Penyertaan Kedua Saya Di Dalam Vitacare's Health and Wellness Discovery Journey Series | #pamperyourself



Bila sudah masuk ke penghung tahun, memang hiduo saya akan rasa sedikit stress. Dengan banyak perkara 'urgently' perlu diuruskan. Saya juga perlu memikirkan perancangan perbelanjaan untuk tahun depan. Namun biarpun sesibuk macam manapun kedaan diri, saya sentiasa bersikap positif dan optimis.

Apabila Vitacare sekali lagi menjemput saya untuk menghadiri acara perbincangan mengenai gaya hidup dan kesihatan, haruslah saya tidak melepaskan peluang. Apatah lagi topik perbincaangan kali ini agak menarik iaitu #pamperyourself # -  manjakan diri anda!

Salah satu cara untuk mengawal tekanan (stress) dalam diri adalah menerusi pemakaian pati minyak wangian samada di badan ataupun persekitaran dan sebagainya. Florame adalah antara jenama pati organik dari Perancis yang sangat disyorkan bagi mereka yang suka menjadikan "bau" sebagai terapi mengurangkan tekanan. Ini kerana ianya dihasilkan dari pati minyak original asli dari bahan-bahan semulajadi dan oraganikmyang tidak merbahayakan.

Florame telah diperkenalkan selama lebih dari 25 tahun yang mana telah menemukan pemulihan rahsia kecantikan dan kesihatan menerusi dari  dalam "jiwa bunga" yang telah diekstraksehinggalah terhasilnya minyak pati organik. 
Saya juga tertarik dengan penerangan Dr Lim Lit Sing tentang isu kepekatan minyak pati adalah bergantung kepada asalnya minyak itu dari negara mana. Doktor Lim juga ada berkongsi tentang bagaimana memilih wangian yang sesuai dengan kita. Menurut beliau wangian mawar (ros) sangat dekat dengan naluri wanita. Ianya membawa maksud kuasa, masyur dan mengoda. Setiap wanita yang memilih wangian bunga mawar akan lebih tampil rasa percaya diri

Begitu juga bauan serai (lemongrass)dan buah oren (citrus), ini untuk rasa lebih relaks dan tenang. Jika kita menghadapi hari-hari yang sibuk dan tegang bauan ini dapat menurangkan rasa tegang dalam diri.


Selain itu, saya juga telah diperkenalkan dengan produk penjagaan diri semula jadi yang dipanggil Sensenique Natural. Menariknya penghasilan sabun ini adalah daripada 100 peratus bahan semulajadi yang terdiri daripada minyak kelapa, minyak zaitun, minyak biji bunga matahari, minyak sawit dan minyak pati tulen.
Sehingga kini terdapat 4 jenis varian yang kita boleh pilih dari farmasi Vitacare - Lemongrass dan Oren, Cinnamon Coffee,  Arang serta akhir sekali gabungan Halia dan Pudina. Sabun ini berkesan dalam aktiviti membersihkan, menghidrat dan melembapkan wajah dan badan kita. Ianya juga boleh menjadikan kulit kit alebih licin, lembut dan sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan bermasalah. Produk ini dihasilkan di bawah piawaian GMP dan ISO 9001.


Selain itu saya juga telah diperkenalkan dengan UDO Oil oleh Pakar Nutrisi Makanan Cik Ng Hui ChinMenerusi Cik Ng UDO Oil sangat kaya dengan mineral dan vitamin yang dapat membantu bagi mengekalkan kesihatan badan. Minyak istimewa ini perlu sentiasa diletakkan didalam tempat sejuk seperti peti aias. Rasanya juga enak dan biasanya dijadikan sebagai bahan tambahan dalam setiap hidangan ataupun masakan. Paling sedap di makan bersama salad ataupun diletakkan sebagai salah satu bahan didalam parfait.

Oh ya! Uolls boleh juga untuk sertai giveaway yang dianjurkan oleh UDO Oil dan Vitacare untuk memenangi hadiah misteri. Best ni!

Kesimpulannya untuk menjalani kehidupan gaya sihat kita perlulah:-

- Lihat apa makanan yang kita ambil setiap hari - kalau boleh biarlah yang organik
-Apa yang kita pakaikan pada badan - mandian, losyen dan sebagainya...
- Bagaimana hendak menguruskan stress- dengan bersenam, meditasi, menari dsbnya
- Bagaimana nak menjalani kehidupan sihat - kerap bersenam, melakukan aktiviti luar.


Oh ya! Tahun 2017 merupakan ulang tahun ke-30 Kumpulan Farmasi Vitacare. So ada banyak promosi menarik tau. Untuk keterangan lanjut,  boleh layari laman web  www.vitacare.com.my
Penyertaan Kedua Saya Di Dalam Vitacare's Health and Wellness Discovery Journey Series | #pamperyourself Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 24, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.