"All You Can Eat" di Agehan Japanese Restaurant Grand Bluewave Shah Alam
Suka saya nak kongsikan tentang promosi terkini daripada Restoran Agehan Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Ini terutama bagi mereka yang gemarkan hidangan sushi dan terikyaki. Untuk pengetahuan semua promosi "All You Can Eat" menghidangkan semua jenis sushi, Temaki, Makimano, mee, teriyaki dan teppayaki ini hanya untuk malam Jumaat dan Sabtu sahaja. Bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Pada harga yang cukup berbaloi iaitu dewasa RM78 dan kanak-kanak (4-11 tahun) RM45 membolehkan kita menikmati hidangan Jepun sehingga puas hati.
Antara hidangan Jepun saya rasai sendiri seperti:-
Hidangan sushi seperti Tobikko Sushi, Chuka Kurage Sushi, Tako Sushi, Salmo Sushi, Tuna Sushi, Chuka Idako Sushi dan 'White Tuna Sushi'.
Bagi hidangan temaki pula terdapat California Temaki, Ebi Temaki, Tuna Temaki dan Salmon Temaki.
Nasi goreng ini adalah hidangan karbo utama. Dan bagi saya sendiri, ianya agak berbeza dengan nasi goreng yang biasa kita nikmati kerana ianya menggunakan nasi dari beras Jepun dan juga ianya dimasakkan mengunakan ramuan halia dan sebagainya enjadikan ianya begitu istimewa.
Untuk seleksi teppayaki terdapat ayam, daging dan juga kambing. Selain itu jika meminati makanan laut terdapat juga sotong. Dan juga terdapat hidangan sayuran bagi melengkapkan hidangan.
Hidangan kambing.
Hidangan daging yang sentiasa menjadi kegemaran saya dulu dan selamanya :-)
Memandangkan saya sekarang dalam proses diet, jadi hidangan sayuran antara menjadi tumpuan. Dan untuk buffet di sini ianya banyak menawarkan pelbagai jenis hidangan salad yang begitu menyelerakan.
Oh ya didalam senarai buffet ini juga terdapat siri Makimono iaitu Futa Maki, Tuna Mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki dan Kani Sushi. Manakala untuk seleksi mee terdapat Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon dan Zaru Udon.
Untuk pencuci mulut, terdapat pelbagai jenis kek, karamel dan puding yang semuanya enak-enak belaka. Dan bagi saya sendiri ini adalah sebagai pelengkap setelah menikmati segala kehebatan hidangan Jepun.
Dan jangan lupa buah-buahan juga ada didalam sett buffet ini ya!
Agehan Japanese Restaurant telah mendapat Sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009. Untuk pengetahuan semua, Agehan Japanese Restaurant ini adalah restoran hotel 5 bintang yang pertama mendapat pensijilan kelulusan daripada pihak JAKIM kerana menawarkan hidangan Jepun 100% halal.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi 03-455118811 ext. 2723 dan 2724 ataupun email kepada e-marketing@bluewavehotels.com. Semua harga yang ditawarkan dikenakan dengan 6% kadar GST,
"All You Can Eat" di Agehan Japanese Restaurant Grand Bluewave Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 12, 2018
Rating:
Japanese restaurant, all you can eat somemore... I'm going there.. haha~
ReplyDeleteLiez xminat sgt sushi tapi tgk ada kambing la ayam teriyaki la then dessert sedap tu terus rs nak g makan. Mcm-macam pilihan ada , mmg menarik
ReplyDeleteTak pernah akak makan tempat begini. Tak mampu nak habiskan makanan yang banyak itu.. Dan kalau ke sana kena pastikan perut bebetul kosong untuk diisi makanan.
ReplyDeleteOMG!!! Was planning to have a stay there , maybe I can try out this latest promotion. Seems I do really love Sushi.
ReplyDeleteSelection menu dia memang menarik. Halal pulak tu. Boleh la muslim makan tanpa was was.The price not so mahal also.
ReplyDeleteBanyaknya hidangan yang sedap-sedap dekat situ, daging tu nampak tempting sangat wow ssemua boleh makan ni tapi kena control lah, lagi banyak makan makanan sedap lagi cepat penyakit hinggap ooo hahaaaaa
ReplyDeleteohhh..sushi. Kenapa ramai yang post pasal sushi.. best sangatlah..lama dah puasa sushi ni.. btw teriyaki tu nampak menggiurkan..
ReplyDeleteAla...buffet all you can eat tu murah la...GBW memang selalu menduga hati tau..makanan pun banyak pilihan...
ReplyDeletealamakkk kambing memang febret sy... banyak sangat menu menu yang menyelerakan.. tempting nya.!
ReplyDeleteLook at all the food photo you took. So tempting and drooling to the max on my handphone. I can never resist Japanese food even I already had it more than twice a day... Lol
ReplyDeleteRacheal
wah... rindu pulak makanan sushi! baru tahu ini ialah restoran hotel 5 bintang yang pertama dapat sijil Halal. bolehlah menikmati sushi puas-puas dengan kawan-kawan tanpa rasa ragu-ragu! menu pun nampak sedap2 belaka!
ReplyDeleteI'm not really a big fan of sushi, but i'm okay with other japanese food. Some of them look so delicious.
ReplyDeleteWahh bestnya.. i suka juga japanese food ni. Menarik tengok hidangan semua tu.. mmg berselera. Tambahan lagi ada sijil halal, mmg makan puas2 ni.. best2 :)
ReplyDeletewahhhh
ReplyDeleteseronoknya tengok
sedap2 semua nih
sedap-sedap semua makanan yang disediakan di hotel ni. peminat makanan jepun patut cuba makanan di sini.. harga juga berpatutan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Saya memang suka makan makanan jepun ni. Hehehhr. Kak ayu, kirenye budak bawah 4 tahun makan free la eh
ReplyDeletebukan setakat sushi tu je nampak sedap,dessert tu pun dah buat terliur
ReplyDeleteAlahai..tgok makanan ni teringin pulak nak makan makanan Jepun. Last makan masa gi Jepun akhir tahun lps...uishhh lama gak tu...Akk kalau tiap2 hari makan sushi mmg tak akan boring punya, mmg fav akk..:D
ReplyDeletewah nampak sungguh menyelerakan... lagi2 makanan jepun tu.. rasa nak pergi je bluewave sekarang ni
ReplyDeleteAdoi...fav sangat ni...
ReplyDeleteLagi2 teppanyaki tu..nmpk nyummy betul