SET-SET HADIAH EKSKLUSIF GUARDIAN SEMARAKKAN MUSIM PERAYAAN
Guardian Malaysia telah memperkenalkan rangkaian set hadiah istimewa yang menarik seiring dengan trend global terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan produk yang memberi inspirasi untuk musim perayaan yang bakal tiba.
Soren berkata: “Set-set hadiah eksklusif ini, yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan kami.”
Beliau turut berkongsi pandangan tentang falsafah perniagaan Guardian Malaysia:
“Perniagaan kami adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sejak kami bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang.”
“Sejak itu, reputasi dan perniagaan kami berkembang ke seluruh negara. Hari ini, kami memiliki lebih 420 stor, yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan setiap bulan!”
Soren yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Syarikat bulan April tahun ini, berkata beliau berharap untuk terus berkembang di atas asas kukuh yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya sepanjang 50 tahun yang lalu.
“Kami telah menetapkan beberapa prioriti perniagaan strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk menjadi sahabat sejati kepada para pelanggan kami. Matlamat kami yang paling utama adalah untuk berhubung dengan pelanggan, seterusnya membantu memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat, yang dicari ketika mereka memerlukan nasihat kecantihan dan kesihatan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan sebagai peruncit pilihan utama pelanggan,” jelas beliau.
Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.
Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated
Jangan lupa dapatkan set-set hadiah esklusif di Guardian yang berhampiran!
SET-SET HADIAH EKSKLUSIF GUARDIAN SEMARAKKAN MUSIM PERAYAAN
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 05, 2017
Rating:
No comments:
Sharing is caring...