Cuti Sekolah Dapat Berseronok Sakan Dengan Penuh Keriangan Bersama Keluarga dan Rakan di Sunway Lagoon Malaysia!
Cuti Sekolah Dapat Berseronok Sakan Dengan Penuh Keriangan Bersama Keluarga dan Rakan di Sunway Lagoon Malaysia- Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-25 Sunway Lagoon Malaysia. Siapa sangka taman tema air yang terbesar di Malaysia ini sudah menjangkau 25 tahun usianya. Dan ianya adalah antara destinasi percutian yang memang menjadi kegemaran samada masyarakat Malaysia mehupun pelancong dari luar negara.
Bersama dengan maskot Sunway Lagoon Malaysia, haruslah ajak wefie bersama, hehehe. Oh ya! Untuk pengetahuan korang terdapat 6 tarikan di taman tema yang terdapat di Sunway lagoon Malaysia. Antaranya seperti Water Park, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan Nicklodeon Lost Lagoon.
Untuk waktu-waktu tertentu, penampilan istimewa watak-watak ini di kawasan Nicklodeon Lost Lagoon pastinya sangat dinantikan kanak-kanak yang datang bersama keluarga berlibur di sini.
Teenage Mutant Ninja Turtle ini bukan sahaja diminati golongan kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga. Seronok tengok geng TMNT yang begitu sporting beraksi di depan kamera,
Untuk kawasan Nicklodeon Lost Lagoon memang sesuai untuk kita bawa anak-anak kecil mandi di sini. Terdapat banyak juga kolam mandi memang dibina khas yang mesra kanak-kanak. Janji ianya harus juga dipantau oleh golongan dewasa.
Selain daripada kemunculan watak siri animasi Nicklodeon, terdapat juga acara seperti 'SLIME time di Spongebob Splash Adventure'. Namun bagi anak-anak saya sendiri jika dah dapat peluang main air dengan pelbagai 'slide' disini, ianya sudah diibaratkan taman syurga buat mereka.
Bagi mereka yang sukakan suasana pantai, di Sunway Lagoon Malaysia kita boleh sendiri merasainya sendiri di Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia. Dengan keluasan 13,000 meter persegi, pantai ini juga mempunyai ombak (sangat real) jadi kita akan dapat menikmati suasana sebenar bermain air di pantai.
Di Surf Beach terdapatnya Flowrider, Surf Beach, Mushroom/Umbrella, Water Disco, Surf Deck, Harbour Deck, Islands, Promenade dan Volcano.
Selain daripada itu, kita juga boleh bermain air di Amusement Park World of Adventure yang juga ada menyediakan taman permainan air yang mesra kanak-kanak iaitu Captain Kids' Playland & Candyland. Taman yang warna-warni begitu ceria sememangnya menjadi ruang terbaik untuk anak-anak bermain dengan gembira sambil berimaginasi dalam dunia mereka.
Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak, bolehlah mencuba pelbagai aktiviti ekstrem di Extreme Park Sunway Lagoon. Ada permainan kayak, paintball, bungee trampolin, go-kart, ATV, flying fox, terjunan bungee, G-Force dan banyak lagi.
Seperti Dedet dan Yana mereka telah memcuba sendiri permainan G-Force di sini. Di mana mereka akan dilantunkan ke udara sehingga mencapai 120 km tingginya. Perghhhhh. Ada bran??? Hehehehe
Antara tempat yang menjadi feveret anak-anak tentunya Wildlife Park Sunway Lagoon yang menampilkan taman hidupan haiwan yang interaktif di Sunway Lagoon Malaysia. Di sini terdapat lebih daripada 150 spesis haiwan dari seluruh dunia.
Antara yang mencuri perhatian adalah dua ekor Harimau Putih iaitu Samson dan Asha. Selain itu dengan adanya Zola dan Zuri pasangan singa putih dan juga harimau kumbang hitam menjadikan ianya antara kenapa anak-anak dan orang dewasa sendiri begitu teruja untuk melihat spesis unik ini dari dekat di sini.
Ini adalah sebahagian daripada haiwan-haiwan yang membuat persembahan bersama dengan jurulatih mereka.
Gelagat burung yang mencuit hati. Saya sebenarnya sudah lupa nama-nama burung yang membuat persembahan. Tapi kami sempat dihiburkan melihat gelagat bagaimana burung yang pandai bermain bola keranjang, menyelesaikan masalah matematik, mengeja dan juga burung yang prihatin dan bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.
Jika berani bolehlah anda mencuba sendiri memikul ular sawa yang bagi saya cukup besar dan berat. Adoihai, hahahaha. Tapi sebenarnya peluangmerasai sendiri memikul ular sawa ini dibawah selian jurulatih mereka tentunya ianya meninggalkan momen yang begitu manis sekali. Seperti Bro. Kid kita ini, bersempena dengan harijadinya beliau telah diberi peluang memikul 2 ular sawa sekaligus. Memang sado, kid dan dua ular tersebut. Hahahaha.
