MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri ke majlis pelantikan duta MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM) 2018.Apa yang menarik untuk tahun akan datang ianya juga melibatkan beberapa selebriti yang cukup dikenali dengan keperibadian yang tinggi dan masing-masing juga berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Seperti yang kita ketahui golongan selebriti mempunyai pengaruh tersendiri yang kuat terutamanya dalam laman media sosial, ini diakui kerana setiap gerak-geri dan perkongsian mereka mampu menjadi tular dan bualan generasi kini dalam masa yang singkat. Sebaran berbentuk positif seperti nasihat dan juga aktiviti kebajikan memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda.

Melihat peluang ini, MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM) segera membina ruang kerjasama dengan para selebriti dan usahawan dari pelbagai latar belakang yang secara umumnya dilihat dapat membantu, membuka peluang dan membentuk kesedaran untuk sama-sama membantu mencipta gelombang dan seterusnya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui penyebaran di laman media sosial.

MVM yang didaftarkan pada 30 Disember 2014 ini turut memfokuskan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat. MVM memfokuskan kepada pembangunan ekonomi penerima bantuan secara berkala. MVM banyak menyantuni golongan-golongan ini dengan pelbagai program seperti PureHeart, Di Sebalik Pintu, Jejak Mahabbah, MVM Apprentice, Qurban MVM dan banyak lagi. Setakat ini hampir 80 buah program kebajikan telah dijalankan dan hampir 6000 buah keluarga penerima bantuan telah menerima manfaat dari dana yang telah berjaya dikumpul daripada sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah.

Bantuan yang diberikan tidak hanya tertumpu di Malaysia sahaja malahan bantuan telah diperkembangkan lagi ke luar negara seperti Syria, Jordan, Rohingya dan lain-lain melalui misi-misi kemanusiaan bersama dengan rakan-rakan NGO lain. Tahun ini sahaja untuk misiUnity Convoy, 87 buah ambulans dan tujuh buah darinya adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin ini telah berjaya dihantar ke Syria dan telah digunakan untuk membantu mereka di sana dan ini adalah antara inisiatif oleh Gabungan Anak Muda yang diwakili NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysia LifeLineforSyria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ). Terbaru 100 buah rumah perlindungan sedang giat dibina untuk etnik Rohingya di Bangladesh

Hari ini sangat bertuah bukan sahaja buat MVM, malah untuk para selebriti seperti Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi), Datin Alyah (Penyanyi), Dila Mubarak (Pengasas Mamadil), Mila Jirin (Penyanyi dan Ahli Perniagaan), Syamel AF (Penyanyi), Diana Amir (Pelakon dan Pengacara), Lah Ahmad (Penyanyi), Azmi Saat (Penyanyi) bersetuju untuk sama-sama berganding bahu menjadi Ikon MVM 2018 untuk memainkan peranan mereka menyebar kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-2 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun lepas MVM telah berjaya bekerjasama dan sehingga kini masih terus bersama dengan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, Datin Sri Nur Shahida D’Herbs, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Datin Sri Umie Aida dan Amsyar Azman.

Barisan-barisan selebriti yang dipilih menjadi Ikon MVM ini mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing. Kehadiran mereka membawa satu signifikan baharu bahawa kerja-kerja kemanusiaan ini tidak terbatas kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Berkait dengan itu, Ikon-ikon ini akan menjadi suara MVM bagi menyeru orang ramai untuk turun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial dengan menggunakan medium laman media sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan sebagainya.

Menurut Presiden MVM, Muhammad Jantan, majlis perlantikan Ikon MVM 2018 hari ini merupakan salah satu usaha MVM untuk melebarkan sayapnya sebagai sebuah NGO yang bukan sahaja menyantuni golongan asnaf tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada golongan selebriti dan usahawan untuk memanfaatkan pengaruh yang dimilikinya bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Bulan ini, kami baru sahaja selesai program agihan bantuan asas PureHeart MVM 2017
selama setahun kepada hampir 170 buah keluarga di SK Puchong Utama 1 dan turut merasmikan Kelas MVM Alaf 21 bagi meningkatkan nilai insaniah dalam membentuk sifat kepimpinan yang hebat dan menerapkan kesukarelawanan kepada murid-murid.

Hari ini kami bukan sahaja merasmikan Ikon MVM 2018, malah turut merasmikan Tabung Prihatin MVM yang telah ditandatangani oleh Penasihat MVM 2018, WebDonation MVM dan Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang. Untuk makluman, Web Donation MVM merupakan alternatif saluran sumbangan bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menderma manakala Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang bertujuan untuk menghantar bantuan makanan dan pakaian kepada saudara kita di Syria.

Sejujurnya program-program ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sumbangan rakyat Malaysia. Saya amat berharap jalinan kerjasama seperti ini dapat digunakan sebaik mungkin ke arah jalan yang diredhai Ilahi dan diteruskan dari semasa ke semasa. Terima Kasih Malaysia” tambah Muhammad.

MVM dengan berbesar hati mengajak orang ramai untuk bersama-sama dengan ikon-ikon ini memberi harapan dan wajah baru kepada dunia kesukarelawanan dan kebajikan dengan menyumbang tenaga, wang ringgit dan juga idea-idea bernas yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Secara ringkasnya MVM;

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM)adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18hingga 24 tahun.
  • Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis VolunteerMalaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri yang dianjurkan oleh IM4U dandisokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
  • Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.
  • MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakankerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengiralatar belakang politik, bangsa dan agama.
  • MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.
  • Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.
  • Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.
  •  MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain.


Untuk maklumat lanjut mengenai MVM, saluran sumbangan dan sosial media seperti dibawah:-

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

Media Sosial
Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434

MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 01, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.