Hidangan Masakan Arab di Hadramawt' Kitchen Memang Hebat
Tidak dinafikan sajian dari negara Arab sentiasa menjadi pilihan masyarakat Asia terutama mereka yang begitu gemarkan rasa hidangan yang berempah. Hadramawt Kitchen antara restoran yang saya sangat syorkan terutama bagi yang minat atau ingin mencuba masakan arab. Menariknya di sini ada ditawarkan pelbagai jenis masakan dari hidangan berat sehinggalah ke pemanis mulut.
Oh ya! Kali ini kami telah menjamu 3 hidangan hebat yang telah disediakan oleh Chef yang sememangnya berasal dari negara Arab. Nah! Tidak hairanlah rasa hidangan yang kami nikmati benar-benar enak, originaliti memang hidangan arab terbaik 100%.
Set Mandy Ayam dan Kambing didatangkan bersama arab 🥗 salad, sos cili dan sup
Set nasi arab mandy yang lengkap antara yang menjadi kegemaran saya dan anak-anak. Selain daripada rasa nasi mandy itu sendiri yang teksturnya cukup lembut, digabungkan pula dengan daging kambing dan ayam yang empuk cukup rasa dengan rempah-rempah istimewa memang menjadikan ianya sajian yang cukup sempurna.
Sajian Maulawah di Hadramawt di tawarkan samada saiz besar atau kecil. Enak dinikmati ketika masih panas-panas bersama kuah istimewa sajian arab. saya tak pasti apa nama hidangan kuah ini tetapi ianya sungguh enak ada rasa macam kuah dal bersama racikan ayam.
Khounafa pemanis mulut yang diperbuat daripada keju dan gula. Yang mana diatasnya adalah pastri Sunbullah. Isinya diletakkan krim keju, susu segar, sedikit tepung jagung dan bahan utama ialah gula yang dikaramelkan. Sebenarnya ini adalah pemanis mulut yang memang saya tercari-cari selama ini. Dan siapa sangka saya berpeluang menikmatinya di sini. Untuk menyediakan hidangan ini memang perlu teknik tertentu ya, bukan mudah.
Penutup bicara hidangan adalah teh arab yang begitu terasa kesegarannya biarpun menikmatinya dari hanya secangkir cawan.
Jom uolls, pekena sekali (dua kali dan banyak kali) hidangan arab di Hadramawt' (saya menikmatinya di Cawangan Wangsa Maju). Ada pelbagai jenis hidangan ditawarkan pada harga yang berpatutan dan paling penting ianya dapat memberi kepuasan menikmati sajian arab yang enak tiada bandingan!
Untuk info lanjut boleh layari:
Atau hubungi untuk tempahan dan pertanyaan:
03-41419841
Hidangan Masakan Arab di Hadramawt' Kitchen Memang Hebat
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 06, 2017
Rating:
Terus nak ajak en tunang pi makan kat sini...seksi plak ayam tu ha...
ReplyDeleteAmanda suria aka parizan - hahahahha kena terjah tauuu..
ReplyDelete