Koleksi Mandian Adiwira Yang Mampu Menentang Kejahatan Kuman!

Koleksi Mandian Adiwira Yang Mampu Menentang Kejahatan Kuman! | Perghhh tajuk,kihkih. Tapi seriousla, teruja betul masa mula-mula saya melihat pembungkusan penjagaan untuk anak saya Amani dan Ameer. Cantik dan menarik hati. Apatah lagi kita sedia maklum adiwira Justice League yang pertonjolkan semuanya memang kesukaan kanak-kanak.

Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu syampu 2-dalam-1, Bubble Bath, Head-to-Toe dan Yogurt Body Wash. Apa yang menarik, produk-produk ini sememangnya khas untuk kulit bayi dan anak yang kita sedia maklum sangat lembut, mulus dan juga sensitif. Ramuannya memang selamat digunakan. Tiada mengandungi paraben, SLE/SLS dan sabun. Bahkan produk ini sebenarnya kaya dengan ekstrak Isirung Oat, Susu Soya dan Susu Beras. Sekaligus sangat membantu memelihara kulit bayi, sertamenjadi lebih lembut dam lembap (moiturize).

Terdapat 4 varian yang diperkenalkan iaitu Superman Smashing Citrus Zest, Batman Awesome Apple Punch, Wonderwoman Sparkling Mango Mania dan Supergirl Dazzling Summer Berries.

 
Superman Smashing Citrus Zest! Sabun mandian yang mana ramuan utamanya adalah yogurt serta buahan citrus seperti oren dan limau.

Saya suka akan wangiannya yang agak strong dengan bauan semulajadi citrus. Ini sesuai buat Ameer yang memang lasak dan cepat berpeluh. Ianya juga boleh meberi kelembapan pada kulit khas untuk kanak-kanak.

Supergirl Dazzling Summer Berries. Ramuan syampu hasil ekstrak dari buah beri dan strawberi.

Baunya agak lembut dan manis sepertimana kita tahu ramuannya adalah buah strawberi dan beri. Ianya bukan sahaja dapat mencuci bahkan produk ini juga dapat melembutkan lagi lembut anak kita. Paling penting setiap kali selepas bersyampu, rambut anak lebih senang disikat dan diurus.

 Batman Awesome Apple Punch. Produk yang dihasilkan dari ekstrak khasiat buah epal.

Menariknya tentang produk ini ianya boleh digunakan dari mencuci rambut dan juga sabun untuk seluruh badan. Kiranya produk 2 dalam 1. Ini antara produk yang saya gemar juga kerana bauan epal memang memberi 'feeling' berbeza.

Wonderwoman Sparkling Mango Mania .Mengandungi ekstrak buah mangga.

Untuk masa bermain anak-anak dengan air mandian, saya sangat syorkan produk Wonderwoman Sparkling Mango Mania . Ini kerana ianya mengandungi lebih buih selain daripada dapat memberi kelembapan dan melembutkan kulit.

Hanya picit sedikit. Jika dilihat pembungkusannya agak praktikal dan mudah digunakan. Senang untuk kita mengawal berapa banyak sabun atau syampu yang digunakan pada setiap mandian.

Paling best sebab sabun ini mempunyai wangian buahan yang sangat semulajadi. Kita juga akan rasa positif dan gembira apabila dapat bermain buih sambil mandikan anak. Ini juga adalah salah satu aktiviti yang dapat merapatkan hubungan ibu dan anak (bonding time).

Apabila anak ceria, kita juga tumpang bahagia. Melihat anak yang seronok setiap kali mereka melakukan aktiviti asas harian bersama kita. Selain itu apabila anak ceria sebenarnya memberi keselesaan pada beliau juga sepanjang masa (tidak meragam yang boleh memeningkan kepala).

Untuk pengetahuan semua produk Beaudex Kids ini merupakan jenama yang sangat mementingkan nilai-nilai kekeluargaan. : kejujuran, dedikasi dan tangguyngjawab sosial ini kepada komuniti. Produk ini bukan sahaja selamat digunakan (mengambil berat tentang setiap ramuan yang digunakan), bahkan ianya juga dijual pada harga yang cukup berpatutan.