Bagi mereka yang membawa anak, tentunya akan membawa mereka untuk lebih dekat dengan haiwan jinak di sini. Antaranya seperti kuda padi, ayam, itik, kambing, arnah, ikan, burung dan banyak lagi. Mereka boleh melihat, menyentuh dengan lembut dan ada untuk kawasan tertentu anak-anak ini berpeluang memberi makanan kepada haiwan-haiwan jinak ini.
Terletak di bahagian Wild Wild West, kita boleh mencuba sendiri menyusuri sungai buatan dan menghadapi selekoh yang curam yang mendebarkan. Memang seronok to the max!
Selamat Ulangtahun yang ke 25 tahun Sunway Lagoon Malaysia! Moga terus sukses dan terus menerus menjadi taman tema no. 1 terbaik di Asia.
Dan uolls jangan lupa rebut peluang untuk promosi FamFun yang merangkumi 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak-kanak dengan hanya RM390* ataupun 4-To-Go untuk 4 orang dewasa dengan hanya RM456* atau Beli 3 Percuma 3 (Beli 3 dewasa PERCUMA 3 dewasa) pada harga RM510*.
Keterangan lanjut boleh layari:
Hubungi:
+603 56390000
Bercuti sakan bersama keluarga dan rakan,
Di Sunway Lagoon Malaysia dengan penuh keriangan!
Cuti Sekolah Dapat Berseronok Sakan Dengan Penuh Keriangan Bersama Keluarga dan Rakan di Sunway Lagoon Malaysia!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 18, 2017
Rating:
Mmg Best Experience masa cuti sekolah dgn anak-anak 😘😍😍 seronok!
ReplyDeleteyeah nice family theme park to go. Great place for water parks and others too!
ReplyDeletewui kathy - yuppp totally agree
ReplyDeletesherry - one day not enough kan hihihi
ReplyDeleteSeronoknya pergi Sunway Lagoon. Hari tu tak sempat nak pergi hehe
ReplyDeleteSeronok anak-anak kan dapat pergi Sunway Lagoon.. meriah..
ReplyDeletewah.. syoknya anak2 bercutii.. teringin gak nak gi sunway lagoon ni dengan hubby and baby.. nak request pas ni.. haha
ReplyDeleteJemput Join Giveaway TB yea.. tarikh tamat 31 dis ni.. hadiah wang tunai untuk dimenangi.. Pemenang dipilih secara random .. sape2 pun boleh jadi pemenang.. syarat tak banyak.. hahaha.. jom2..
ReplyDeletearitu Sal pegi tak sempat nak singgah kat Nicklodeon Lost Lagoon .. ni yang rasa nak repeat balik ..huhu
ReplyDeleteBestnya dapat bawa anak2 pergi. Lepas ni kena plan betul2 biar sampai jadi. Asyik cancel je
ReplyDeleteKak, kalau water theme park dekat dengan rumah camni berbaloi la pergi kan. Masa anak-anak pun lama main air. Pergi pagi, balik petang. Puas hati.
ReplyDeleteWah seronoknya.anak anak mestilah seronok kan
ReplyDeletebagusnya cuti cuti sekolah ni manfaatkan masa dengan family, best dapat main air, anak anak pun nampak happy
ReplyDeletesunway lagoon byk kali pergi pun xpernah boring
ReplyDeletepergi sunway lagoon memang tak pernah bosan. Dah lamanya tak pergi sana. tengah ada promosi nie boleh lah nak ajak family ke sana.
ReplyDeleteSeronoknya...last masuk sini 2009 kalau tak salah..nak bawak dania lagi la..dulu dia masuk masak kecik...mahal betul tiket sekarang kan...
ReplyDeleteLama tak terjah Sunway Lagoon... last pergi masa opis buat familyday Selalu tengok update kat web ada permainan baru... tak heranlah kalau cuti sekolah ni ramai yang berkunjung ke situ...
ReplyDeletedah 25 tahun rupanya Sunway Lagoon ni. salah satu tempat yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga bergembira bersama.
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Seronok dapat luangkan masa dengan anak2, lagi2 sapat main air memNg seronoklah dorang sampai tak mahu balik
ReplyDeleteBestnya pegi Sunway Lagoon.. Sehati suntuk pun tak terasa kan...
ReplyDeleteyg g force tu best la. teringin nak try hahaha
ReplyDeleteDah 25 tahun sunway lagoon yer. Seronok pergi sini. Letih pon iyeer jugak sebab besar sangat ��
ReplyDeleteHappy Holidays!!! I feel like going to Sunway Lagoon also.
ReplyDeleteBest giler. Dapat spend more time dengan family at Sunway Lagoon. So long never step to Sunway Lagoon.
ReplyDeletewow long time i didnt go ad! you made me miss this place!
ReplyDeletebut i think i will avoid school holiday. >.<
4D3N Star Cruise 2017