Karnival Upin Upin 2017 Memang Luar Biasa
Bertemakan #UpinIpinLuarBiasa, Karnival Upin Ipin 2017 anjuran Les' Copaque Production Sdn Bhd (LCP) kali ini berlangsung dengan meriah di MAEPS Serdang. Karnival selama 3 hari berlangsung dari 24 November sehingga 26 November 2017 bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Untuk pengetahuan semua, siri animasi Upin Ipin ini sudah 11 tahun berada di Malaysia. Nah! Tidak hairanlah Upin dan Ipin telah diangkat menjadi Duta Pelancongan Malaysia sepertimana yang telah diumumkan oleh YB Dato' Seri Mihammad Nazri bin Abd Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan malaysia)
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan, selain daripada pertunjukan pentas para pengunjung juga berpeluang membawa balik begitu banyak cenderhati/hadiah yang disediakan. Harga tiket yang ditawarkan juga agak berpatutan sesuai dengan aktiviti yang dirancang dan pameran khas buat pengunjung cilik yang datang bersama keluarga.
My Ameer yang memang sangat teruja apabila diberitahu dapat berjumpa dengan Upin Ipin di sini. Sebagai peminat karektor kembar no.1 didalam keluarga, sememangnya bertemu Upin Ipin didepan mata adalah antara impiannya. Yang mana selama ini hanya dapat dilihat menerusi kaca televisyen sahaja.
Tadaaaaaaa!! Dah dapat tiket bolehlah masuk. Harga tiket uolls boleh rujuk salah satu gambar di atas ya. Paling berbaloi jika beli pakej keluarga ataupun kombo. Lebih murah dan lebih jimat :-)
Kami mulakan penerokaan Karnival Upin Ipin ini di Dewan C. Tempat di mana kami mendapatkan tiket masuk carnival. Di Dewan C menempatkan semua pencapaian Les' Copaque Production dalam membangunkan harta intelek animasi dibawahnya, antaranya seperti Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri dan Dadudido.
Menariknya kita dapat lihat sendiri bagaimana proses menulis papan cerita, mereka karektor dan dialog..
Memasukkan audio dalam animasi, proses dan sebagainya dikongsi dengan pengunjung yang hadir ke karnival ini.
Kenalkan 3 watak baru dalam Tadika Mesra. Wah! makin huru-hara nampaknya kelas Tadika Mesra ni nampaknya.
Saya sempat melawat rumah Opah. Dapat lihat sendiri susun atur dekorasi rumah yang Upin Ipin serta Kak Ros tinggal. Cantik sangat, apatah lagi rumah yang mengekalkan rumah melayu tradisi lama yang sangat unik rekaannya.
Di sudut di mana tempat Upin Ipn mengulangkaji pelajaran. Terdapat buku sekolah dan foto dua beradik kembar tersebut di sini. Suwittt sangat... Berdekatan dengan ruang ini terdapat ruang tamu yang biasanya kita nampak dalam cerita tempat di mana selalunya Opah lepak menonton tv.
Ini adalah bilik Upin dan Ipin.
Bilik Opah. Confirm. Sebab nampak foto Opah dan juga kerusi malasnya. Terdapat juga bilik Kak Ros berhadapan dengan bilik Opah ini.
Ruang makan di mana dalam siri animasi kita akan nampak mereka sekuarga menikmati hidangan di sini. Tiba-tiba teringat makanan kegemaran Upin Ipin iaitu ayam goreng!
Sepertimana yang kita tahu, Kak Ros dan Opah memang suka bercucuk tanam. Berdekatan dengan rumah mereka turut disediakan dengan aktiviti penanaman yang boleh disertai oleh pengunjung cilik. Mereka perlu mengambil sendiri tanah yang telah disediakan dan memilih benih atau pokok yang menjadi pilihan mereka sendiri. Untuk stiap pokok iniadalah RM5. Memandangkan anak-anak saya begitu teruja nak bercucuk tanam, jadi saya memberi peluang untuk memilih satu tanaman yang mereka berminat untuk jaga. Dengan harapan, aktiviti ini dapat mendidik mereka untuk lebih bertanggungjawab dan tahu cara berbudi pada tanah.
Dibangunkan seperti suasana kampung terdapatnya padi dan pokok-pokok tanaman disekeliling rumah. Cantik dan cukup mendamaikan.
Salah satu siri animasi ini turut memaparkan keadaan futuristik yang mana Upin Ipin salah satu karektor utamanya. Jadi kita boleh lihat secara dekat bandar tersebut di Dewan C Karnival Upin dan Ipin.
Turut diperkenalkan antara seni persembahan lama yang masih diangkat lagi martabatnya sebagai seni kebanggaan penduduk Tanah Melayu iaitu wayang kulit. Menariknya untuk wayang kulit di sini, karektor Upin dan Ipin turut ada ya.
Terdapat hadil seni wayang kulit yang dibuka jualan untuk pengunjungyang datang. Saya tidak pula bertanyakan harga yang dikenakan. Tapi memang cantik-cantik uollls.
Gabungan Ultraman dan Upin Ipin sememangnya menggandakan keseronokan terutama buat peminat-peminat 2 karektor ini Dan sebenarnya antara tarikan utama Karnival Upin dan Ipin di Karnival ini ialah kemunculan ultraman ini di atas pentas. Dan kami sendiri tidak sabar untuk menyaksikannya sendiri.
Seterusnya kami bergerak ke Dewan A yang mana di sini letaknya pentas utama untuk persembahan istimewa, booth-booth yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan juga pelbagai jualan barangan Upin Ipin turut ada dijual di sini.
Ada booth istimewa untuk mengambil gambar puteri, membuat gelang tangan, face painting dan banyak lagi. Apa yang menarik pengunjung cilik terutamanya bila berada di sini mereka tidak akan berasa bosan.
Untuk golongan remaja pula terdapat e-sport buat mereka untuk bermain. Manakala untuk golongan dewasa pameran serta booth jualan hasil tempatan memang menjadi pilihan untuk dikunjungi.
Acara pentas dan persembahan antara yang ditunggu oleh pengunjung ke Karnival. antara sempat saya dan anak-anak saksikan adalah kisah 5 puteri limau dari kerajaan limau. Mereka telah menyanyi dan juga berinteraksi dengan penonton di bawah pentas.
Dan saat yang paling dinanti oleh Ameer adalah kemunculan Ultraman dan raksasa. Menonton dengan beria hokeh!
Sebelum beredar balik sempat saya dan anak-anak menikmati hidangan yang dijual di sini. Sedap juga. Dan anak saya juga berpeluang membuat pusingan roda (sebab beli biskut Upin Ipin) untuk mendapatkan cenderahati yang ditawarkan.
Keterangan lanjut dan untuk lebih banyak foto boleh layari www.facebook.com/upinipinofficial , www.instagram.com/upinipinofficial dan www.lescopaque.com
Psst: Tak sabar nak tunggu pembukaan taman tema Upin Ipin di Malaysia :-)
Karnival Upin Upin 2017 Memang Luar Biasa
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 26, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...