Mudahnya Menyediakan Makanan Bayi Menggunakan Mimosa Baby Food Steamer & Blender


1/10/18
Apabila Yara berusia 6 bulan, saya sudah mula memperkenalkan makanan pejal buat beliau. Dan bagi memastikan pengambilan makanan yang diambil adalah seimbang, saya sendiri yang akan menyediakannnya dan menentukan jenis hidangan yan diambil setiap hari.

Namun bukannya mudah untuk ibu seperti saya yang perlu menguruskan 7 orang anak dan juga bekerja pada yang sama untuk menyediakan pemakanan yang sihat terutama buat Yara yang masih kecil. Jadi, saya memutuskan untuk mencari produk kisar dan memasak khas untuk bayi di pasaran yang harganya masih mampu milik, praktikal dan mudah.

Dan akhirnya saya berminat dengan produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender yang agak baru di pasaran, namun ianya adalah antara pilihan terbaik dan mampu milik. Saya paling suka tentang produk ini ialah ianya dapat melakukan 2 dalam 1 kerja iaitu -stim dan kisar pada masa yang sama. Jadi kita boleh memastikan makanan yang disediakan untuk anak berada didalam tahap kebersihan yang paling maksimum (tidak 'hassle' dan dapat menjaga 'hygiene')


Unboxing - Secara ringkas dari segi keluaran produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender. Saya memang teruja bila pertama kali membuka kotak ini, sebabnya inilah antara produk didalam impian saya untuk memilikinya. 

Dengan Mimosa Baby Food Steamer & Blender, kita boleh menyediakan makanan bayi daripada sumber nutrien buahan, sayuran, beras dan kekacang. Sepertimana yang kita ketahui sumber-sumber semulajadi ini adalah tinggi khasiatnya terutama jika kita tidak langsung menambah sebarang sebarang perisa tambahan.


Produk ini adalah 'free BPA', jadi ianya adalah selamat terutama penggunaannya kepada anak-anak. Daripada gabungan plastik dan 'stailess steel' yang tahan lasak. Oh ya! Produk ini juga didatangkan bersama dengan waranti setahun tau :-)

Terdapat juga grip di bawah jadi ianya melekap kemas di atas permukaan di tempat kita letakkan produk ini. Jadi kita tidak perlu risau kerana ianya tidak akan bergerak ketika proses stim dan kisar dilakukan.

Penggunaannya sangat mudah biarpun jika kita bukanlah seorang ibu yang amatur dengan barangan/peralatan dapur. Tetapi produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender ini tidak memerlukan pengetahuan teknikal untuk menggunakannya. Hanya tekan pada butang (reelase latch) yang terletak di atas.
Makanan untuk si manja boleh disediakan dalam 20 minit sahaja. Apa yang penting kita perlu tahu bagaimana hendak menggunakan 'control panel' yang terdapat di produk ini dan ianya bergantung jenis hidangan makanan yang hendak disediakan. Kita sebenarnya boleh merujuk kepada buku panduan yang ada jugamenerangkan secara berperingkat bagaimana memilih fungsi yang terdapat di  'control panel' .

Produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender ini didatangkan dengan bekas kukus khas dan juga pengisar 'stainless steel'. Ianya juga mempunyai ciri 'safety-lock on bowl' .

Untuk bekas stim kita boleh alihkan sekiranya kita hendak menggunakan pengisar sahaja. Dan pengisar juga boleh dialihkan sebaliknya sekiranya kita mahu penggunaan perkakasan stim sahaja (steamer).

Bahan makanan seperti buah dan sayuran perlu dipotong dadu (kiub) terlebih dahulu bagi memudahkan pemprosesan kisar dan stim.

 Dan untuk stim hanya masukkan air mengikut sukatan yang telah ditetapkan seperti gambarajah di bawah. Masukkan di lubang khas yang terdpat di bahagian atas.


Produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender ini juga didatangkan dengan buku panduan yang boleh dijadikan rujukan ketika hendak menyediakan makanan untuk si manja. Ini bagi memastikan hidangan yang disediakan tepat dari segi tekstur dan rasa semulajadi.

Bila sahaja kita tekan ON, akan bernyala ruang timer di bahagian 'display screen'. Butang Pulse jika anada hendak mengawal kisaran (mungkin setengah ibu mahukan kisar kasar ataupun lebih halus). Blending time sekiranya ibu hendak menetapkan masa kisaran. Terdapat 3 masa iaitu 15 saat, 30 saat dan 45 saat.

Tetapi saya lebih gemarkan untuk menggunakan Function, hanya tekan 2 kali pada butang Function untuk mendapatkan fungsi mode stim dan kisar. Jadi saya hanya membiarkan sahaja bahan makanan yang hendak disediakan untuk distim dan kisar pada masa yang sama.

Memandangkan saya hendak menggunakan mode Function, jadi saya hanya menggunakan kisar sahaja (blade) tanpa mangkuk stim (bowl) plastik. Masukkan terus sumber makanan yang hendak diproses.


Cukup 20 minit siap makanan yang hendak disediakan untuk si manja saya.

 Puri kentang holland, khas buat Yara yang memang gemar menikmatinya terutama pada waktu pagi (sarapan). Saya tidak mencampurkan sebarang bahan perisa, cuma adakalanya saya tambah sedikit keju didalam kentang.


