Bye 2017 Oh Hello 2018 :-)
Macam tidak percaya jer, dah nak masuk tahun 2018. Rasanya saya baru sahaja menulis azam tahun baru 2017. Jika bertanya pada diri, secara peribadi banyak sebenarnya azam saya yang hanya tulis tetapi tak sempat nak tunaikan. Serious banyak.
Tapi tahun 2018 adalah tahun yang mencabar buat saya...
Saya tidak lagi bekerja... (semasa entri ditulis saya masih tidak bekerja dan belum gegeh mencari kerja, hihi)
Anaqi bakal menduduki SPM
Yana bakal menduduki PT3
Ameer dan Yara dibawah jagaan saya sepenuhnya
dan banyak lagi sebenarnya....
Akhirnya saya dapat menguruskan hingga sukses bagi mendapatkan harga pakej umrah terbaik untuk Anaqi, Dedet, Mama (MIL) dan Rais (BIL). Memang bertahun impian mereka berempat untuk ke Mekah dan Madinah membuat umrah. Ramai juga yang bertanyakan saya kenapa tidak sertai sekali. Saya sebenarnya susah hati nak meninggalkan anak-anak kecil saya dibawah jagaan orang lain. InsyaAllah ada rezeki saya sertai trip di lain kali (dengan izinNya).
Azam saya untuk 2018 adalah lunaskan perkara yang tertunggak dan apa yang tertangguh pada tahun-tahun yang lepas..
Manakala impian saya ...
Untuk mencapai sesuatu yang diimpikan dalam hidup- anak berjaya dengan cemerlang, suami diberi kesihatan yang baik dan bebas hutang mengarut :-). Impian saya juga agar saya dapat membuat/berbakti sesuatu yang baik dan mampu memberi nilai kepada orang lain.
amin amin amin
xoxo;
Tapi tahun 2018 adalah tahun yang mencabar buat saya...
Saya tidak lagi bekerja... (semasa entri ditulis saya masih tidak bekerja dan belum gegeh mencari kerja, hihi)
Anaqi bakal menduduki SPM
Yana bakal menduduki PT3
Ameer dan Yara dibawah jagaan saya sepenuhnya
dan banyak lagi sebenarnya....
Namun disebalik itu, saya harus berterima kasih atas segala memori yang hadir didalam hidup say apada tahun 2017... Antaranya seperti :-)
Kehadiran anak perempuan Adzkiya Tahra pada 26.1.2017, sesuatu yang cukup membahagiakan saya. Walaupun say atidak rancang untuk menambah bilangan keluarga, tetapi saya memang teruja sepanjang kehamilan kali ini.
Saya mula mendapat tempat dan perhatian dalam dunia blogging. Rezeki datang samada dalam bentuk 'win-win situation' , dengan bayaran dan sebagainya. Kepercayaan daripada klien benar-benar membuatkan saya untuk terus berusaha memperbaiki diri dalam dunia blogging.
Bidang "peraduan" samada online ataupun offline, memang saya tidak dapat memberikan yang terbaik (all out) seperti tahun sebelumnya. Mungkin juga faktor persaingan dan juga masa menjadi kekangan. Tetapi tidak dinafikan saya memang tidak akan masuk beria untuk peraduan jenis LD (cabutan bertuah) ataupun HP (pembelian tertinggi). Lebih2 mekanisme HP, saya memang tidak punyai bakat untuk menjual produk yang dibeli kepada pelanggan-pelanggan yang lain. Namun saya masih suka menyertai peraduan yang melibatkan slogan. Walaupun hakikatnya penulisan slogan saya makin hari makin ke laut (agak 'lame'). Dan saya mula berjinak menyertai peraduan bergambar. Walaupun hakikatnya jika dibandingkan dengan peserta lain, bagaikan langit dan bumi penghasilan gambar yang disertai. Malu juga sebenarnya, sebab tak reti bergambar tetapi bersungguh nak masuk juga. Hati kental gitu!
Manakala impian saya ...
Untuk mencapai sesuatu yang diimpikan dalam hidup- anak berjaya dengan cemerlang, suami diberi kesihatan yang baik dan bebas hutang mengarut :-). Impian saya juga agar saya dapat membuat/berbakti sesuatu yang baik dan mampu memberi nilai kepada orang lain.
amin amin amin
xoxo;
Bye 2017 Oh Hello 2018 :-)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 03, 2018
Rating:
Adzkiya Tahra... punyalah susah saya cari nama... awak suka2 je tukar ��
ReplyDeletecomelnya yang kecik tu, gigi brp batang?
ReplyDeleteHutang mengarut?. Ni pelik tak pernah dengar la Ayu. Hee Hee. Moga you berjaya mencapai semua impian you tu untuk tahun 2018.
ReplyDeleteall the best dear ayu!
ReplyDelete