Sunway Putra Mall Hot Wheels Epic Championship

Seperti kanak-kanak lelaki yang lain, anak saya terutama Afiq, Akid dan Ameer memang teruja apabila diberi peluang bermain dengan kereta dari Hot Wheels. Mereka bukan sahaja meminati rekaan daripada jenama ini yang datang pelbagai jenis rekabentuk kereta. Bahkan anak-anak lelaki saya juga sangat gemar bermain kereta Hot Wheels ini diatas trek khas dari jenama ini sendiri.

Sebagai ibu saya pasti akan menyokong segala minat anak saya terutama sesuatu yang dapat menggembirakan mereka. Jadi apabila saya mengetahui tentang Kejohanan Epik Hot Wheels di Sunway Putra Mall, apa lagi terus saya mengajak satu famili saya datang ke sini dan mencuba sendiri trek dan kereta Hot Wheels yang telah disediakan oleh pihak penganjur di sini.

Di sini juga terdapat pelbagai koleksi barangan Hot Wheels yang boleh dimiliki pada harga yang cukup berbaloi. Daripada rekaan moden, klasik, canggih dan juga yang agak 'rare' boleh kita dapatkan terus dari sini tau. Di mana? Di...

Ground Floor, 
Main Concourse,
Sunway Putra Mall Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua pameran Hot Wheels ini hanya di tawarkan di sini bermula pada 17 November sehingga 26  November 2017. Memang tempoh agak terhad uollls, cepat bawa anak-anak datang ke sini dan jangan lepaskan peluang.

Dengan setiap pembelian koleksi Hot Wheels di sini juga, anda boleh mendapatkan hadiah sampingan yang ditawarkan. Boleh rujuk kepada gambar di atas. Memang berbaloi sangat tau jika kita dapat hadiah-hadiah sampingan yang ditawarkan!


Akid dan Afiq telah berjaya mendapatkan "Little Engineer Card". Kelihatan seperti lesen memandu dan ianya sememangnya comel .

Selain itu, dengan setiap pembelian RM50 ke atas, anak anda juga boleh menyertai cabaran Sunway Putra Mall Hot Wheels Epic Championship. Kepantasan dan kecekapan bermain Hot Wheels akan direkodkan, dan seterusnya sekiranya markah yang diperolehi adalah antara yang tertinggi maka mereka akan berentap kembali di acara akhir pada 26 November 2017 nanti. Menarik bukan?

Pelbagai jensi trek Hot Wheels disediakan di sini. Dan anak-anak boleh datang dan mencubanya sendiri.

Ketika sesi cabaran diadakan. Peserta diberikan 3 kali peluang untuk memastikan kereta mereka berjaya berjalan l;ancar di atas trek.

Trek Hot Wheels yang boleh menguji kepantasan kereta yang meluncur ke bawah.

Sempat saya rakamkan beberapa momen ketika anak saya Afiq bersama rakannya lain bersama-sama menyahut cabaran di trek ini.

Mencari posisi yang terbaik bagi memastikan kelancaran kereta meluncur laju ke bawah.

Nampakkan betapa terujanya mereka melihat setiap kali kereta yang diluncurkan ke bawah. Wajah keterujaan anak-anak ini sememangnya 'priceless' -kan.

Hokeh! Ni antara trek yang paling best dan gerun.  Kenapa gerun? Hahahaha. Sebab ianya akan dilancarkan dari tingkat 1. Kelancaran kereta terbaik akan berakhir dengan 'landing' yang kemas dan cantik.

Tiga kanak-kanak riang ini bersungguh meluncurkan kereta mereka dari trek di atas. Dan masing-masing bersorak gembira apabila kereta mereka berjaya meluncur laju ke landasan bawah.

Antara trek Hot Wheels lain yang terdapat di sini. Anak-anak boleh mencuba dan bermain dengan gembiranya. Paling best, bila dah berjumpa dengan rakan-rakan lain yang sama-sama satu kepala meminati kereta Hot Wheels di sini dengan mudahnya mereka menjadi kawan. Sekaligus mendidik mereka untuk berani bersosial secara sihat bersama rakan sebaya.

Sepertimana yang kita ketahui setiap pembinaan trek Hot Wheels adalah mengikut spesifikasi kejuruteraan yang canggih. Apabila anak-anak bermain melepasi segala halangan dari trek ianya dapat menguji skil yang terdapat dalam diri anak. Secara logik seperti daya momentum,pecutan dan latunan dalam fizik. Wahhhhh, macam tahap itu sekali saya melihatnya dari perspektif seorang ibu yang anaknya begitu minat dengan permainan Hot Wheels ini, hiks.

Semangat kerjasama dan saling membantu dalam memberi tunjuk ajar ketika bermain kereta Hot Wheels dapat mengeratkan lagi hubungan ibu/anak, ayah/anak dan abang/adik. Nah! Ini sesuatu yang sungguh membanggakan bukan? Apabila dapat menghabiskan masa dengan insan yang tersayang melakukan bersama-sama dengan aktiviti seperti ini.

So, korang jangan lupa tau untuk datang ke Suwany Putra Mall. Terdapat banyak koleksi Hot Wheels yang boleh kita dapatkan, barangan PERCUMA dengan setiap pembelian dan sertailah Sunway Putra Mall Hot Wheels Epic Championship. 

Dan pastinya anak-anak saya Akid, Afirq dan Ameer begitu teruja bila dapat bermain dengan set litar dan kereta koleksi dari Hot Wheels yang didambakan selama ini (gambar di atas). Bak kata depa "This is ohsemmmmm mummy. Really makes my day!!"

xoxo,
Sunway Putra Mall Hot Wheels Epic Championship Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 19, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.