Jika Pergi Nilai Jangan Lupa Singgah Empire Assam Pedas, Thorbaik!!

Pesan kawan kalau pergi ke Nilai jangan lupa singgah ke Empire Assam Pedas. Dikatakan banyak hidangan hebat tradisi terbaik yang boleh kita rasai sendiri di sini. Ini terutama bagi mereka yang gemarkan lauk pauk seperti gulai masak lemak dan juga assam pedas itu sendiri. Kehebatan dari segi rasa dengan harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan puas hati.

Antara hidangan di Empire Assam Pedas yang sempat saya cuba seperti;-

1. Ikan tenggiri assam pedas
2. Ikan kembong assam pedas
3. Ikan merah assam pedas
4. Ayam Kampung masak lemak
5. Daging Salai
6. Udang Galah masak lemak
7. Ikan patin masak tempoyak
8. Kepala ikan merah assam pedas

Ahaaahhh! cuba korang teka yang mana satu kari ikan kepala merah, gulai daging salai dan sebagainya daripada gambar di atas. Heheheheh. Dapat teka tak?

Apa yang menarik tentang hidangan yang ditawarkan di Empire Assam Pedas ianya dimasak didalam claypot untuk setiap satu tempahan. Dan bagi saya sendiri ianya cukup berbaloi dengan 'portion' lauk yang diberikan cukup besar. Boleh dikongsi 2 orang juga (bagi sayalah). Untuk setiap satu lauk hidangan yang ditempah ianya juga didatangkan juga bersama nasi putih panas bersama telur asin, ulaman serta sambal belacan. Set hidangan yang cukup lengkap dan benar-benar membuka selera pastinya :-)

Okla kita close up sikit gambar hidangan yang telah saya cuba :-)

Asam Pedas Ikan Kembong | RM9.90

Asam Pedas Kepala Ikan Merah | RM20.00

Asam Pedas Ikan Tenggiri | RM12.90

Asam Pedas Ekor Ikan Merah | RM12.90

Asam Pedas Ikan Pari | RM10

Masak Lemak Ayam Kampung | RM10.90

Masak Lemak Udang Galah –|RM15.00

Masak Lemak Daging Salai | RM10.90

Masak Tempoyak Ekor Ikan Patin | RM16.00

Nasi Putih + Ayam Penyet | RM9.90

Bukan ini sahaja tau korang, ada lagi hidangan di Empire Assam Pedas yang boleh dicuba, antaranya seperti :-

Asam Pedas Kepala Ikan Tenggiri | RM16.00
Masak Lemak Kepala Ikan Tenggiri | RM20.00
Masak Lemak Ikan Tenggiri | RM12.90
Masak Lemak Ikan Kembong | RM9.90
Masak Lemak Ikan Merah | RM12.90
Masak Lemak Kepala Ikan Merah | RM20.00
Masak Tempoyak Kepala Ikan Patin | RM17.00
Masak Tempoyak badan Ikan Patin | RM15.00

Cendol Durian ala-ala ABC | RM10.00

Untuk cendol ala ABC ini adakalanya ditawarkan untuk harga runtuh iaitu RM5 sahaja. Nak tahu bila? Ianya ditawarkan pada waktu HAPPY HOUR. Kalau rezeki waktu korang datang itu waktu HAPPY HOUR dapatlah membeli pencuci mulut dengan harga yang sangat murah.

Kelainan untuk cendol durian di Empire Assam Pedas ini ianya didatangkan seperti ABC yang agak banyak juga bahan-bahan didalamnya. Ada cendol, isi jagung, jelly grass, kacang merah dan pelbagai lagi. Cuma dari segi rasa memang sepenuhnya seperti cendol kerana ianya meletakkan santan dan gula melaka. Untuk cendol biasa tanpa durian, harga yang ditawarkan adalah RM5 sahaja. 

Bubur Kacang Durian

Jika mahukan pencuci mulut yang tidak sejuk, bolehlah mencuba bubur durian. Bubur ini memang mantap rasanya terutama dari segi kepekatan dan rasa durian itu sendiri! Sedap gila, saya rekomen pada semua untuk mencuba.

Dekorasi kedai yang agak 'simple' tetapi tetap menarik. Istimewanya di sini terdapat banyak meja bersama bangku kayu panjang jadi ianya sangat sesuai untuk kita yang datang beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan.

Jika tidak berminat dengan bangku panjang, jangan risau terdapat juga set kerusi meja empat segi yang disediakan buat pengunjung. Kerusi khas untuk bayi pun ada (baby chair).

Rombongan Bro Nazlan bersama geng-geng sado kuat makan janji kena sedap. 

