Casing LifeProof Memang Sesuai Untuk Saya

 
Antara barangan peribadi kesayangan saya ialah telefon bimbit iphone 7. Bagi saya selain daripada untuk membuat panggilan, saya juga menggunakan iphone 7 untuk merakamkan segala gambar terutama momen terbaik anak hampir setiap har iuntuk dijadikan kenangan. Nah! Tidak hairanlah betapa pentingnya kehadiran iphone 7 dalam kehidupan saya, hehe.

Atas sebab itulah mengapa saya memilih untuk menggunakan casing LifeProof jenama yang cukup dikenali mampu menjaga telefon saya daripada mudah pecah ataupun retak skrinnya.

 Apa yang menarik, casing ini memang nampak sangat 'smart' dan ianya benar-benar 'fit' (masuk penuh) untuk saiz iphone 7 saya. Grip di tepi juga sangat kuat dan kemas.Paling penting telefon ini tidak kelihatan terlalu besak (gedabak) setelah dipakaikan casing.

Walaupun ianya plastik, tetapi kualiti plastiknya memang tebal. Atas itulah kenapa ianya memang tahan lasak, tidak mudah pecah ataupun retak buarpun jatuh berkali-kali. Dan di belakang memang nampak macam cermin, sebab ianya plastik lutsinar yang boleh memperlihatkan dengan jelas objek yang dipantul dari situ.

Nampak begitu 'sleek' dan 'smart' bukan. Untuk ibu seperti saya memang saya perlukan 'casing' seperti ini memandangkan kehidupan saya setiap hari memang 'havoc' dan saya sendiri berpersonaliti energetik. Selain itu saiznya yang kompak memudahkan saya untuk dibawa ke mana sahaja dan saya boleh menyimpannya didalam tas tangan saya yang sederhana saiznya.

Love the casing so much!

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari www.instagram.com/lifeproofasia
Casing LifeProof Memang Sesuai Untuk Saya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 11, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.