11street| Realiti Membeli-Belah Atas Talian dan Rancangan Masa Hadapan


Peningkatan berterusan industri e-dagang di Malaysia tahun ini meletakkan asas bagi memacu sektor runcit atas talian ke hadapan, mengikut 11street. 3,507 responden di seluruh negara baru-baru ini yang mengambil bahagian dalam kaji selidik 11street dari 15 hingga 21 November, memberi pandangan mengenai pasaran atas talian Malaysia pada 2016 dan meramalkan lima trend utama untuk tahun akan datang.

Hoseok Kim, Ketua Pegawai Eksekutif 11street menjelaskan;

"Berdasarkan hasil kajian kami, kita boleh menyimpulkan bahawa sektor membeli-belah atas talian di Malaysia semakin berkembang, didorong oleh potensi untuk bertumbuh dan matang. Kaji selidik ini mendedahkan mentaliti pengguna Malaysia yang membeli-belah atas talian, dan memberikan kami maklumat berharga untuk kami menggubal ramalan bagi sektor e-dagang Malaysia pada tahun 2017"

2016: Realiti Membeli-Belah Atas Talian di Malaysia

Kaji selidik tersebut mendedahkan bahawa lebih 80% daripada responden telah membeli-belah atas talian, di mana 59% yang membeli-belah atas talian akan sekurang-kurangnya membuat pembelian sebulan sekali atau lebih kerap. Ini menbuktikan bahawa industri membeli-belah atas talian di Malaysia sememangnya berkembang pesat. Walaupun terdapat pelbagai kategori produk, pengguna Malaysia masih bereksperimen dengan tabiat pembelian mereka, di mana sebahagian besar pembelian mereka masih membeli produk-produk seperti elektronik, fesyen dan kecantikan, sukan dan hobi.

Sementara itu, telefon pintar terus menjadi peranti pilihan untuk rakyat Malaysia dalam membeli-belah atas talian dengan 80% daripada responden menggunakan telefon pintar untuk membeli-belah. Pendedahan ini selari dengan persepsi 11street bahawa Malaysia dilengkapi dengan infrastruktur IT yang canggih untuk membuka jalan bagi ekosistem e-dagang berkembang di negara ini.

Daripada kaji selidik yang telah dibuat, 95% daripada responden memberi nilai '5' dan ke atas apabila ditanya mengenai tahap kepuasan mereka terhadap pembelian atas talian. Untuk meringkaskan fakta di atas, pembeli atas talian Malaysia boleh dikatakan berpuas hati dengan pengalaman membeli-belah atas talian mereka. Menurut 11street, membeli-belah atas talian adalah salah satu saluran bagi rakyat Malaysia untuk menjimatkan wang, selaras dengan kenaikan kos sara hidup – sebagai premis untuk pasaran atas talian untuk menetapkan apa yang boleh dijangka untuk industri e-dagang pada masa hadapan.

2017: Lima Trend Utama untuk E-dagang di Malaysia

1. Membeli-belah atas talian adalah yang berterusan maju

11street meramalkan bahawa pembeli atas talian yang sedia ada akan terus membeli lebih kerap, dan
pengguna yang tidak membeli atas talian akan mula meneroka e-dagang dalam tempoh 12 bulan akan
datang. Ini adalah berdasarkan keputusan kaji selidik tersebut, di mana 17% daripada responden yang tidak membeli-belah atas talian sebelum ini, 85% menyatakan minat untuk membeli-belah atas talian pada tahun hadapan. Ini mungkin digalakkan oleh kepuasan pembeli atas talian yang sedia ada, serta faktor harga yang kompetitif yang mereka boleh dapat atas talian. Pendedahan ini akan terus merobohkan rintangan di antara pembeli atas talian dan konvensional, menjadikan pembelian atas talian jalan pilihan utama pengguna menjelang 2017.

2. Kaedah Pembayaran Terus Bercambah

Walaupun pembelian tunai masih menjadi pilihan utama, 11street meramalkan bahawa pengguna Malaysia akan terbuka untuk menerokai kaedah pembayaran bukan tunai seperti pemindahan atas talian, melalui kad kredit dan debit. Dirumuskan dari fakta, 90% daripada responden kaji selidik yang membayar tunai pada penghantaran bersedia untuk mencuba kaedah pembayaran bukan tunai yang lain dalam tempoh 12 bulan akan datang. Oleh itu, dijangka akan berlaku peningkatan dalam kekerapan pembelian atas talian melalui penggunaan kad kredit atau kad debit untuk pembayaran atas talian selaras dengan peningkatan kepercayaan rakyat Malaysia untuk membeli-belah atas talian.

