Miss Whoosh Glamorous 2017
Untuk tahun ke-2 Miss Whoosh Glamorous dianjurkan oleh Whoosh Eyewear, salah satu jenama di bawah Focus Point. Acara berprestij yang diadakan di NU Sentral Shopping Centre ini menemukan 48 wanita cantik datangnya dari seluruh negara.
Barisan juri yang dijemput bagi mengadili ke semua peserta Miss Whoosh Glamorous. Untuk pengetahuan semua para juri merupakan mereka yang mempunyai pelbagai latarbelakang bidang hebat yang dijemput khas oleh pihak penganjur. Antaranya seperti Dato' Michael Tio (Managing Director & Group CEO of PKT Logistics Group Sdn Bhd), Datin Winnie Loo (CEO & Creative Director of A Cut Above, Ms Jojo Tan (Supermodel International 2016 World Winner) dan Mr Key Ng (Malaysia Famous Designer).
Dengan bertemakan FAST, FRESH dan FORWARD, ianya menggambarkan rekaan kaca mata Whoosh adalah seiring dengan trend terkini yang sangat mementingkan pada gaya, kualiti dan pemakaian 'on-the-go'.
Sepertimana yang kita tahu kaca mata / shades pada hari ini menjadi aksesori dalam penggayaan kita setiap hari. Ianya boleh memberikan aura dan menjadikan penampilan diri lebih menarik. Ini sepertimana yang kita dapat lihat betapa anggunnya peserta Miss Whoosh 2017 menggayakan koleksi terbaru dari Whoosh.
Gaya yang trendy dan versatil mejadikan pemakainya lebih tampil stylo. Menariknya koleksi terkini Whoosh ini juga akan diperagakan bersempena dengan supplementary title kepada Miss Tourism Queen of the Year International 2017 yang dibawakan oleh Focus Point yang merupakan salah satu penaja utama bagi acara ratu cantik bertaraf antarabangsa ini.
Ke semua 48 peserta Miss Whoosh Glamorous 2017 bergambar bersama juri dan VIP yang dijemput bagi memeriahkan majlis.
Dan Miss Netherlands telah diumumkan sebagai Miss Whoosh Glamorous 2017. Dengan personaliti, kelembutan dan cara beraksi di atas pentas yang dibawa oleh beliau, melayakkan Miss Netherland dinobatkan sebagai Miss Whoosh Glamorous untuk penganjuran kali ke-2. Syabas diucapkan.
Kejayaan Miss Netherlands menjadikan beliau duta kepada jenama Whoosh terutama untuk siri koleksi terbaru dari Whoosh.
Ke semua peserta Miss Whoosh Glamorous 2017 bergambar di hadapan outlet Whoosh NU Sentral Shopping Mall.
Untuk keterangan lanjut tentang produk kacamata Whoosh boleh layari :
Miss Whoosh Glamorous 2017
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 02, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...