Jenama Beaudex Kids mula diperkenalkan pada 5 Januari 2018 yang mana menawarkan rangkaian menyuluruh Justice League seperti barangan alat tulis,kasut, pakaian dan penjagaan kebersihan diri. Selain daripada karektor adiwira di atas untuk perancangan masa akan datang, Beaudex Kids juga akan menawarkan produk dari karektor Nicklodeon seperti Teenage Mutant ninja Turtles, Paw Patrol, blaze and the Monster Machines, Shimmer & Shine, Dora The Explore dan  Spongebob Squarepants.

Menarik bukan???


Untuk kualiti kehidupan anak yang lebih sihat dan gembira. Jom kita pilih adiwira dari penjagaan diri kanak-kanak Beaudex Kids bagi membantu menentang kuman serta bakteria yang durjana..gitchewwww

Outlet Bath & Kids di 1Utama :-)

Dapatkan produk ini di pasaraya utama dan pusat membeli-belah 1Utama!
Koleksi Mandian Adiwira Yang Mampu Menentang Kejahatan Kuman! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 15, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Macam comel je. Bagi kat anak2 saudara Rawlins, mau diorang mandi tak henti nie.

    ReplyDelete
  2. waahhh.. macam macam jenis ni.. baru laaa si kecik suka mandi

    ReplyDelete
  3. wah kemain seronok si kecik ada mandian sendiri.. lagi2 mandian wangian buah-buahan.. yg penting sesuai dengan kulit depa

    ReplyDelete
  4. Shampoo bebudak memang bagus kalau ada anti bakteria dan segar. anak ruby lelaki 4 kali sehari kena mandi. masam berpeluh sokmo. hahaha

    ReplyDelete
  5. First time dgr nama brand ni, baguslah banyak pilihan. Mesti wangi2 kan? Dapat kat anak mesti selalu nak amndi aje ni

    ReplyDelete
  6. Alahai so kiut la packaging dia. Anak - anak kecil mesti suka dan lebih senang nk di suruh mandi dengan adanya mandian sebegini.

    ReplyDelete
  7. I menarik la mandian utk kids nowdays..ni semua kalau guna ni maunya tak nak berhenti mandi ni...sure mandi lama kan..

    ReplyDelete
  8. Comelnya packaging dia kak Ayu. Budak2 mesti tertarik nk guna bila tgok packaging comel mcm nie

    ReplyDelete
  9. Warghh!! Comelnya packaging dia! Untuk dewasa ada jugak ke? Kahkah. Yang penting mesra dengan kanak-kanak dan melindungi mereka daripada penyakit. :D

    ReplyDelete
  10. mak aih super heroes punya mandian ni sangat menarik bila mandi pun bau macam buah-buahan sebab yogurt kan ? yumsss sambil mandi sambil main buih, then the kids boleh berangan jadi super heroes.... weeeee

    ReplyDelete
  11. Comel nye keychain dia tu kak ^_^
    Karakter chibi je semua! Cute sangat!
    Ase jual kat memane je ke bran beaudex ni? Ke ade jual online je?

    ReplyDelete
  12. menariknya packaging dia.. siap ada karektor cartoon Justice league lagi. Mesti budak budak suka. Bagus sabun ni sebab boleh jadi shampoo skali. jimat kos.. kan

    ReplyDelete
  13. comel-comel semuanya! memang mampu menarik minat kanak-kanak supaya senang mandi. silap2 mandi pun nak lama lepas ni hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Menariknya ada kisah character disebalik setiap botol sabun tu. Anak2 mesti teruja nak mandi. Mak2 boleh guna idea tu untuk cerita sambil mandikan anak2.

    ReplyDelete
  15. OMG all of them are so cute! nak beli for my anak buah and myself also la.

    ReplyDelete
  16. Mesti anak2 rajin mandi lps ni..maklumlah packaging dia semua ada karakter yg buat anak2 suka..dh lah tu haruman dia pun sure best kan.
    Bolehlah nanti rekomen pada anak2 buah yg ada anak2 kecik

    ReplyDelete
  17. Hahahha these are too cute...probably I could get this whole set for my niece...I am sure she will love it..wonderwoman is her hero

    ReplyDelete
  18. Kartun Tu mmg menarik perhatian Dan bauannya mmg wangi Kan. Syafi pun suka

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.