Lihat sahaja aksi si manja saya Yara yang begitu teruja menikmati puri kentang holland istimewa di stim dan dikisar menggunakan Mimosa Baby Food Steamer & Blender. Teksturnya sangat lembut.

Menyediakan makanan berkhasiat sememangnya diimpikan oleh semua ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang sedang membesar. dengan ada sokongan seperti produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender ternyata sangat membantu ibu-ibu untuk menyediakan makanan terbaik dan sihat buat anak mereka. Paling penting ianya dapat disediakan dengan mudah dan pantas!

So, kalau uolls nak membeli produk ini bolehlah dapatkan di outlet Mothercare Malaysia dan outlet-outlet barangan yang terpilih. Untuk keterangan lanjut boleh layari :-
Mudahnya Menyediakan Makanan Bayi Menggunakan Mimosa Baby Food Steamer & Blender Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 10, 2018 Rating: 5

32 comments:

  1. menariknya mimosa ni... ermmm siap ada blending food time lg...

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik produk ni.. Boleh masuk list kalau anak nanti..

    ReplyDelete
  3. Mudah kalau ada alatan macam ni.. Jimat masa jugak kan

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Macam brand Beaba. Dulu teringan nak Beaba. Tapi tersangat mahal. Tengok mimosa ni macam menarik sangat. Harga kalau affordable mesri ramai yang beli ni.

    ReplyDelete
  5. Amboi Cik Yara. Seronoknya dia makan tu, Meh sini kawan abang Rawlins cepat. Hehe

    ReplyDelete
  6. Jangan kata makanan bayi, penyediaan makanan orang dewasa pun lebih mudah bila ada peralatan macam ni. Nampak menarik dan memudahkan.

    ReplyDelete
  7. Mudahnya sekarang dah ada mesin ini untuk sediakan makanan untuk kanak-kanak tengok anak akak pun makin ceria jer dapat makan sedap.

    ReplyDelete
  8. Wahhh nampak convenient betul ye mesin mimosa nie. Sangat sesuai untuk ibu2 yang bekerjaya. Mudah dan pantas utk digunakan.

    ReplyDelete
  9. Menarik produk nie, dua dalam satu dan memudahkan kerja kita sebagai ibu kan..

    ReplyDelete
  10. Amboi senang nye nak guna. Boleh la suggest kepada kawan ika yang ada bayi. Jimat masa si ibu yang bekerja kan.

    ReplyDelete
  11. wow i never seen this. looks like a good product for parents! really made their life easy to prepare for baby food. not just baby food, even when we sick or sorethroat, cannot eat solid food, this can rescue too!


    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. Senangnya nak guna. Jimat masa nak sediakan makanan untuk anak

    ReplyDelete
  13. Betul.. TB pun nampak senang sangat kalau ada benda ni.. mudah nak sediakan makanan anak kecil .. TB pun rasa nak beli jugak lah.. sebab harraz pun masih makan yang macam ni.. huhu.. nasi-nasi makan tak laju.. yang puri-puri ni laju .. aishhh

    ReplyDelete
  14. Wahh untung sungguh anak2 zaman sekarang, banyak sungguh produk yang berkualiti dan memudahkan ibu bapa sediakan makanan yang berkhasiat buat mereka

    ReplyDelete
  15. Menyenangkan kerja bila ada produk mcm ni. 2 in 1. Boleh steam dan blender sekali gus. Menjimatkan masa dan tenaga.

    ReplyDelete
  16. Jealousnye! I always wanted one of these but it's so expensive so I never got myself one :/

    ReplyDelete
  17. Wah..lpas 20 minit da siap semua?memang jimat masa betul ni...

    ReplyDelete
  18. Bagusnya, zaman anak-anak kecil dahulu tiada alat ni.
    Bagi yang ada anak kecil berumur 6bulan keatas sangat sesuai.

    ReplyDelete
  19. Is make mother life more easy. They can prepare baby fast and easy.

    ReplyDelete
  20. boleh masak nasi ke mcm beabacook? tqvm 4 response

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Hi, nak tanya - macam mana pembersihan selepas penggunaan, mudah atau tidak and adakah nasi boleh masak guna produk ni? Thank you for your response 😊😊

    ReplyDelete
  23. Small food processors are great for simple chopping jobs and are often very inexpensive. mini blender

    ReplyDelete
  24. The Total Blender's immediate drive engine guarantees no deficiency of intensity caused through grating produced from pulleys, belts, or grips.https://blenderdeal.com/

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Not to mention baby food, the preparation of adult food is even easier when there is equipment like this.
    https://trickynerds.com/

    ReplyDelete
  27. It's fun to work when there is this mcm product. 2 in 1. Can steam and blender at once. Save time and energy.Its realy amzing.

    https://prickdaily.com/

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Wahhh it looks really convenient this mimosa machine. Very suitable for working mothers. Easy and fast to use.
    https://businesscutter.com/

    ReplyDelete
  30. I am really Glad By Reading Such a Helpful and Innovative Idea about Easily Prepare Baby Food Using Mimosa Baby Food Steamer & Blender...Which will Be Helpful to All Busy Mothers to manage their time..
    But with technology we should focus on childs mental health too..for that I have best 2.1 speakers

    ReplyDelete
  31. It's fun to work when there is this mcm product. 2 in 1. Can steam and blender at once. Save time and energy.Its realy amzing things for low income families.
    https://lowearnings.com

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.