Keunikan Rasa Hidangan Minuman Yang Ditawarkan di Cheers Cheese
Kebetulan ketika saya berkunjung ke iOi City Mall Putrajaya pada hari Sabtu 23 Disember 2017, kiosk Cheers Cheese yang terletak di Level 1 (bahagian tengah) telah melancarkan hari pembukaan pertama outlet. Ini merupakan kiosk yang kedua dibuka di Malaysia yang mana Cheers Cheese yang pertama telahpun bertapak di Damansara Uptown Petaling Jaya.
Untuk pengetahuan semua jenama Cheers Cheese ini adalah berasal dari Hong Kong. Uniknya tentang minuman ini ianya diadun daripada resepi teh yang tersendiri dan untuk menghasilkannya perlu menggunakan teknologi tinggi.
Bersempena dengan pembukaannya di iOi City Mall Putrajaya, cawangan Cheers Cheese disini juga ada menawarkan minuman PERCUMA kepada 100 pelanggan yang pertama. Selain daripada itu terdapat juga promosi hebat ditawarkan yang mana dengan setiap 1 pembelian air minuman di Cheers Cheese akan diberikan juga 1 air minuman PERCUMA. Kiranya seperti "Buy ONE free ONE". Jimat banyak bukan???
Terdapat pelbagai varian minuman ditawarkan di sini. Walaubagaimanapun yang sentiasa menjadi permintaan pelanggan adalah 2 jenis Signature Tea yang ditawarkan iaitu Cheese Matcha dan Cheese Milk Tea.
Biarpun baru di awal pagi, sudah kelihatan kelibat pelanggan yang beratur untuk menikmati variasi minuman yang ditawarkan Cheers Cheese.
Antara 5 jenis kategori minuman dan variasi pilihan yang ditawarkan di Cheers Cheese seperti:-
Cheese Tea
Jasmine Green Tea, Four Season Tea, Lychee Oolong/Black Tea, White Peach Oolong, Sakura Oolong, Osmanthus Oolong, Feng Huang, Earl Grey Black Tea, Rose Pu Er dan Champaign Redjade.
Milk Tea
CC Milk Tea, Carrot Pearl Milk Tea, Cake Milk Tea, Cheese Milk Tea, Cake Pearl Milk Tea, Earl Grey Milk Tea, Cheese Earl Grey Milk Tea, CC Matcha, Cake Matcha dan Cheese Matcha.
Fruit Tea
Double Lemon Black Tea, Passion Fruit Green Tea, Lemon Lime Green Tea, Soursop Green Tea (seasonal) dan Signature Fruit Tea (Green Tea, Four Season Tea, Black Tea)
Frappucino
CC Kiwi, Cheese Watermelon, Cheese Pineapple Melon, Cheese Strawberry, Cheese Mango, Cheese Avacoda dan Cheese Hami Melon (seasonal)
Coffee
Americano dan Cheese Coffee
Antara yang menjadi tearikan di Cheers Cheese adalah minuman teh yang dicampurkan dengan cheese (keju). Biarpun nampak agak 'rare' minuman campuran keju tetapi setelah mencubanya sendiri memang saya tidak dinafikan rasanya sedap juga.
Dan kita juga boleh membuat 'special request' untuk tahap gula yang diinginkan dalam minuman. Jika anda tidak suka rasa terlalu manis, maka boleh minta untuk dikurangkan dan sebaliknya - normal, less sugar, half sugar, little sugar dan NO sugar.
Selain itu, saya juga tertarik dengan pembungkusan cawan dari Cheers Cheese. Sangat kemas dan praktikal. Dengan adanya tutup hitam kecil diatas sangat mudah untuk dibuka dan kita boleh terus menikmati minuman menerusi corong tersebut. Bila dilihat pada rekaan cawan ini, kita boleh lihat betapa pentingnya konsep 'hygience' dalam setiap minuman yang dinikmati oleh pelanggan.
Selain daripada minuman, terdapat juga kek dan manisan yang boleh kita didapatkan dari Cheers Cheese. Antaranya seperti :-
Kredit : Syafira Yamin
Kredit : Syafira Yamin
Kredit : Syafira Yamin
Kredit : Syafira Yamin
Bagi saya sendiri sangat rakemenkan pada uolls untuk mencuba kehebatan rasa air minuman cheese milk tea, teh yang enak diadun bersama 'cheese' (keju). Rasanya lemak-lemak susu, tidak terlalu manis dan sedang elok rasanya terutama bagi mereka yang memang gemarkan 'milk tea' resepi original dari Hong Kong. Jika anda tidak mahu rasa susu, bolehlah mencuba cheese four season tea- dan sedap juga rasanya :-)
Dan sebenarnya bukan itu sahaja pilihannya. Boleh semak senarai minuman yang saya kongsikan di atas dan pastinya apa sahaja yang dipilih pasti tidak akan mengecewakan.
