Taste New Zealand di AEON Malaysia | Saya Telah Bertarung Dalam Cabaran Memasak Bersama Blogger
Ada perkhabaran baik untuk semua peminat barangan dari negara New Zealand. Bermula dari 30 November sehingga 10 Disember 2017, pesta makanan "TASTE NEW ZEALAND" anjuran New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) akan berlangsung di 7 outlet AEON seluruh negara.
Kata-kata aluan dari Miss Tam Poh Poh wakil dari pihak NZTE
Terdapat lebih 150 produk dipamerkan dan kita boleh mendapatkannya bersempena dengan GOURMET FOODS di AEON TASTE NEW ZEALAND . Kita boleh melihat sendiri produk-produk terbaik dari New Zealand secara dekat dan pastinya harga barangan yang ditawarkan sepanjang karnival ini juga berbaloi.
Antara produk New Zealand yang kita boleh dapatkan nanti seperti:-
Produk ternusu seperti Easiyo, Spring Sheep, KARIHOME, Anmum, Anlene dan Fernleaf. Ke semua produk ternusu yang ditawarkan adalah HALAL.
Variasi Mainland Cheese ditawarkan mengikut kesesuaian dalam masakan.
Nak tahu lebih lanjut boleh layari https://www.mainland.co.nz
Baby Beets dari PURE'N EZY . Pertama kali saya menggunaka produk ini dalam masakan ketika Cabaran Memasak Blogger di sini. Rasanya sedap juga!
Biskut dari jenama yang cukup dikenali di Malaysia iaitu GRIFFIN, Coklat Whitakers, lepaan PIC'S Peanut Butter, kudapan PROSPER Crisps, WEET BIX, SWEET MEADOW dan banyak lagi.
Terdapat juga produk penjagaan diri seperti ECO Store dan produk keperluan bayi seperti ONLY ORGANIC. Dan sememangnya banyak lagi jenama-jenama terbaik produk New Zealand yang telah di bawa ke Malaysia. Nak tahu lebih lanjut kenalah terjah GOURMET FOODS di AEON TASTE NEW ZEALAND ya!
Saya juga berpeluang mempelajari 3 resepi mudah, pantas dan sedap dari Executive Chef Krishnan, Chef dan tenaga pengajar dari Berjaya University College. Menariknya dalam demonstrasi masakan ini pelbagai barangan produk New Zealand telah digunakan, antaranya New Zealand Greenlea Beef. New Zealand Mussels, Baby Beets, Mainland Cheese dan pelbagai lagi.
3 resepi yang saya belajar adalah :-
- Sirloin Steak
- Cheese Baked Mussel
- Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum
Pelbagai teknik masakan yang telah saya belajar hasil perkongsian tips dari chef Krisnan. Antaranya untuk hidangan seperti seafood yang datang dalam pembungkusan 'sterilized', kita tidak perlu membersihkan dengan beria-ia. Ini kerana ianya akan merosakkan kesegaran dan rasa seafood tersebut. Begitu juga daging yang diimport (dengan pembungkusan sterilized), kita hanya mencuci secara asas.
Saya juga belajar cara yang betul membersihkan mussel. Dan juga teknik pemotongan sayur dan bawang. Cara pemotongan adalah perlu sama dan sekata bagi memastikan hasil hidangan dapat dimasak sempurna.
Untuk daging seperti sirloin atau mana-mana bahagian yang bertujuan untuk dijadikan stik (steak). cara masakan terbaik adalah 'medium rare' ini kerana kita dapat mengekalkan rasa kelembutan dan kemanisan isi daging.
Setiap hidangan lengkap perlu ada protein, karbo (starch) dan sayuran.
Ini adalah set lengkap sirloin steak yang super sedap dihasilkan oleh Chef Krishnan.
Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum - Pertama kali saya merasai masakan yang menggunakan Baby Beets, memang sedap gabungan daging, sayuran dengan sedikit percikan rasa sos lada hitam.
Maka terjadilah....
Cheese Baked Mussel versi kami, heheheh
Spices Sirloin Steak with Bergedil Cheessy and Vege!!
Senang dan sedap uolls...Serious!!
Jangan lupa uolls, untuk dapatkan produk dari New Zealand di AEON bermula dari 30 Novermber 2017 sehingga 10 Disember 2017. Sambil-sambil tu bolehlah sertai 2 peraduan di bawah :-)
Bergambar/Posing dan Menang. Jangan lupa share dan tag di FACEBOOK ya!
Beli produk NZ sejumlah RM80, boleh sertai cabutan bertuah. Mana tahu ada rezeki :-)
Joms!!!!!!!!
Taste New Zealand di AEON Malaysia | Saya Telah Bertarung Dalam Cabaran Memasak Bersama Blogger
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 28, 2017
Rating:
sedap nmpk sirloin steak tu..mussel cheese mcm kita mkn kt bluewave dapnye
ReplyDeleteSA tak update lagi..hahaha..awalnya update..apapun tahniah Ayu...tak pasal2 blogger jadi contestant kan...cuak betul..but produk NZ memang terbaik
ReplyDeletemt- sedap sirloin steak tu..yg mussel tu mmg lebih kurang jer rasanya
ReplyDeleteparizan - heheeheh ala2 bidan terjun ...