PACIFIC WEST MEMPERKENALKAN CHEEZY FISH FILLETS BERSEMPENA DENGAN DEMONSTRASI MASAKAN “BEST COOK IS AT HOME”

Sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang menjadi antara jenama makanan laut segera yang perlu ada di setiap rumah. Kepelbagaian wariasi rangkaian produk Pacific West telah menjadi pilihan dan memenuhi citarasa keluarga. Apa yang menarik produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini boleh didapati di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).

Baru-baru ini, Pacific West telah melancarkan Cheezy Fish Fillets yang telah diperbaharui.  Sepertimana yang kita ketahui keju adalah antara bahan makanan yang paling disukai kebanyakkan masyarakat seluruh dunia. Rasanya lazat dan berkhasiat. Bukan sahaja golongan dewasa bahkan turut menyukainya. Dua jenis keju yang digunakan iaitu mozzarella dan keju Nacho premium, disaluti dengan serbuk roti Jepun, memberikannya aroma yang unik dan keranggupan yang ketara. Fillet Ikan Pacific West Cheezy boleh dihidangkan sebagai makanan ringkas yang menyeronokkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Bersempena dengan Karnival Sale Tefal, Pacific West telah bekerjasama dengan Tefal, peneraju peralatan inovatif di dapur dan rumah telah menganjurkan Cook Show pada 26 November di Pusat Konvensyen Shah Alam.  Dan saya serta keluarga berkesempatan mengunjungi Karnival Sale Tefal bagi melihat sendiri demonstrasi bagaimana menyediakan pelbagai hidangan menggunakan PACIFIC WEST.


Tiga Chef yang terlibat dalam demonstrasi masakan adalah Chef  dari Pacific West iaitu Chef Leong, Chef Bryan dari Yum Yum Publications dan Dr Ezani, pemenang Master Chef Malaysia. Ketiga-tiga chef ini berpeluang menunjukkan demonstrasi masakan yang sihat, enak dan mudah disediakan. 

Hasil hidangan dari Chef Bryan:-
Appetizing Crispy Calamari with Pickles

Tempura Fish Fillet and Mixed Vege Spring Rolls

Hasil hidangan dari Chef Leong:-
 Cheezy Fish Wholemeal Bread Pocket

 Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower

Trio Canape Cheezy Fish Fillets


Hasil hidangan dari Dr Ezani:- 
S&P Squids with Tiga Rasa Sauce

Dr Ezani juga ada membuat demonstrasi masakan Melayu dengan produk  Pasific West Black Pepper Tempura Fish Fillets.

"Memasak boleh menjadi mudah dan menjimatkan masa dengan bahan, resipi dan alat memasak yang betul. "Kata Encik Chai.

Rangkaian produk Pacific West dengan teliti diinovasi dan diperkembangkan oleh pasukan Chef Kuliner dan Teknologi Makanan Pacific West bagi membantu menambah nilai gaya hidup pengguna dengan cara seperti:-

Mudah - Siap sedia untuk dimasak dalam beberapa minit, keluar terus dari freezer ke fryer / oven. 

Inovasi - Penciptaan berterusan produk baru yang menawarkan pelbagai pilihan dan rasa. 

Kualiti - Pilihan makanan laut dan bahan makanan yang terbaik mengikut kepiawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan mendapat akreditasi BRC, IFS, HACCP dan YUM. Produk  Pacific West  juga disahkan HALAL.

Dengan motto "The taste of the world loves" jenama Pacific West! " menjadi permintaan dan kesukaan seluruh masyarakat dunia.

Antara yang menarik sepanjang karnival berlangsung, terdapat banyak produk seperti Tefal, Pacific West dijual pada harga jauh lebih murah dari pasaran.
 Diskaun yang luar bias amengampiri 50% untuk kebanyakan produk yang dijual.

Produk Pacific West antara yang menjadi tumpuan dan rebutan.

Lihat sahaja pada tawaran yang diberikan. Sangat murah dan berbaloi bukan?


 Rugi kalau tidak membelinya....

 Lihat sahaja keranggupan fish fillet Pacific West yang digoreng cukup sempurna. Mudah, enak dan pantas disediakan.

Produk Pacific West boleh didapati di semua pasaraya utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi.

Bermula dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018, Pacific West telah bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) telah menganjurkan 'Win Your Dream Holiday'. Berpeluang mengunjungi Perth (4D3N) atau Pulau Bali (4D3N) , caranya mudah sahaja hanyalah dengan membeli sekurang-kurangnya satu (1) produk Pasific West.

 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pacific Careline di 1800 888 389 atau layari laman web rasmi www.pacificwestfoods.com ataupun layari laman Facebook rasmi iaitu www.fb.com/PacificWest.my

PACIFIC WEST MEMPERKENALKAN CHEEZY FISH FILLETS BERSEMPENA DENGAN DEMONSTRASI MASAKAN “BEST COOK IS AT HOME” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 30, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.