pengurus Jenama GSK Consumer Healthcare Sdn Bhd memberi kata aluan dan sedikit penerangan mengenai produk Scotts.

Scott’s sebahagian  daripada GlaxoSmithKline  Consumer  Healthcare Sdn  Bhd (GSK), telah berganding  bahu  dengan aquariaKLCC untuk  memberi  peluang  kepada  sekumpulan  kanak-kanak untuk menikmati pengalaman bawah laut yang unik dalam usaha memupuk sifat ingin tahu dan mengalakkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang lautan, hidupan laut dan usaha pemuliharaan.


Program ‘Scott’s Bright  Little  Explorers’ di aquariaKLCC mengumpulkan kanak-kanak berusia  6  hingga 12 tahun yang mana ianya program bermalam di Aquaria KLCC yang dinamakan ‘Tidur Bersama Jerung’ (Sleep With Sharks). Acara  bermalam  itu membolehkan  peserta mengambil  bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan, termasuk sesi memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan piranha, bertemu penyelam aquaria KLCC dan juga lebih mengenali dunia bawah laut.

“Program Scott’s Bright Little Explorers ialah projek berterusan yang berusaha menyemai sifat ingin  tahu  dalam kalangan  kanak-kanak  menerusi aktiviti pendidikan di pelbagai  lokasi. Manusia dikatakan baru meneroka tidak lebih daripada 5% daripada seluruh kawasan lautan setakat  ini dan  kami  percaya aquariaKLCC akan  mencetus keinginan kanak-kanak untuk belajar secara lebih terperinci tentang dunia bawah laut dan penghuninya,” kata Venaig Jegou, Pengarah Pemasaran    Kawasan, Kesihatan Oral dan Nutrisi,  Asia Tenggara, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare.“

"Di samping itu, peluang keemasan untuk bermalam di aquariaKLCC menawarkan pengalaman unik untuk belajar tentang hidupan marin dan tingkah laku mereka pada waktu malam kerana kanak-kanak ini pada hakikatnya berpeluang untuk tidur bersama jerung!” kata Venaig. “

"aquariaKLCC berbangga untuk berganding bahu dengan Scott’s dalam Program Bright Little Explorers dan  memberikan  pengalaman  lautan  unik  kepada kanak-kanak  ini yang  boleh memberi  inspirasi  kepada  mereka  untuk  belajar  lebih  lanjut  tentang pemuliharaan  lautan, pendidikan dan etika lautan. Kami berharap menerusi pengalaman ini, kanak-kanak didorong untuk menceburi bidang sains, dan juga biologi marin,” kata Daryl Foong,  Ketua Jabatan Pemasaran dan Jualan, aquariaKLCC.


Info: Scott’s sebenarnya telah melancarkan program Bright Little Explorers pada tahun lepas bersempena pelancaran Scott’s DHA Gummies. DHA atau Asid DokosaHeksaenoik ialah asid lemak Omega 3 yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak dan penglihatan yang sihat.

Saya juga tertarik dengan perkongsian daripada peserta-peserta yang menyertai program ini. Ini terutama anak-anak sekecil ini mampu berkongsi bergitu banyak informasi mengenai habitat dan tentang hidupan lautan. Ini kerana selain mereka didedahkan dengan aktiviti seperti kuiz, mini game, mereka juga berpeluang melakukan ekprimen berkaitan dengan hidupan laut.

Paling mengujakan mereka boleh menyentuh bamboo shark secara dekat. Ini adalah antara ikan jerung terkecil, seperti yang diterangkan oleh Afiq kepada saya. Mereka juga membuat eksperimen mengenai bagaimana jerung dapat menimbulkan diri dan tenggelam didalam air dalam keadaan yang sangat pantas.

Program ini bukan sahaja mampu anak-anak untuk lebih berdikari, ianya juga dapat mencungkil potensi dalam diri sekaligus menjadikan mereka lebih berkeyakinan diri. Apa yang saya lihat juga, anak-anak saya juga dapat mengenali rakan baru. Mereka boleh menjadi akrab biarpun hanya semalaman sahaja bersama.

Dunia hidupan lautan dalam sebenarnya sangat cantik dan unik. Sepertimana kita mahu ianya kekal ada dan terpelihara maka sebagai ibubapa kita perlu sentiasa mendidik diri dan anak-anak untuk lebih sensitif terhadap isu persekitaran. Ini terutama aspek kebersihan dan elakkan pencemaran.

Ini kerana kehidupan laut sangat bergantung dengan kita akan sentiasa sama-sama menjaga dan memulihara kawasan habitat mereka. Jadi apabila terpelihara tiadalah masalah kepupusan ataupun berkaitan dengan pencemaran air.

Haiwan seperti jerung antara khazanah fauna yang begitu berharga. Ianya perlulah diperlihara agar kesinambungan generasi hidupan ini boleh dilihat generasi manusia seterusnya.

Misteri kehidupan lautan yang begitu banyak yang belum diteroka. Berada di aquariaKLCC pastinya kita boleh mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsia alam dunia lautan.

Anak-anak juga boleh dididik tentang kepentingan ekosistem dalam kehidupan manusia. 

Apapun terima kasih kepada Scott's Malaysia dan aquariaKLCC untuk pengalaman yang cukup berharga dan bermakna. Pastinya pengalaman tidur semalam di aquariaKLCC ditemani dengan kehidupan laut, melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang sarat dengan informasi meninggalkan begitu banyak memori manis di hati :-)
Akid dan Afiq Telah Menyertai Program Scott’s Bright Little Explorers 2017 | Tidur Bersama Jerung di aquariaKLCC Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.