SENTUHAN EKSOTIK ILHAM OASIS MOROCCO Memperkenalkan Koleksi Qalea by Rizalman


Semua pasti mengimpikan rumah mereka diberi sentuhan dekorasi unik dengan kemewahan glam nan elegan?  Bagaikan satu kepuasan apabila rumah yang kita ibarat sebagai syurga keluarga begitu cantik dan selesa didiami. Ingin saya kongsikan tentang koleksi terbaru dari Avon bersempena dengan sambutan Raya tidak lama lagi. Ianya adalah rekaan yang mempertengahkan keajaiban persis oasis Morocco dibawah label Qalea by Rizalman. Apa yang menarik ianya adalah koleksi luxe deko kediaman mewah yang mampu dimiliki semua.


Ini merupakan kolaborasi kedua Avon bersama pereka dalaman dan fesyen terkenal Rizalman Ibrahim. Dan siri label Qalea terdiri daripada rangkaian mewah langsir, linen, set hidangan dan perhiasan rumah bertemakan Morocco yang pasti meningkatkan citarasa trend perhiasan dan hidangan Malaysia tahun ini.


Kata Rizalman, “Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri. This is THE collection of the year.”


Memetik inspirasi jubin klasik serta rona terang dari souk Marrakech, koleksi Qalea dirangkai dengan corak bungaan geometri serta warna biru cerulean, biru gelap dan merah delima yang unik.

Koleksi Lengkap Kediaman

Mengambil kira fungsi dan versatiliti, setiap rangkaian mengetengahkan konsep dwi-gunaan yang inovatif. Dari sarung bantal, alas meja dan gebar dwi-permukaan hingga ke langsir siang-dan-malam, semua bakal menjadikan setiap ruang tampak segar sepanjang Raya.

Serlahkan elegan ruang tamu dengan langsir, linen dan hiasan rumah yang direka untuk tampil mewah pada harga mampu milik.

Di satu sudut yang menjadikan ruang untuk bersantai dengan dekorasi Morocco yang cukup istimewa dan tampil lebih klasik.


Lena dalam dakapan lembut set cadar dan gebar katil berona eksklusif. Setiap set bujang, kelamin dan raja didatangkan dalam corak unik berbeza agar kesemua bilik tampil tersendiri. Saya cukup berkenan dengan set cadar ini yang menampilkan warna merah hati bersama gabungan warna biru dan putih. Paling penting rekaan cadarnya begitu ketara berinspirasikan senibina Morocco.

Permainan warna dekorasi di kamar tidur ini juga cukup menarik menjadikan ianya begitu esklusif.

Jom bangkitkan selera dengan set hidangan porselin berekaan eksklusif, diinspirasikan jubin bohemian dari Morocco. Corak unik pinggan makan, piring hidang serta mangkuk mudah disuai-padankan.

Selain itu menerusi koleksi ini kita berpeluang untuk melengkapkan sentuhan dunia Morocco dalam set hidangan didalam rumah. Antaranya seperti tagine kaserol hidangan, pouffe metalik, set minum kaca terbaja dan teko serta dulang besi.

Nampak begitu sempurna bukan? Set pinggan mangkuk berinspirasi jubin dari Morocco ini benar-benar cantik!

So korang kalau nak dapatkan produk Koleksi Qalea by Rizalman jangan lupa dapatkan nanti di pasaran pada 16 April 2018. Boleh juga dapatkannya di mana-mana Butik Kecantikan Avon diseluruh negara atau hubungi wakil Avon yang terdekat.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

Dekorasi Morocco sememangnya menarik terserlah keunikkan,
Jadikan koleksi peribadi dapatkan di Avon Koleksi Qalea by Rizalman :-)
SENTUHAN EKSOTIK ILHAM OASIS MOROCCO Memperkenalkan Koleksi Qalea by Rizalman Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 28, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. This must have been such a lovely experience- the set up was so nice! :)

    ReplyDelete
  2. Mmg nampak menarik... gandingan hasil sentuhan Dato' Rizalman dgn Avon ni mmg tak dinafikan nampak berkualiti, elegan dan eksklusif tetapi disamping tu masih mengekalkan harga yg berpatutan. Bolehlah dapatkan utk standby stok raya siap2 ni nanti :)

    ReplyDelete
  3. cantik sangat! ya allah. corak tu terus menaikkan selera makan..hahaha. nampak stroberi je pun,terus rasa nak ngapp.

    ReplyDelete
  4. Nampak mewah betul. Bila lah dapat hiasan rumah macam ni..huhuhu.
    Sure mahal kan?

    ReplyDelete
  5. So many nice collection that can be chosen. From kitchen until bedroom decoration they do produce a nice items. Love it.

    ReplyDelete
  6. Sentuhan Rizalman mana pernah tak cantik..kagum dengan ke kreatifan Rizalman tu Ayu..bukan senang kan nak jadi macam dia..kena sentuhan dia baru menjadi..cuba buat sendiri tiru deco dlm majalah..kalau x de seni haram menjadi..hehehe

    ReplyDelete
  7. mak aih cantiknya design moorocco ni.... seni betul lah, tapi tengok gaya macam mahal je hehehehhehe... tunggu raya nanti lah rasa nak tukar langsir juga nak tambah lampu lampu macam dalam ni ..ala-ala morocco rasanya nanti rumah

    ReplyDelete
  8. Cantik pula design morocco ni.berkenan pula.nak deko deko kena pandai mix and match kan..

    ReplyDelete
  9. Moroccan designs is like an art, the patterns and prints are just too beautifu, my favourites ones are the plates, they are just so pretty, I'll be happy dining with it.

    ReplyDelete
  10. so now i know how Moroccan style is like... haha but definitely not my cup of tea... I'm not artistic enough to appreciate such designs.

    ReplyDelete
  11. Moroccan style! I like it. Cantik pun cantik,kemas pun kemas. Warna pelbagai tapi tak semak mata memandang

    ReplyDelete
  12. Amboi Datuk sekarang dah design rumah pulak ker hehehehe ingat lagi kata2 beliau selagi beliau hidup jangan barangan nak keluar produk fesyen jenama sendiri lebih kurang macam tu lah bisa ayat datuk..

    ReplyDelete
  13. Moroccan designs never disappoint anyone for its unique and beautiful design. AVON really a long-brand and trusted products by all. Last time i used to buy a lot of their products. so... i think is time for Shopping again!!!

    Racheal

    ReplyDelete
  14. Adoiiii taste rizalman mmg win la kak...nnt kita nak pi la avon tnya mak nya tu kot3 ada yg kenan ...adudu...rizalman oo rizalman

    ReplyDelete
  15. nampak bestnya! Beautiful and elegant... Nice one.. Great design!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.