Kejutan Bunga Buat Dedet Dari BLOOM2U

Sesuatu pemberian begitu istimewa jika ianya memberi nilai sentimental kepada penerima. Walaupun ianya nampak sederhana namun ianya tetap bermakna buat mereka yang begitu dekat di hati kita. Seperti mengirimkan sejambak bunga tidak kira pada siapa sahaja tanda ingatan atau harapan yang baik-baik (doa) agar hidupnya terus ceria dan bahagia seperti jambangan bunga dan warna menjadi pilihan kita buat si dia.

Dan kedai online BLOOM2U sentiasa menjadi pilihan saya dalam sebarang pembelian jambangan bunga. Menariknya tentang BLOOM2U bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan jambangan dan jenis bunga. Ada bunga ros, peonies, lily, sunflower, tulip danbanyak lagi. Bahkan jika kita hendak lebih istimewa dan esklusif, kita boleh mengirimkan sebakul bunga. Woooowwww beruntunglah siapa yang dapat menerima bunga sebanyak itu, heheheh.

Laman web BLOOM2U ini sangat mesra pengguna. Di bahagian tab atas sekali telah disenaraikan jenis sambutan (occasion) yang anda raikan bersama penerima. Contohnya seperti perkahwinan, pembukaan kedai/perniagaan, dekorasi rumah dan banyak lagi. Terdapat juga item dalam promosi yang dijual pada pakej harga yang sangat berbaloi.

Selain itu kita boleh lihat item yang sentiasa menjadi pilihan BLOOM2U di 'best seller' tab. Memang cantik-cantik dan tidak hairanlah sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Dan terdapat juga promosi untuk acara tertentu seperi Mother's Day, beberapa koleksi item yang dicadangkan boleh dipilih di katalog laman web.

Sangat mudahkan? Hanya layari laman web https://www.bloom2u.com/, buat pilihan bunga yang berkenan di hati, seterusnya buat pembayaran dan masukkan maklumat penerima, ucapan dan nama penghantar. Semuanya boleh dibereskan di hujung jari anda!

************************
So, baru-baru ini saya buat kejutan untuk Dedet. Ramai agaknya yang dah tahu Dedet tidak sihat sejak sebulan yang lepas. Atas masalah kesihatan beliau hadapi, kerap jugalah kena pergi hospital untuk menerima rawatan susulan. Memang ketara Dedet agak stress dengan masalah kesihatan dan juga bebanan kerja di opis yang semakin banyak.

Jadi, saya telah menghantar sejambak bunga melalui servis BLOOM2U untuk Dedet tanda ingatan dan harapan agar Dedet terus kuat dan semangat menghadapi kesulitan yang beliau hadapi akhir-akhir ini. Dan ternyata Dedet happy giler dapat bunga. Walaupun tak show off giler kat sosial media (cam kat FB) tapi beliau bercerita di saat beliau terima bunga, memang senyum tak mampu nak kata apa dah. Hahahahah. Orang lelaki kan bila dapat bunga walaupun agak pelik, tapi dia sebenarnya gembira juga. Apatah lagi ianya kiriman dari seseorang yang istimewa, chewahhh. Hahaha.

Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

– 1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
– 2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
– 3 RosesI love you
– 6 RosesAku ingin menjadi milikmu
– 7 RosesAku tergila-gilakan kamu
– 9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
– 10 RosesKamu adalah sempurna
– 11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
– 12 RosesBe my steady
– 13 RosesPeminat rahsia
– 15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
– 20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
– 21 RosesAku setia pada mu
– 24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
– 33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
– 36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
– 40 RosesCintaku padamu adalah tulen
– 50 RosesCinta yang tiada sesalan
– 99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
– 100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
– 101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
– 108 RosesJom Kahwin!
– 365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
– 999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila
Sebab 13 kuntum bunga ianya membawa maksud daripada PEMINAT RAHSIA, hahah (perasan tak status Dedet, dia tak tahu dari siapa, heheheheh)

Yang bestnya BLOOM2U ni hantar sampai ke tangan penerima tau. Memang dijamin selamat sampai ke tangan yang berkenaan.


Siap ada kad lagi. Ianya diselitkan di celah jambangan bunga yang dihantar.

Korang boleh letak ucapan khas untuk si penerima. Kalau nak minta special request hantar pada sekian-sekian hari dan masa pun boleh juga. Bergantung kepada 'availability' yang ada dan sebenarnya sangat mudah untuk berurusan dengan pihak BLOOM2U.

Sejambak bunga dari BLOOM2U ini dinamakan sebagai Catherine Deneuve. Untuk pengetahuan semua Catherine Deneuve adalah seorang selebriti yang terkenal pada tahun 1960an. Punyai bakat yang pelbagai dalam bidang lakonan dan nyanyian, dan jambangan bunga ini adalah inspirasi dari kejayaan beliau.

So, uollls kalau rasa nak buat kejutan untuk seseorang bersempena dengan hari yang istimewa, hadiahkan si dia bunga dari BLOOM2U. Pasti ianya menjadi momen yang begitu bahagia dan bermakna buat si dia.

XOXO,
Kejutan Bunga Buat Dedet Dari BLOOM2U Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 02, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.