Urutan Terbaik Menggunakan 'Hot Stone' di Amante Wellness Beauty

Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baru - 2018.  Kalau diikutkan banyak lagi perkara/impian yang perlu saya selesaikan dalam tempoh setahun ini. Jadi kadang-kadang bila dah banyak sangat perkara perlu diselesaikan, badan kita jadi letih, fikiran juga dah semakin tidak fokus. Jadi ikhtiar saya cara mengatasi masalah ini ialah - Saya perlu ada masa untuk diri sendiri (ME TIME). So selain daripada pergi 'shopping', makan makanan sedap (hehehe), melakukan urutan badan juga antara aktiviti yang menarik mampu mengurangkan tekanan dalam diri. Terutama saya yang mengalami maslaah sakit belakang, lenguh-lenguh sendi di bahagian badan.

Dan kebetulan pula amante Wellness Beauty ada menawarkan pelbagai promosi dan pakej menarik. Jadi rasa rugi jika saya tidak mencubanya. Selain itu pusat urutan ini juga sangat disyorkan oleh rakan-rakan saya yang sudah menngunakan servis urutan dari amante. Sekaligus menambah keyakinan saya untuk datang berurut di sini.

Dan saya telah mendapatkan perkhidmatan urutan badan di amante Bangsar. Untuk pengetahuan semua, di amante Nail Spa & Body Care Bangsar turut menyediakan servis 'manicure' dan 'pedicure'. Jadi terutama bagi mereka yang mencari tempat untuk mendapatkan kedua-dua servis ini bolehlah datang ke amante cawangan Bangsar.

Bilik khas untuk aktiviti 'manicure' dan 'pedicure' :-)

Bilik urutan yang sederhana luas. Begitu tenang dan mendamaikan dengan suasana pengcahayaan yang samar serta kedengaran alunan muzik yang cukup memberi ketenangan.

Suasana didalam spa amante Bangsar. Biarpun tidak luas mana namun ianya tetap dapat memberi keselesaan kepada pelanggan-pelanggannya.

Istimewa urutan saya di sini ialah penggunaan 'hot stone' (batu panas) berserta dengan minyak aromatheraphy essential oil. Ini adalah pengalaman pertama kali buat saya apabila diurut menggunakan 'hot stone' yang mana rata-rata pelanggan amante sebelum ini memang memberi respon yang baik terhadap penggunaan batu ini.

Seriously, memang  best giler. Terasa lenguh-lenguh badan hilang serta-merta. Menurut juruterapi (tukang urut) yang mengurut badan saya, sebenarnya saya bekerja dalam stress, di bahagian belikat belakang badan agak keras kerana terlalu banyak angin. Keadaan ini menyebabkan saya mudah letih, pening kepala dan cepat beremosi (marah dan lain-lain). 

Memang terasa sangat juruterapi ini menekan di bahagian belakang yang memang agak keras. Dan setiap kali beliau menekan memang saya akan sendawa (keluarkan angin ikut mulut). 'Hot Stone' ini juga dikatakan mampu melancarkan perjalanan darah, menjadikan kita lebih relaks dan dapat mengurangkan rasa sakit sendi-sendi di badan.

Kenalkan ini Lan, telah menjadi juruterapi hampir 10 tahun dan 7 tahun daripadanya adalah di amante Wellness Beauty. Biarpun sudah berusia 46 tahun tapi kudratnya sangat kuat. Menurut Lan beliau mendapat latihan dan tunjuk ajar dari negara kelahirannya Thailand. Memang best sangat urutan dari Lan ni tau. Saya bagi 10 bintang!

Pastinya semua juruterapi (tukang urut) dari amante Wellness Beauty, mempunyai asas dan pengetahuan yang kukuh tentang dunia pengurutan.

Setelah 60 minit mendapat urutan terbaik dari amante, saya turut dihidangkan dengan air halia bebagai penutup sesi rawatan urutan.

Dikatakan minum air halia ini sangat bagus untuk membuang angin di dalam badan dan juga baik untuk detoks segala kotoran. Saya mampu minum separuh sahaj, erkkkkk. Memang tidak kuatlah untuk minum air yang berasa halia, huhu.

So, uolls apa lagi jomlah terjah amante Wellness Beauty dan rebutlah promosi-promosi hebat yang ditawarkan.

Antara yang perlu direbut adalah servis urutan selama 60 minit dengan harga RM1.20 sahaja! Memang sangat murah dan berbaloi. Apa yang anda perlu lakukan, pada 12.12.2017, sila hubungi amante untuk mendapatkan slot. Ianya boleh untuk urutan pada hari selain daripada 12.12, cuma yang penting anda 
Urutan Terbaik Menggunakan 'Hot Stone' di Amante Wellness Beauty Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 08, 2017 Rating: 5

6 comments:

  1. mmg seronok la...pernh juga p massage kt amante...oh kena call la 12.12 utk booking slot ek

    ReplyDelete
  2. mt- aah call utk booking tapi dia bg 300 pertama jer

    ReplyDelete
  3. When it comes to health, doctor is the first person we encounter. A doctor can help a family at great extent; while on the other hand, it could prove to be a worst experience of your life. Having a good doctor is an essential step to lower healthcare costs. diabetic meal chick fil a

    ReplyDelete
  4. The post was good. It is informative.I have learned a lot here, do share more.

    Body massage spa Pallikaranai

    Massage centre in Thiruvanmiyur

    ReplyDelete

  5. The post was good. It is informative.I have learned a lot here, do share more.

    massage in ramapuram

    navalur massage centre

    ReplyDelete
  6. For all your massage therapy equipment and suppliers, then look no further than Keep Fit Sporting Goods, which is a sporting website selling all kinds of health and sporting goods. 김포 출장안마

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.