3. Menerokai Kategori Produk Baru

Di samping itu, responden kajian telah mendedahkan kategori hiasan rumah dan perabot, barangan runcit dan isi rumah, kesihatan dan makanan tambahan adalah kategori-kategori utama yang mereka akan berkemungkinan teroka pada tahun 2017. Apabila pengguna sudah biasa dengan membeli-belah atas talian diikuti dengan peningkatan liputan logistik dan ketersedian, 11street membayangkan pengguna akan membeli-belah atas talian untuk keperluan harian, produk segar dan barang-barang peribadi, dengan faktor bahawa kategori-kategori produk tersebut mudah dilayari di telefon pintar dan mudah dihantar ke rumah-rumah mereka.

4. Penghantaran Ekspres akan Mengaut Keuntungan

Secara umum, 90% daripada responden kaji selidik menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menunggu sehingga satu minggu untuk penghantaran pembelian mereka. Namun, apabila mereka ditanya mengenai penghantaran ekspres, lebih daripada 60% daripada responden menyatakan bahawa mereka bersedia untuk membayar lebih sehingga RM10 untuk penghantaran ekspres. 11street melihat ini sebagai menetapkan trend untuk penghantaran ekspres di masa akan datang, di mana pengguna mengharapkan penghantaran lebih cepat pada harga yang lebih berpatutan. Oleh itu, dalam usaha untuk terus mengekalkan kepuasan pelanggan, pasaran dan penjual atas talian dijangka untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan penghantaran yang lebih pantas.

5. Menjangkaui Faktor Harga

Pengguna menyedari manfaat penjimatan kos dari membeli-belah atas talian; oleh itu di masa akan datang, penjual perlu meningkatkan usaha mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan membiasakan diri dengan proses menguruskan jumlah jualan yang lebih besar, peningkatan jangkaan logistik, dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna. Ini adalah hasil daripada kajian 11street, di mana responden yang menyenaraikan 'tepat pada masa' dan 'ulasan pelanggan yang positif', antara lain, sebagai pertimbangan utama mereka apabila mereka membeli-belah atas talian.

Oleh itu, 11street berusaha untuk meningkatkan sokongan kepada penjual, untuk membantu prestasi mereka dan untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan, demi memajukan pasaran membeli-belah atas talian pada tahun 2017.

Pada tahun 2017, kami menjangka untuk melihat perubahan besar dalam pelan pemasaran kebanyakkan perniagaan, di mana mereka akan berubah dari fokus atas produk kepada lebih fokus akan pembeli. Lagipun, pengguna hari ini bukan sahaja mencari tawaran yang terbaik, tetapi juga mengambil kira faktor-faktor lain yang memenuhi keperluan mereka dan tuntutan mereka. Selain daripada tawaran atas talian, perkhidmatan pelanggan yang baik dan logistik yang cemerlang akan menjadi faktor kejayaan perniagaan atas talian pada masa depan, " kata Kim.

Sambut Tahun Baru Cina dengan ‘Ong-some’

11street memperkenalkan promosi ‘Ong-some’ sebagai persediaan menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Dengan kerjasama jenama-jenama terkemuka seperti Brands, Caring, Eu Yan Sang, Huawei, Nestle dan Watsons, pengguna 11street boleh menikmati diskaun sehingga 90% dan disediakan dengan pelbagai idea-idea hadiah dan produk berkaitan untuk Tahun Baru Cina.

• Tampak bersinar pada Tahun Baru ini dengan siri produk pembersihan, dari jenama seperti Air Wick, Dettol, Harpic dan Vanish, dan berpeluang untuk memenangi 88 syiling emas bernilai RM88,000;

• Hamper Tahun Baru Cina daripada jenama kesihatan dan makanan, iaitu Jenama, Eu Yan Sang,
Kinohimitsu dan Tong Garden, untuk hadiah yang dipilih dengan teliti untuk orang tersayang, keluarga, rakan-rakan dan rakan perniagaan;

• Tawaran Ong-some Gadget daripada pembuat telefon pintar Huawei dan OPPO, di mana pengguna
diberi pilihan untuk membuat tempahan awal edisi terhad Huawei Porsche Design Mate 9, atau membeli OPPO F1S dan R9S dengan promosi khas untuk Tahun Baru Cina.

Kesimpulannya, sejurus pembelian atas talian diintergrasi ke dalam kehidupan pengguna Malaysia, halangan antara e-dagang dan dagangan konvensional akan dilenyapkan pada masa akan datang. 11street berusaha untuk menjadi pengantara bagi perubahan ini, dan bertindak sebagai tulang belakang penjual atas talian untuk menawarkan perkhidmatan dan penghantaran yang lebih baik kepada pengguna
   
                                       
11street| Realiti Membeli-Belah Atas Talian dan Rancangan Masa Hadapan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 18, 2016 Rating: 5

12 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.