Ahli Kad MERIAH Mydin Boleh Mendapatkan Perlindungan Takaful iMeriah, PERCUMA dengan Pelbagai Manfaat
Bagi mereka yang suka berbelanja di Mydin pasti gembira bila saya kongsikan tentang berita terbaru tentang Mydin. Untuk pengetahuan semua Mydin telah melancarkan iMeriah bagi membolehkan ke semua pelanggan setianya mendapat manfaat dengan berbelanja setiap bulan di Mydin.
Pelancaran iMeriah telah dirasmikan oleh Encik Mohd Noor Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif AmMetLife Takaful Behad dan Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd. Turut hadir Encik Syed Anuar Syed Ali, Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank serta Dato' Murad Ali Mydin, Pengarah Eksekutif Mydin Holdings Bhd.
Syarat-syaratnya:
- Terbuka untuk ahli kad MERIAH Mydin yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 49 tahun. Berstatus warganegara MALAYSIA/penduduk tetap Malaysia.
- Perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM600 sebulan di Mydin dan dengan hanya menggunakan kad MERIAH Mydin secara automatiknya akan mendapat perlindungan takaful iMeriah.
Perlindungan takaful ini adalah PERCUMA untuk ahli kad iMeriah, ini kerana kos perlindungan iMeriah akan ditanggung oleh pihak Mydin. Dan TIADA sebarang kos akan dikenakan kepada pelanggan. Tempoh pelindungan iMeriah adalah selama sebulan, dan perlindungan ini akan diperbaharui setiap kali kriteria perbelanjaan minimum RM600 dipenuhi opleh pemegang ahli kad MERIAH Mydin yang layak.
iMeriah boleh didapati di 59 pasaraya Mydin seluruh negara termasuklah gedung, pasaraya, bazaar, emporium dan MYDIN Mart bermula dari 13 Disember 2017. Boleh dapatkan lebih info di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Mydin dan juga di laman FB Mydin dan AmMetLife Takaful.
Ahli Kad MERIAH Mydin Boleh Mendapatkan Perlindungan Takaful iMeriah, PERCUMA dengan Pelbagai Manfaat
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 16, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...