MesaMall Pusat Membeli-Belah No. 1 Di Nilai | Memenuhi Gaya Hidup Masyarakat Urban Hari Ini

Kehidupan yang sempurna apabila kita merasai seronok dan selesa dengan persekitaran. Sesuai dengan 'trend' gaya hidup terkini Mesamall bukan hanya premis yang menawarkan pusat sehenti (one stop centre) untuk kita membeli-belah bahkan disini juga terdapat kediaman Mesahill Premier dan Best Western MesaHotel. Projek ini adalah usahasama antara Green Target Group dan Best Western Hotels & Resorts.

Bersempena dengan usahasama ini satu perjanjian telah dimeterai antara kedua pihak pada 18 Januari 2018 yang telah diadakan di MesaMall. Turut hadiri majlis penuh bermakna ini adalah Dato' Seri Ong Ka Chuan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Datuk Tan Hong Lai, Pengarah Urusan dan CEO Green Target Group dan Ms Ketsara Chukhien, Regional Director of International Operations - Asia, Best Western Hotels and Resorts.

Kerjasama telah diumumkan secara rasmi hari ini dan kedua pihak telah menandatangani perjanjian atas persetujuan bersama membangunkan Best Western MesaHotel dan MesaHill Premier di MesaHill Nilai Negeri Sembilan.

Rentetan daripada majlis menandatangani MoU , turut dilancarkan adalah pembukaan rasmi pusat jualan dan galeri MesaHill Premier di pusat membeli-belah MesaMall. Di mana pengunjung juga boleh meninjau dan melihat secara dekat unit kediaman yang ditawarkan di MesaHill di sini. Mereka tidak perlu lagi pergi ke pejabat atau tapak pembinaan bagi melihat rumah contoh di MesaHill. Dan paling menarik, jika berminat boleh terus membuat tempahan pembelian rumah disini secara terus.

Dato' Seri Ong Ka Chuan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Tan Hong Lai, Pengarah Urusan dan CEO Green Target Group serta tetamu VIP yang lain sedang melihat replika pembinaan unit kediaman dan hotel yang bakal dibangunkan di MesaHill.

Dua menara MesaHill Premier bakal dibina dengan mengandungi unit-unit kediaman premium yang dilengkapi jambatan penghubung dengan kompleks membeli-belah MesaMall. Saya sendiri sudah melihat secara dekat contoh unit kediaman yang bakal dibina - bahagian dapur, ruang tidur, ruang santai dan bilik air, sememangnya cantik!

 Esklusif dan moden, inilah ciri-ciri kediaman yang dicari oleh masyarakat urban hari ini.

Hotel yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020 ini bakal dilengkapi 206 buah bilik, dewan banquet dan bilik seminar. Projek ini juga bakal menampilkan ciri-ciri pembangunan terkini yang turut dilengkapi dengan Rooftop Sky Lounge dan Sky Walk.

Tampil esklusif dan mewah, Best Western MesaHotel bakal mewarnai kawasan Nilai Negeri sembilan tidak lama lagi. Dan sebenarnya perletakan Best Western MesaHotel, MesaHill dan MesaMall adalah di kawasan yang agak strategik kerana ianya berdekatan dengan Lapangan Terbang Sepang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Buat mereka yang suka datang berbelanja di kawasan Nilai 1 dan Nilai 3, bolehlah singgah bermalam di Best Western MesaHotel terutama buat mereka tinggal di luar kawasan Nilai Negeri Sembilan.

Bagi saya sendiri berada didalam MesaMall sudah cukup membuatkan hati saya gembira. Dengan pelbagai outlet menawarkan variasi barangan keperluan dan kehendak sememangnya diumpamakan seperti satu pusat sehenti  membeli-belah yang dapat memberi keselesaaan kepada saya terutama ketika datang membeli-belah bersama keluarga.

Secara peribadinya saya suka melihat susun atur kedai yang terdapat di sini. Biarpun dikatakan pusat membeli-belah berbumbung tetapi ianya lebih berkonsep terbuka untuk kawasan tertentu membolehkan pengunjung datang bersantai sambil membeli-belah. Ini kerana terdapat banyak tempat disediakan yang membolehkan kita berhenti dan duduk (rehat seketika), sambil berbual  dan sebagainya.

 Turut disediakan kemudahan seperti taman permainan mini didalam MesaMall khas untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun sahaja. Saya paling teruja melihat gelongsor yang disambukan dari tingkat 1. Menarik bukan!

 oh ya! Bersempena dengan kehadiran Tahunn Baru Cina ini juga, MesaMall ada menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi menarik khusus buat pengunjung-pengunjungnya. Antara yang menarik perhatian saya seperti Bengkel Membuat 'Lantern', Bengkel Kaligrafi dan pelbagai lagi.

Tidak dinafikan pusat membeli-belah yang ada menawarkan pelbagai pilihan kedai makanan antara faktor tarikan untuk menarik lebih ramai pengunjung. Sebenarnya pusat membeli-belah agak luas, namun saya sempat menerjah beberapa outlet menarik di sini, antaranya seperti:-

Kedai makanan Subway, saya sempat bersarapan disini dengan rakan-rakan yang lain. Kelihatan juga kedai minum Coffee Beans, Cafe Pastri dan kek , Bangkok Street dan banyak lagi.

