"All You Can Eat" di Agehan Japanese Restaurant Grand Bluewave Shah Alam

Suka saya nak kongsikan tentang promosi terkini daripada Restoran Agehan Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Ini terutama bagi mereka yang gemarkan hidangan sushi dan terikyaki. Untuk pengetahuan semua promosi "All You Can Eat" menghidangkan semua jenis sushi, Temaki, Makimano, mee, teriyaki dan teppayaki ini hanya untuk malam Jumaat dan Sabtu sahaja. Bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Pada harga yang cukup berbaloi iaitu dewasa RM78 dan kanak-kanak (4-11 tahun) RM45 membolehkan kita menikmati hidangan Jepun sehingga puas hati.

Antara hidangan Jepun saya rasai sendiri seperti:-

Hidangan sushi seperti Tobikko Sushi, Chuka Kurage Sushi, Tako Sushi, Salmo Sushi, Tuna Sushi, Chuka Idako Sushi dan 'White Tuna Sushi'.

Bagi hidangan temaki pula terdapat California Temaki, Ebi Temaki, Tuna Temaki dan Salmon Temaki.

Nasi goreng ini adalah hidangan karbo utama. Dan bagi saya sendiri, ianya agak berbeza dengan nasi goreng yang biasa kita nikmati kerana ianya menggunakan nasi dari beras Jepun dan juga ianya dimasakkan mengunakan ramuan halia dan sebagainya enjadikan ianya begitu istimewa.

Untuk seleksi teppayaki terdapat ayam, daging dan juga kambing. Selain itu jika meminati makanan laut terdapat juga sotong. Dan juga terdapat hidangan sayuran bagi melengkapkan hidangan.

Hidangan kambing.

Hidangan daging yang sentiasa menjadi kegemaran saya dulu dan selamanya :-)

Untuk set teriyaki kita boleh pilih tori teriyaki ataupun saba Terikyaki. Saba teriyaki memang menjadi kegemaran anak-anak saya terutama Akid.

Memandangkan saya sekarang dalam proses diet, jadi hidangan sayuran antara menjadi tumpuan. Dan untuk buffet di sini ianya banyak menawarkan pelbagai jenis hidangan salad yang begitu menyelerakan.





Oh ya didalam senarai buffet ini juga terdapat siri Makimono iaitu Futa Maki, Tuna Mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki dan Kani Sushi. Manakala untuk seleksi mee terdapat Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon dan Zaru Udon.

Hidangan Jepun perlu ada sup miso pelengkap segalanya..

Untuk pencuci mulut, terdapat pelbagai jenis kek, karamel dan puding yang  semuanya enak-enak belaka.  Dan bagi saya sendiri ini adalah sebagai pelengkap setelah menikmati segala kehebatan hidangan Jepun.




Dan jangan lupa buah-buahan juga ada didalam sett buffet ini ya!

Agehan Japanese Restaurant telah mendapat Sijil  HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009. Untuk pengetahuan semua, Agehan Japanese Restaurant ini adalah restoran hotel 5 bintang yang pertama mendapat pensijilan kelulusan daripada pihak JAKIM kerana menawarkan hidangan Jepun 100% halal.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi 03-455118811 ext. 2723 dan 2724 ataupun email kepada e-marketing@bluewavehotels.com. Semua harga yang ditawarkan dikenakan dengan 6% kadar GST,
"All You Can Eat" di Agehan Japanese Restaurant Grand Bluewave Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 12, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. Japanese restaurant, all you can eat somemore... I'm going there.. haha~

    ReplyDelete
  2. Liez xminat sgt sushi tapi tgk ada kambing la ayam teriyaki la then dessert sedap tu terus rs nak g makan. Mcm-macam pilihan ada , mmg menarik

    ReplyDelete
  3. Tak pernah akak makan tempat begini. Tak mampu nak habiskan makanan yang banyak itu.. Dan kalau ke sana kena pastikan perut bebetul kosong untuk diisi makanan.

    ReplyDelete
  4. OMG!!! Was planning to have a stay there , maybe I can try out this latest promotion. Seems I do really love Sushi.

    ReplyDelete
  5. Selection menu dia memang menarik. Halal pulak tu. Boleh la muslim makan tanpa was was.The price not so mahal also.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya hidangan yang sedap-sedap dekat situ, daging tu nampak tempting sangat wow ssemua boleh makan ni tapi kena control lah, lagi banyak makan makanan sedap lagi cepat penyakit hinggap ooo hahaaaaa

    ReplyDelete
  7. ohhh..sushi. Kenapa ramai yang post pasal sushi.. best sangatlah..lama dah puasa sushi ni.. btw teriyaki tu nampak menggiurkan..

    ReplyDelete
  8. Ala...buffet all you can eat tu murah la...GBW memang selalu menduga hati tau..makanan pun banyak pilihan...

    ReplyDelete
  9. alamakkk kambing memang febret sy... banyak sangat menu menu yang menyelerakan.. tempting nya.!

    ReplyDelete
  10. Look at all the food photo you took. So tempting and drooling to the max on my handphone. I can never resist Japanese food even I already had it more than twice a day... Lol

    Racheal

    ReplyDelete
  11. wah... rindu pulak makanan sushi! baru tahu ini ialah restoran hotel 5 bintang yang pertama dapat sijil Halal. bolehlah menikmati sushi puas-puas dengan kawan-kawan tanpa rasa ragu-ragu! menu pun nampak sedap2 belaka!

    ReplyDelete
  12. I'm not really a big fan of sushi, but i'm okay with other japanese food. Some of them look so delicious.

    ReplyDelete
  13. Wahh bestnya.. i suka juga japanese food ni. Menarik tengok hidangan semua tu.. mmg berselera. Tambahan lagi ada sijil halal, mmg makan puas2 ni.. best2 :)

    ReplyDelete
  14. wahhhh
    seronoknya tengok
    sedap2 semua nih

    ReplyDelete
  15. sedap-sedap semua makanan yang disediakan di hotel ni. peminat makanan jepun patut cuba makanan di sini.. harga juga berpatutan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Saya memang suka makan makanan jepun ni. Hehehhr. Kak ayu, kirenye budak bawah 4 tahun makan free la eh

    ReplyDelete
  17. bukan setakat sushi tu je nampak sedap,dessert tu pun dah buat terliur

    ReplyDelete
  18. Alahai..tgok makanan ni teringin pulak nak makan makanan Jepun. Last makan masa gi Jepun akhir tahun lps...uishhh lama gak tu...Akk kalau tiap2 hari makan sushi mmg tak akan boring punya, mmg fav akk..:D

    ReplyDelete
  19. wah nampak sungguh menyelerakan... lagi2 makanan jepun tu.. rasa nak pergi je bluewave sekarang ni

    ReplyDelete
  20. Adoi...fav sangat ni...
    Lagi2 teppanyaki tu..nmpk nyummy betul

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.