Tapi seriousla! Hidangan yang dimasak oleh Chef Syafiq, pemuda yang baru berusia 25 tahun ini memang hebat rasanya. Untuk pengetahuan semua Chef Syafiq ini cukup pengalaman dalam penyediaan lauk tradisi sejak beliau berumur belasan lagi. Ini kerana minat dan kesungguhan beliau sendiri untuk belajar cara memasak hidangan tradisi dari arwah ibunya dan seterusnya mengembangkan bakatnya dengan melibatkan diri dalam bidang katering dan seterusnya menjadi chef utama di Empire Assam Pedas.

Oh ya! Ada berita baik untuk dikongsikan pada semua. Restoran Empire Assam Pedas telah menganjurkan peraduan “Selfie Shootout-Snap & Win” sepanjang bulan Febuari ini. Yang mana pada setiap minggu akan ada pemenang yang bakal memenangi baucar makanan Empire Assam Pedas. Satu gambar dan aksi yang paling terbaik serta menarik akan dipilih dan bakal memenangi hadiah utama pada bulan Febuari ini. Pemenang utama bakal membawa pulang sebuah telefon pintar berjenama. Perghhh best giler, cara nak menyertai boleh rujuk gambar di atas ya!

Ini bukanlah gambar selfie..Hahahahahah...

Tapi lebih kurang gambar macam gaya ini. Hahahahahaha. Selfie dengan gaya paling menarik dan asal boleh hokeh!!!

Untuk keterangan lanjut sila layari:-

IG:

FB: 
Jika Pergi Nilai Jangan Lupa Singgah Empire Assam Pedas, Thorbaik!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 14, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Tak pernah try ni... nampak banyak sedap... nak pergi nilai. haha!~

    ReplyDelete
  2. Fuhhh pekat likat lemak berkrim hidangan restoran ni. Memang kena ambil masa lama nak makan. Nikmattttttt. InsyaAllah kalau ke nilai ruby pi sana. Hehe

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnye tengok makanan kat sini..mujurlah tak jilat skrin pc haha..wajib singgah nti

    ReplyDelete
  4. Ayuuuuuu....kejamnya entry ni..semua tu fav SA tau...bila kala la plak SA nak ke Nilai ni..walau Nilai ngan Seremban tu tak berapa nak jauh....bestnya semua makanan....

    ReplyDelete
  5. fuh.. pekat likat asam pedas dan masak lemak dia yea.. yang ni mesti sedap sangat ni.. TB pun suka yang pekat-pekat kuahnya.. nyum2.. alamak.. Cendol Durian ala-ala ABC tu buat TB haus tetibaaa

    ReplyDelete
  6. pilihan saya tentu saja ikan kembong asam pedas n cili api udang

    ReplyDelete
  7. Nampak sedapppppp! Emi dah lama tak pergi Nilai, sebab takde urusan. Kalau ke sana bebila, boleh la scroll balik akak punya blog cari info pasal tempat ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. Alahaiii... Kecur nya tengok semua makanan ni. Nampak sedap sangat. Kuah pon pekat. Harga pon tak ada lah mahal sangat.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah nampak sdp sgt menu2 yg terhidang. Bubur durian tu mcm sedap je. Boleh lah cuba nanti memandangkan Nilai dgn Banting boleh tahanlah dekatnya

    ReplyDelete
  10. Asam pedas memang best makan dgn sambal belacan dan ulam. Nampak sedap dan harga pun not bad.

    ReplyDelete
  11. dah lama tak pekena asam pedas,nampak gambar dah kecur air liur. memang kena pergi ni

    ReplyDelete
  12. Going through this post in the middle of the night makes me so hungry! Haven have assam pedas for so long since I'm passing by tomorrow will suggest to my hubby to drop by and give it a try.

    ReplyDelete
  13. Ala.. awat la bukak entri kak ayu ni di malam hari.. terus berkeroncong perut. dah la memang favourite asam pedas. huwaaaa... laparrrr...

    ReplyDelete
  14. Thsi 2 kinds of meal memang saya suka. Asam pedas dan masak lemak! Tempoyak patin lagilah suka sebab masa dok Pahang dulu memang selalu sangat makan Patin. Wahh, cendol durian dia memnag kelainan. Ingatkan ABC tadi!

    ReplyDelete
  15. wow asam pedas dia gila pekat kuahnya, nampak macam sedap, tapi pagi pagi ni teringin nak makan benda goreng goreng aduhai... anak pula demam pula.... ughhhh

    ReplyDelete
  16. wow sedapnyaa asam pedas. pekat kuahnya. menu lain pun nampak sangat menyelerakan. cendol ala-ala abc tu menarik hati betul.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  17. Wowwwww...mengancam sungguh lauk pauk dia. Baru ni teringin ingan nak makan asam pedas...sampai la ni lom rasa lagi..nanti nak cuba lah kalau lalu area sana

    ReplyDelete
  18. Drooling to the max on hp now. This gonna be my top choice when I'm at Nilai... If can... I be wanna go now also. Lolz

    Racheal_foodilifecious

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.