Seumpama syurga untuk golongan wanita seperi saya, di MesaMall terdapat banyak pilihan butik pakaian yang menawarkan pelbagai rekaan dengan hanga yang cukup berpatutan. Contohnya butik ini, ada menawarkan 'blouse' pada harga serendah RM25 sahaja, seluar paloza RM29 dan banyak lagi. Ramai kawan saya yang memborong pakaian disini.

Terdapat juga kedai kasut seperti XES, Watsons dan sebagainya.

Untuk anak-anak pasti mereka seronok jika dapat beraktiviti disini. Tempat agak baru, masih tidak banyak lagi kelihatan permaianan yang ditawarkan.

Terdapat juga banyak outlet yang membuat jualan murah. Contohnya seperti kasut sekolah, beg sekolah, pakaian dan sebagainya. Kita boleh berjalan santai sambil mencuci mata (window shopping) dan jika berkenan bolehlah dapat barang yang dikehendaki di sini.

Jaya Grocer adalah antara perniagaan utama (anchor) di MesaMall yang menjadi tarikan pengunjung tempatan yang tinggal berdekatan. Ini merupakan pasaraya yang menawarkan pelbagai keperluan rumah dari barangan dapur, penjagaan diri dan banyak lagi.

Saya sendiri sakan membeli-belah di sini. Ini kerana semua barangan dapur yang diperlukan oleh keluarga saya boleh dapatkan di Jaya Grocer.

Dengan adanya pembinaan MesaMall, MesaHill dan Best Western Mesa Hotel di kawasan Nilai Negeri Sembilan secara tidak langsung dapat menyokong pelbagai industri yang giat membangun seperti Lapangan Terbang Antarabangsa, institusi pendidikan seperti USIM, UKM serta perdagangan tempatan. Secara positifnya, projek pembangunan ini dapat memberi impak yang cukup besar kepada sosio ekonomi Nilai dan kawasan sekitar.

Selain itu tidak dinafikan  rangkaian projek baharu ini membolehkan pembangunan mampan secara konsisten dan berterusan dan pada masa yang sama dapat memberi pelbagai manfaat kepada para pelabur serta memenuhi keperluan penduduk tempatan.


 Untuk aktiviti terkini boleh layari :-

IG : www.instagram.com/mesamallnilai/
FB : www.facebook.com/mesamallnilai/
Web : www.mesamall.com.my

Jangan lupa singgah di MesaMall yerppp!!


#MesahillNilai #MesaMallNilai

MesaMall Pusat Membeli-Belah No. 1 Di Nilai | Memenuhi Gaya Hidup Masyarakat Urban Hari Ini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 19, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. Menariknya kalau dapat beli property kat sini. Shopping mall attached ngan tempat tinggal kita. Tak payah nak naik kereta lagi. Jalan kaki ajer. Save dah duit minyak....

    ReplyDelete
  2. oo.. ada Mesamall, Mesahill, dan mesahotel yea.. TB pulak confused tadi.. huhuhu.. apa=apa pun hotel nampak menarik.. dan mall nya pastilah menarik jugak kan.. best best

    ReplyDelete
  3. Ada pelbagai binaan.. Tgk binaan yg bakal didirikan tu pun wow.. Cantik gila rekaan. Seronok ni dapat shppping sini..

    ReplyDelete
  4. Pernah dtg sinj sekali. Mmg agak kosong sbb kedai-kesai bajyak x beetapak lagi. Nanti tempat tu lama2 mestis esak. Dengar cerita Jaya Grocer pon ada di situ

    ReplyDelete
  5. Wahhhh... Nilai dah banyak membangun. Kalau singgah nilai boleh lah pergi MesaMall ni. Teruja tengok slide tu ☺

    ReplyDelete
  6. Mesamall tak tahu pun ada mall baru kat area tu tinggi ada sekali dengan hotel ker.. best lah macam ni...

    ReplyDelete
  7. Kalau la dpt beli sebuah kan..bestnyaa..i nak duk sensorang je..menikmati keindahan semua yg disediakan..kalau bleh nak beli yg fully furnished..so x yah pening2 dh..
    #moodberangan

    ReplyDelete
  8. betul2 menarik rekaan hotelnya, bercirikan moden dan banyak kemudahan yang disediakan.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Bahaya nie sebab dekat dengan rumah Rawlins - macam nak tengok gak kediaman yang disediakan mana tahu ada rezeki tambah property kan

    ReplyDelete
  10. sapa yang suka nilai2,3 , bolehlah stay kt hotel ni kan.satu area ada macam-macam..dah jimat minyak nak travel dr satu mall ke satu mall kan hehe

    ReplyDelete
  11. Suka environment dekat Mesahill. Ada Mesamall, ada resident dan soon ada panggung wayang. Yayyy

    ReplyDelete
  12. wah, cantik dan sangat family friendly mall ni.

    ReplyDelete
  13. looks like a great shopping mall. good for Nilai ppl

    ReplyDelete
  14. 1st time dengar psal mesamall ni...
    Hihu
    Maklumlah kita org penang...
    Tpi mcm best ja mall ni

    ReplyDelete
  15. saya ada buat homestay di mesamall, boleh tahan juga market sebab lokasi dekat dgn KLIA, saya juga mempunyai rebate voucher sekiranya ada buyer yg ingin membeli mesahill property, boleh lawati fb HNM Homestay Mesamall Nilai atau PM 01110154616

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.