HARGA RUNTUH DI GUARDIAN SETIAP MINGGU, SEPANJANG TAHUN


Yuhuuuu!! Nak habaq kat uolls ni, Guardian Malaysia telah mengumumkan untuk menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, sepanjang tahun 2018. Ini adalah satu langkah berani dan tanggungjawab sosial Giant Malaysia untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

CEO of Guardian Health & Beauty Malaysia, Soren Lauridsen bergambar bersama dengan jurucakap (duta) bersempena dengan Kempen Guardian Malaysia’s Knockdown Prices (dari kiri) Charis Ow, Era.Fm Radio DJ Ray DJ Haniff dan Jenn Chia

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus. Bestkan, penjimatan yang berganda dalam berbelanja!

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan.

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad,” tambah beliau.

Bercakap di majlis pelancaran kempen tersebut di Guardian Sunway Pyramid, Soren menjelaskan: 

“Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.”

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April 2018.


Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%. Psst: Untuk promosi 8-11 Febuari 2018, semua barangan kosmetik dijual pada harga diskaun 50%.
Tahniah Ray kerana telah dilantik duta untuk kempen terbaru daripada Guardian Malaysia!

Kitaorang yang begitu teruja untuk berbelanja bersempena dengan Kempen Harga Runtuh di Guardian. Banyak woooo senarai barangan nak dibeli. Dah alang-alang murah, haruslah restock mana  yang perlu :-)

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my
HARGA RUNTUH DI GUARDIAN SETIAP MINGGU, SEPANJANG TAHUN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 10, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. Melampau ni, tak sabar nak terjah. Selalunua time sale gini cepat saja habis produk di rak-rak.

    ReplyDelete
  2. Pergh macam tahu ya ramai yang tengah dapat bonus tahun Bari. Mesti ramai yang beli product dari gurdian nih

    ReplyDelete
  3. Wahhh menarik.. hari ni pun antara hari harga runtuh nampaknya. Ok, boleh singgah dptkan brg2 keperluan sekeluarga.. mmg berbaloi sgt. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  4. I nearly forgotten about the 50% cosmetics for guardian thanks to your post I'm gonna go to the nearest guardian and grab some items I need because it is really worth buying now.

    ReplyDelete
  5. Okey, boleh gi usha barang di guardian pasni. Rugi klu ta kgrab peluang time promo camni

    ReplyDelete
  6. Ooooo baru tahu ada promo macam ni dekat guardian.. suka pergi guardian sebab baranf tersusun.. mudah nak cari. Promo mcm ni memang ramai la dtg

    Jemput baca ==》 https://shidotdotcom.blogspot.my/2018/02/punca-dan-rawatan-mengatasi-masalah.html?m=1

    ReplyDelete
  7. Alaaa bestnyer kak Ayu. Saya teringin nak shopp tapi kalau lelaki apa sangat bpleh beli kan. Tak semeriah kaum wanita..huhu

    Takkan nak beli alat mekap pula. Tapi memang berbaloi la bila ada sale macam ni

    ReplyDelete
  8. Untung la Ray jadi dutan.bukan selalu lelaki diiktiraf duta kan..abis la..confirm terjebak lagi kalau pi guardian ni

    ReplyDelete
  9. best juga ada promo waktu perayaan ni,tak sabar nak shopping puas-puas kat Guardian nanti >O<

    ReplyDelete
  10. Ini sudah sgt bagus.
    Kosmetik. Brg harian. Supplement.
    Terbaik la guardian.
    Aida biasa singgah guardian.
    Nice. Byk brg ada.
    Skang, murah plak tu.
    Tq for sharing!

    ReplyDelete
  11. Thanks for the info sis. Chinese New year is coming soon and my kids down with flu virus 😭 gonna restock their supplements already. The price discount is seriously good during their promo.

    ReplyDelete
  12. SEtiap minggu sepanjang tahun ke ni kak?
    Bolehlah merancag beli kelengkapan setiap hari yg murah ni..hari lain elakkan pergi haha..kita pergi hari jumaat-sabtu-ahad je..

    ReplyDelete
  13. Emi stress betul tiap kali ke guardian atau watsons kebelakangan ni. Asyik asa sale je. Semalam pun sempat singgab guardian kat au2. Mak aiii, orang ramai gila, pasu rak pun banyak yang dah kosong. Sale punya pasal.

    ReplyDelete
  14. Kalo sudah mendengar tentang harga jatuh atau potongan, pasti selalu menjadi ramai pengunjung. Apalagi wanita ya. produknya banyak dan kebutuhannya pun.

    ReplyDelete
  15. Wahh bestnyaa...ni kalau sy ni.. Memang tak kan lepas kalau bab kempe2x no 1 punya..!

    ReplyDelete
  16. Wah! best nak pergi guardian now coz got a few products that i wanted to buy.

    ReplyDelete
  17. salam perkenalan & ziarah kat sini..

    pegi jgk ari ahad aritu...ramai giler orang kat Guardin & Watsons Alamanda...bersesak2 tp berbaloi dengan rega yang ditawarkan tu..hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.