Jangan lupa untuk terjah Cheers Cheese berdekatan anda ,
Rasai sendiri kehebatan minuman yang unik dan enak tidak terkata.
Untuk lebih info, boleh layari:
Keunikan Rasa Hidangan Minuman Yang Ditawarkan di Cheers Cheese
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 25, 2017
Rating:
Nampak macam pelik pulak bila air pun nak campur dengan cheese. Tak dapat bayangkan macam mana rasa dia kak ayu. And kenapa nama kek dia yang 2 last tu rare habis? :D :D
ReplyDeleteCheers Cheese tu nampak pelik tapi teringin nak cuba air mcm ni. Dessert semua sedap2 kan. Menariknya. Ni tak sabar nak cuba.
ReplyDeletewww.liahasty.com
fadzi - kannnnn bila fikir mcm pelik..tapirs sedap jugak...aah mmg agak pelik hehehe
ReplyDeletePenggemar cheese harus la try ni. Macamana la rasa minuman ber'cheese' ni ye....selalu makanan je ber'cheese'. La ni minuman pon ado....
ReplyDeleteI am a cheese fanatic, these photo are just mouth savoring 🤤 feeling so hungry right now.
ReplyDeletemacam pelik pula bila mana cheese dijadikan air minuman. kening saya dah mula berkerut ni. tapi, belum cuba belum tahu kan. bab penggera memanggil pelanggan bila dah siap minuman memang terbaik. penutup minuman pun saya rasa satu perubahan baru yang wajar diperluaskan.
ReplyDeletepertama kali dengar teh ber'cheese' ni. nak cuba jugaklah sebab saya penggemar cheese hehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Nampak Sgt cheer cheese ni trend baru sebab ramai dah try. Cheese overload ni
ReplyDeletePernah cuba , tapi bukan di kedai ,cafe or mana- mana oulet . Disebabkan CCL ni seorang cheese lovers , sahabat baik CCL try buat menu ni cheese tea .. mulanya agak pelik .. tapi dia cakap cheese tea ni minuman yang teng femes di jepun . Tak lama lagi akan femes di malaysia .. ingatkan sengaja dia reka cipta menu macam ni
ReplyDeletePertama kali taw cheese diletakkan dalam minuman ni.. Selalu duk nampak diletakkan dalam kek,roti dan pizza.. Nampak macam sedap temgok air
ReplyDeleteTak boleh imagine rasa cheese yg dicampur dalam minuman.
ReplyDeleteNampak menarik dan sedap. Apa2 pun kena cuba kann..
sisintan.blogspot.my
Seronoknya ada minuman baru! Nampak sedap! Boleh cuba nanti ni!
ReplyDeleteTertanya-tanya bagaimana rasa minuman dari cheese ni. Baguslah dapat request untuk kandungan gula yang digunakan. Pastilah nak cuba minuman baru macam ni. Tak lama lagi popular lah di sini.
ReplyDeleteTaktau nak imagine rasa teh dengan cheese. Sebab saya bukan peminat cheese. Hehe
ReplyDeleteDalam banyak2 variety of drinks saya macam nak sgt try fruit tea. bahan detox didalam nya macam best lak..takpe akn singgan soon. thanks sis sbb sharing.
ReplyDeleteTu lah. Ni 1st time dgr cheese campur teh. Btw, k.jana peminat cheese.
ReplyDeletewaaaahh cheese lover harus try nih... nanti nak bawa Fatin dia suka sangat makanan yanga ada cheese, tapi yang minuman ni belum pernah cuba... bolehlah belanja fatin nanti
ReplyDeletetak dpt pi masa ada promo ni. sb pi Melaak. Insyaallah nt next time nak try sbb saya cheese lover hehe
ReplyDeletealamak teringin pulak nak rasa minuman bercheese ni.. selamat diterima tekak ke tidak.. tapi nampak lemak berkrim je tu
ReplyDeleteSerious Kak Ayu, air tu bila campur keju memang sedap, jadi nak kena pergi beli lagi awesome sangat ! :)
ReplyDelete