Misi CSR MBI Selangor | Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah FR Junior Diteruskan

Sepertimana yang pernah saya telah kongsikan didalam penulisan sebelum ini (disini), CSR MBI  Selangor telah mensasarkan pemberian baju sekolah kepada 55,000 pelajar yang memerlukan di negeri Selangor. Ianya telah bermula sejak musim cuti sekolah bulan dari November lagi dan hari ini pemberian bantuan telah diteruskan dengan pengagihan kepada 3679 pelajar dari 25 sekolah yang terpilih.

Majlis dihadiri oleh Encik Soffan Affendi bin Aminudin selaku Ketua pegawai Operasi MBI dan juga Ustaz Jaafaruddin Md Ali Ketua Pegawai CSR MBI. Encik Fakru Razi Ab Ghani Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Jaafarudin Md Ali

Menurut Ustaz Jaafarudin Md Ali atau lebih dikenali sebagai Ustaz Jay, bantuan persekolahan adalah berbentuk pakaian sekolah (sekolah rendah) ini diharapkan dapat membantu keluarga yang memerlukan terutama di zaman ekonomi yang begitu mencabar hari ini. Biarpun tidak dalam bentuk wang tunai namun bantuan seperti pakaian sekolah ini lebih banyak manfaatnya terutama dengan harga pakaian di pasaran yang agak tinggi. 


Saya sendiri begitu teruja apabila melihat anak-anak yang tidak sabar untuk kembali ke sekolah dengan berpakaian baru :-) 

Pakaian sekolah yang disumbangkan adalah daripada label FR Junior, rekaan istimewa saudara Fairuz Ramdan seorang pereka tempatan yang banyak menghasilkan koleksi rekaan yang menarik dan berkualiti.



Dan saya sempat menyaksikan majlis penyampaian sumbangan kepada 22 sekolah yang terpilih, yang mana setiap sekolah telah menghantar wakil untuk menerima sumbangan dari CSR MBI Selangor. Moga dengan usaha CSR MBI Selangor yang mula ditubuhkan pada Januari 2015 ini mencapai objektif penubuhannya untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri

Usai sahaja upacara penyampaian, semua wakil yang hadir mengambil bantuan yang diberikan dan seterusnya mengagihkan anak-anak yang terpilih di sekolah masing-masing.

Moga segala yang diusahakan dalam membantu rakyat Selangor, dapat membuka mata masyarakat setempat khususnya tentang kesungguhan CSR MBI dinaungi Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh untuk menzahirkan rasa kepedulian, kasih sayang dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT.

Misi CSR MBI Selangor | Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah FR Junior Diteruskan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 30, 2017 Rating: 5

13 comments:

  1. Alhamdulillah dgn projek macam ni dpt byk membantu golongan2 yg kurang berkemampuan dlm menyediakan persiapan sekolah anak2.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada penyumbang2. Terutamanya Menteri Besar Selangor. Tahniah!! Tahniah!! Bangga jadi rakyat Selangor.....semangat tak I......? Hee Hee

    ReplyDelete
  3. wahhhh bagusnya.. terima kasih pada penyumbang2 semua. memang bagus dan perihatin :)

    ReplyDelete
  4. kakkk rajinnya pergi event ni alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Wah baguslah program" macam ni masih dianjurkan. Mesti budak rasa semangat nak pergi sekolah nanti. Beban ibu bapa dapat dikurangkan sekaligus dapat mengeratkan silaturahim.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Suka program begini. Bukan setakat meringankan beban bahkan menambah keceriaan dan semangat pelajar untuk menuntut ilmu. šŸ˜

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak dapat juga bantu mereka yang memerlukan. sama-sama dapat merasa

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Program CSR bagus dilaksanakan dan ramai individu yg kurang berkemampuan tertunggu² bantuan especially time nak bukak sekolah ni. Tahniah kpd yg menyumbang dan semoga aktiviti ini diteruskan di masa akan datang

    ReplyDelete
  9. Tahniah dengan adanya program macam ni dapat membantu mereka yang memerlukan dan mengurabgkan beban

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..dengan program macam ni boleh bantu orang kurang mampu..moga diteruskan

    ReplyDelete
  11. Semoga dengan bantuan begini dapat meringankan beban ibubapa. Zaman sekarang ni zaman ekonomi mencabar

    ReplyDelete
  12. Program ni dpt membantu meringankan beban rakyat.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. MBI? MBI ni sama dengan money game tu? anyway it's a good event to give back to the society.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.