Buku Bacaan Dari Scholastic Untuk Yara

Sebagai ibu saya sentiasa mendapatkan bacaan yang terbaik buat anak-anak saya. Seperti ramai yang tahu (readers, kawan2 dan ahli keluarga yang lain), saya memang peminat buku bacaan dari Scholastic. 

Antara sebab kenapa sehingga kini saya masih setia buku bacaan Scholastic ini..
1. Pengisian yang baik (content)
Saya memang tertarik dengan gaya penceritaan yang dihasilkan oleh Scholastic. Terdapat banyak pilihan dan paling penting ianya mengikut tahap umur, pemikiran dan kecekapan anak kita sendiri dalam menguasai bahasa Kedua (bahasa Inggeris).

2. Rekaan menarik
Antara faktor yang mampu menarik anak untuk suka kepada buku adalah melalui kualiti grafik (gambar) dan juga ciri fizikal buku itu sendiri. Ini terutama dari segi warna gambar, penggunaan kertas berkualiti dan sebagainya. Walaupun bagi orang dewasa ini adalah perkara biasa namun dari pemerhatian saya ianya memberi impak yang besar kepada kanak-kanak terutama didalam fasa untuk menarik minat anak itu sendiri dengan keseronokan aktiviti membaca.

3. Harga berpatutan dengan pengisian yang diberikan
Bagi saya sendiri membeli buku adalah satu pelaburan yang baik buat anak. Namun begitu, dalam setiap pembelian ianya perlu mengambil kira dengan pengisian yang bersesuaian dengan kemahiran anak-anak . Ini bagi memastikan setiap pelaburan yang dibuat dapat memberi kepuasan.

Untuk entri kali ini, saya hanya fokus tentang bagaimana saya mula memperkenalkan buku-buku hebat daripada Scholastic kepada Yara yang kini sudahpun berusia 1 tahun.

Sememang tidak dinafikan untuk anak yang berusia satu tahun, bahan bacaan  yang terbaik adalah 'flash card'. Ianya adalah lebih kepada pengenalan warna, objek, binatang, struktur badan dan sebagainya. Dan saya sudah mula mendedahkan 'flash card' kepada Yara sejak beliau bayi lagi (sekadar untuk pengamatan mata, bunyian melalui pendengaran telinga).

Namun, apabila saya diperkenalkan buku bacaan Scholastic buat Ameer yang berusia 4 tahun, dan saya dapati pada yang sama Yara juga menunjukkan minta terhadap grafik gambar didalam buku tersebut. Apatah lagi terdapat 'gift set' dari Scholastic yang didatangkan bersama anak patung beruang yang comel dan 4 buah buku yang berkisar tentang beruang tersebut.

Melalui penceritaan yang mudah, saya menerangkan kepada Yara dalam bahasa yang beliau faham sambil menggunakan patung beruang untuk lebih berimaginasi. Ternyata Yara begitu berminat terhadap bahan bacaan ini. Beliau sering memberikan respon setiap kali saya membaca cerita yang ditulis pada setiap muka surat.

Paling mengujakan beliau tidak jemu. Bahkan makin seronok melihat gambar grafik di hadapannya.

Paling penting melalui aktiviti membaca juga dapat mengeratkan hubungan adik-beradik. Ini kerana mereka berkongsi minat membaca bersama-sama. Betulkan?? :-)


Ini juga antara koleksi bacaan Ameer yang kongsikan bersama Yara. Menariknya tentang koleksi Animal, Phonics dan Readers (ages 5-7 ) ini ianya menawarkan begitu banyak bacaan mudah didalam  bentuk buku yang comel dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja.

Memandangkan koleksi ini berkisarkan tentang dunia haiwan, pastinya menarik minat terutama kanak-kanak kecil.

Walaupun Yara tidak boleh membaca... tetapi beliau cukup seronok mendengar suara orang yang membaca untuk beliau.

"bahasa ingeeris' yang cukup mudah. Hebat dari segi penerangan dan jelas setiap rungkaiannya.

Bacaan ini bukan hanya sesuai untuk pra-sekolah bahkan boleh dijadikan bahan bacaan santai murid-murid tahap 1 (iaitu darjah 1 sehingga darjah 3).

Punyalah bahagia Yara bila dapat buku :-)


Sebenarnya banyak betul bacaan Scholastic yang menarik. Jadi kita boleh pilih ikut kesesuaian dan kemampuan anak kita. Paling penting pilihlah bahan bacaan yang boleh menarik minat mereka (anak-anak) untuk lebih suka membaca. Jadikan amalan harian..

Keterangan lanjut boleh layari:-


Buku Bacaan Dari Scholastic Untuk Yara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 27, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. bagus lah kecil2 dah suka membaca
    hehe

    ReplyDelete
  2. Ada yang dah beralih arah dengan membaca melalui peralatan teknologi seperti tab, komputer dan lain-lain. Tapi, sebenarnya membaca buku ni jauh lebih baik untuk meningkatkan minat kanak-kanak supaya membaca. Bila melihat dan memegang sendiri buku, kanak-kanak lebih teruja kan. Kita pun dapat luangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Reading is a great hobby for kids. Totally agree with your post, I've started reading to my daughter when she was a baby and now she has picked it up as a hobby and she loves reading too!

    ReplyDelete
  4. Suka illustrasi buku buku ni. Sesuai untuk si kecil. Pendedahan terhadap bacaan yang betul amat penting untuk tumbesaran anak anak. Great reads!

    ReplyDelete
  5. Akak ruby cari la buku-buku ni. Sebab anak ruby dah habis baca semua buku dalam rumah ni. Buku utk usia mereka ni punyalah banyak. Hurmmm. Nanti nak cari kat kedai buku. Haha. Jenuh

    ReplyDelete
  6. waa menariknya tengok buku2 tu semua, memang bagus betul untuk anak2! Tengok daripada gmbar, bukan budak2 je boleh suka ni, mak budak pon boleh leka belek buku2 tu semua jugak haha. Nanti nak beli jugaklah untuk anak2, bagus unt reading & exposure mereka dengan adanya buku2 berkualiti mcm tu 😊

    ReplyDelete
  7. Betul, nak beli buku kat budak-budak ni selain daripada isi dia, kena tengok warna dan rupa buku tu jugak. haha

    ReplyDelete
  8. best yer anak2 dapat ibu rajin beli buku ni. nnt membesar dengan bijak semua. huda biasa beli masa buku expo mcm big bad wolf jer.. ni baru tahu ada jual online buku kanak2 yg menarik ni

    ReplyDelete
  9. She seems enjoy reading. Love see her sweet smile when reading. Will recommend to my friend as she love buy some cute and attractive book for her daughter. Ever her daughter recognise some wording after been trained to read book.

    ReplyDelete
  10. Nak didik anak suka membawa kena bermula dari awal kan. Beli buku utk diorang pun satu pelaburan yang terbaik. Walaupun at the end, buku tu lunyai diorang kerja kan hehe

    ReplyDelete
  11. Nowadays kids are very lucky. So much nice and attracting design book to read. Those days or books mostly black and white and lots of wording. Glad that this could make children do more reading and learning.

    Rachel

    ReplyDelete
  12. My little one loves to read so this is definitely right up her alley :) And I find that when you start them early, the love and passion for books only becomes even better, plus it is certainly something to invest in for them in the long run.

    ReplyDelete
  13. Oh! I wish I could hv so many books to read up with my kiddos.. nice!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.