Kolaborasi Terbaru Appeton dan Angkasawan Negara | Dream Big Appeton


Selama lebih 30 tahun Appeton mengutamakan kanak-kanak dalam segala usahanya. Ia memahami bahawa kanak-kanak adalah masa depan kita dan kesihatan mereka harus sentiasa dilindungi agar mereka dapat mencapai potensi sebenarnya. Ia juga percaya bahawa kanak-kanak harus digalakkan, diberi inspirasi dan dipupuk dari usia muda untuk sentiasa berfikir secara kreatif.

Dan my Ameer adalah anatara anak saya yang memang sangat sukakan vitamin Appeton. Berusia 3 tahun Ameer memang seorang kanak-kanak yang aktif, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta suka bereksplorasi.

Biarpun beliau tidak mengetahui secara jelas apa itu angkasawan. Namun Ameer sangat suka akan pada kostum angkasawan ini. Melalui pemerhatian dan pengamatannya, ianya adalah sesuatu yang sangat hebat!



Appeton, salah satu jenama farmaseutikal terunggul di Malaysia, melancarkan rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ dengan pembungkusan baru hari ini, bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan duta jenamanya, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, di Pusat Membeli-belah One Utama.

Apabila jenama ini memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ menjalani pembaharuan, mereka telah melaksanakan perkara lazim yang kebanyakan jenama lakukan – menjalankan penyelidikan mendalam. Tidak menghairankan, penyelidikannya mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa – iaitu demografi teras mereka – masih inginkan anak-anak mereka untuk menjadi doktor atau peguam walaupun terdapat pelbagai pilihan yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi tempatan atau di seluruh dunia. Pada pendapat mereka, kedua-dua kerjaya ini merupakan kemuncak kebanggaan, profesionalisme dan prestij

Berdasarkan hasilnya, jenama ini memutuskan untuk memasukkan karikatur kedua-dua kerjaya mulia ini, bersama dengan seorang angkasawan untuk menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh, dan harus sentiasa menyimpan impian yang lebih besar. ‘Menjadi doktor atau peguam adalah pencapaian yang hebat – tetapi mengapa berhenti di sini? Kanak-kanak boleh bercita-cita menjadi seorang doktor atau peguam yang juga merupakan seorang angkasawan. Mereka hanya perlu digalakkan untuk tidak menghadkan diri mereka mengikut status quo,’

‘Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang peneraju yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang melalui semangat, keazaman dan inovasi berterusannya, tanpa mengorbankan pendirian asas beliau. Kami mahu meneroka sejarah latar belakangnya, dan juga pencapaiannya, untuk menggerakkan mesej kami ke pelanggan teras kami, dan inilah pencetus kolaborasi kami,”
kata Cheah Ming Loong, Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma.

Ini adalah ‘idea besar’ yang mendorong Appeton untuk bekerjasama dengan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Sebagai yang pertama, dan pada masa ini, satu-satunya angkasawan Malaysia yang berjaya terbang di angkasa lepas, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah jurucakap yang terbaik untuk Kempen Dream Big A-Z Vitamin C Appeton – beliau telah bekerja keras untuk menjadi seorang doktor, tanpa melepaskan impiannya untuk menjadi seorang angkasawan.

Sebagai seorang pakar bedah ortopedik, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memahami kepentingan kesihatan dan mengekalkan perlindungan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh diri sendiri. Sebagai seorang kanak-kanak, beliau sentiasa terpesona dengan perjalanan di angkasa lepas. Beliau bernasib baik kerana ibu bapanya sentiasa menyokong impiannya dari awal lagi; mereka memupuk dan menyokongnya sepanjang perjalanan, dan memastikan bahawa beliau sihat, dan tetap dilindungi sepanjang zaman kanak-kanaknya.


Dalam persekitaran perniagaan penjagaan kesihatan hari ini, dengan peningkatan berterusan dari segi persaingan dan perubahan yang semakin pesat, Appeton tetap teguh dalam usaha memenuhi permintaan untuk produk penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang kompetitif. Mengaplikasikan kombinasi unik kepakaran serta penyelesaian industri dengan konsep yang betul, Appeton terus berusaha untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada semua.



Sebagai sebahagian daripada Kempen Dream Big Appeton, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan dua orang anak perempuannya, dipaparkan dalam iklan televisyen dan papan iklan ‘Dream Big’ Appeton di sepanjang beberapa lebuhraya terpilih di seluruh Malaysia. Satu pepotong beliau dalam sut angkasa lepas juga akan menyambut pengguna di farmasi-farmasi utama di seluruh negara.

Acara pelancaran menyaksikan ibu bapa dan anak-anak menyertai pelbagai permainan pentas, beberapa kuiz, seni pasir, seni dan kraf, serta teka-teki abjad. Mereka juga berjaya mengambil gambar dengan angkasawan berani yang menjadi ahli perniagaan, bersama anak-anak perempuannya yang cantik, Sophea Isabella (6 tahun) dan Sophea Natasha (4 tahun). Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkata, ‘Saya telah mengenali jenama Appeton sejak dari dulu lagi. Mereka terkenal kerana memperjuangkan kesihatan kanak-kanak; dan sebagai seorang doktor, kesihatan adalah teras kerjaya saya, dan oleh itu, ia dekat dengan hati saya.

“Sebagai kanak-kanak, kita selalu beranggapan bahawa tiada yang dapat mengalahkan kita – iaitu tiada apa yang boleh berlaku kepada kita. Tetapi adakalanya kita jatuh sakit dan menghidap selesema, serta penyakit biasa yang lain. Apa yang saya sedar, pada usia yang sangat muda, ialah apabila kita menjaga diri kita sendiri, sama ada melalui senaman, makanan, atau cara lain, kita membenarkan diri kita untuk lebih bersuka-ria. Tahap tenaga kita telah meningkat, dan kita boleh terus berusaha untuk melakukan perkara-perkara yang kita nikmati.”

“Sebagai seorang bapa kepada dua anak perempuan, dan sekarang, anak lelaki kembar, saya berusaha sebaik mungkin untuk memastikan anak-anak saya kekal sihat dan dilindungi, supaya mereka dapat keluar dan mengenali segala perkara yang ditawarkan oleh dunia. Maka, apabila Appeton berbincang dengan saya mengenai kempen ini, saya telah melihat sinerginya secara serta-merta dan terus berkata ya. Hakikatnya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka – saya berharap bahawa penglibatan saya dalam Kempen Dream Big Appeton akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘Memiliki Impian Besar’, dan mengingatkan ibu bapa untuk memastikan mereka sentiasa sihat dan dilindungi, agar mereka dapat mencapai bintang-bintang.”


Dan beliau memang seorang kanak-kanak yang aktif dan lasak. Sebagai ibu saya sentiasa memastikan tubuh badan Ameer cukup kuat dari segi imunisasi dan juga sihat bebas dari kuman yang mudah datang berjangkit. Disebabkan itu saya memang memberikan vitamin Appeton bagi membantu Ameer memelihara dan melindungi diri beliau dari mudah jatuh sakit.

Apabila badan kita sihat secara tidak langsung menjadikan minda kita juga cergas. Jadi kita tidak akan ada masalah untuk beraktiviti dengan gembira bersama adik beradik mahupun rakan yang lain.

Budak kecik ini memang peminat dinasour no. 1, hehehe


Rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ Appeton boleh didapati di farmasi-farmasi utama dan kedai perubatan Cina di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Dream Big Appeton, layari

Laman Web Appeton :

Facebook Appeton :
Kolaborasi Terbaru Appeton dan Angkasawan Negara | Dream Big Appeton Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 25, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.