Majlis Pelancaran Trailer & Sidang Media Filem Makrifat Cinta

Diundang ke majlis pelancaran trailer untuk filem terbaru lakonan pelakon hebat seperti Shamsul Yusof, Adi Putra, Nabila Huda dan Nora Danish tidak mudah untuk saya lepaskan. Apatah lagi sesi preview ini dilokasi TSR Cinemax IRDKL Mall Shah Alam, pawagam agak baru juga di buka di kawasan Shah Alam.

 Antara barisan pelakon, pengarah dan mereka yang terlibat dalam pembikinan filem Makrifat Cinta. Turut kelihatan di gambar adalah pelakon utama Shamsul Yusof, Adi Putra, Puteri Balqis dan juga pengarah filem ini iaitu Kamal G.

Untuk pengetahuan semua filem ini adalah dibawah terbitan Dhananwoodd Films Sdn Bhd, edaran TSR Films Sdn Bhd.

Sabrina Ali turut berlakon dalam filem ini yang memegang watak sebagai Cikgu Faridah iaitu guru kepada Aisha lakonan Putri Balqis.

Dato' Adi Putra kali ini emmegang watak antigonis iaitu Rizal abang kepada Zara lakonan Nabila Huda. Walaupun dalam trailer kelibat Rizal tidak banyak, namun setiap kali kehadiran beliau di  paparan layar menjadikan saya begitu tidak sabar untuk menonton filem ini. Bagi saya Adi Putra antara pelakon yang sangta versatil yang mempu menjiwai pelbagai watak dengan baik dan berkesan.

Pertama kali saya memasuki pawagam TSR Cinemax IRDKL Mall Shah Alam. Not bad uollls. Besar dan selesa. Skrin dia pun agak luas dan terang juga.


Apa yang menarik filem yang bergenre drama yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta ini turut menggunakan 20-30 peratus teknik janaan komputer (CGI) bagi mencantikkan lagi jalan ceritanya. Dan ianya sesuatu tang perlu dibanggakan kerana filem Makrifat Cinta ini juga merupakan filem Melayu pertama di Malaysia yang menggunakan lensa kamera Cooke Optics yang di sewa khas dari Mumbai India.

Cooke Optics ini adalah lensa yang menelan kos yang tinggi ini sememangnya menjadi tarikan terutama kepada pengarah fotografi berpengalaman. Ini kerana Cooke Optics mampu memberikan hasil output yang terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh lensa biasa.

Tidak hairanlah teknologi lensa Cooke Optics  ini mampu merakam di tempat gelap lebih baik daripada yang boleh dilihat oleh mata manusia. Saya difahamkan untuk menghasilkan teknologi lensa Cooke Optics ianya memerlukan lebih dari sepuluh jurutera British dan mengambil masa selama setahun :-)

Untuk pengarah dan pelakon Shamsul Yusuf tentunya agak skeptikal dalam menerima sekaligus membuat persetujuan membintangi mana-mana filem yang bukan dari arahannya sendiri. Tetapi apabila beliau melihat sendiri naskhah ini (setelah dirombak 2 kali), komited Kamal G dan pasukannya serta penglibatan produksi tempatan bukan melayu dalam menghasilkan filem melayu yang terbaik membuatkan beliau bersetuju untuk menjayakannya. 

Tapi seriously, setelah saya lihat sendiri 4 trailer Makrifat Cinta walaupun sekejap tapi saya nampak kemantangan Shamsul menghayati watak. Superb. Apatah lagi digandingkan bersama Nora Danish (pertama kali mereka bergandingan di layar perak) dan juga Nabila Huda memang perjalanan cerita sangat hidup dan sempurna.


Makrifat Cinta yang diinspirasikan daripada kisah benar ini menceritakan tentang Mahathir lakonan Syamsul Yusof yang sentiasa berusaha keras untuk memenuhi segala kemahuan isterinya (Nabila Huda) dan anak perempuan mereka (Puteri Balqis).

Dalam masa yang sama Mahathir berdepan dengan masalah yang dihadapi abang iparnya, Rizal (Adi Putra) yang juga penagih dadah tegar sehingga membuatkan rumah tangganya bermasalah. Tersepit antara masalah yang dihadapi, Mahathir cuba mencari jalan keluar daripada situasi yang menimpa dirinya sehinggalah dia bertemu dengan seorang kawan perempuan di waktu belajarnya satu masa dulu iaitu Sofea (Nora Danish).

Bagaimanapun, pertemuan itu merubah diri Mahathir daripada seorang lelaki yang dirundung masalah dan kesedihan kepada lelaki yang bermotivasi. Banyak konflik telah berlaku dalam Mahathir bangkit untuk memajukan hasil ciptaan dia iaitu applikasi komputer. Dan apa kesudahan hubungan Mahathir bersama Sofea. Apa yang berlaku di pengakhiran cerita, jangan lupa saksikan ya uolls di pawagam bermula 1 Feb 2018.

Bergenre drama, banyak yang kita boleh belajar dari inspirasi kisah benar ini. Bermula daripada seorang yang ZERO menjadi HERO, dan bagaimana seorang wanita yang baik mampu menjadi kekuatan untuk seorang lelaki agar terus berjaya. Banyak yang kita boleh belajar dari kisah ini.

Majlis Pelancaran Trailer & Sidang Media Filem Makrifat Cinta Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 14, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.