Aktiviti Pertama Cuti Sekolah : Bermain di The Parenthood Sunway Piramid

Cuti sekolah sudah bermula. So korang rancang apa untuk anak-anak? Untuk awal tahun ini, kami merancang untuk bercuti dan menghabiskan masa di kawasan berdekatan sahaja. Maklumlah dedet agak sibuk dengan kerja tugasan pejabatnya yang banyak tertunggak. Dan saya sendiri, memerlukan masa untuk benar-benar berehat di rumah. Tapi demi anak-anak saya perlu juga memikirkan tempat atau lokasi yang menarik bagi mereka melepaskan rasa tekanan selama mereka belajar di sekolah di waktu-waktu bercuti.

Dan kami telah mengunjungi The Parenthood di Sunway Piramid. Walaupun ini bukanlah pertama kalinya saya ke sini. Namun, tempat ini memang tidak pernah membosankan. Terdapat pelbagai kelas dan aktiviti disediakan di sini. Dan apa yang pastinya, promosi barangan bayi dan kanak-kanak memang sentiasa ada dan harganya cukup berbaloi.

Tempat anak-anak boleh melakukan aktiviti fizikal (mini gym) yang sangat selesa.

Cafe yang terletak bersebelahan The Parenthood, memberi kemudahan pengunjung untuk mengalas perut sekiranay kelaparan.

Sudut aktiviti untuk anak-anak - bermain sand dan pelbagai lagi.

Jualan produk barangan bayi yang memberi diskaun sehingga 80 peratus!

Bahan bacaan dari MPH, turut ada menawarkan harga buku yang cukup menarik.



Butik pakaian dan keperluan kanak-kanak ada di kawasan The Parenthood.

Tarikan utama saya ke sini tentulah taman permainan (in-door). Terdapat banyak slides yang menarik yang membolehkan anak-anak beraktiviti, bereksplorasi dan bermain dengan gembira bersama-sama rakan yang lain.















Banyakkan slides kat sini. Yang pastinya anak-anak memang enjoy!

Antara yang mencuri perhatian kehadiran karektor Ironman di The Parenthood. :-)

So korang, kalau tak tahu nak pergi mana pada musim cuti sekolah ini bolehlah terjah The Parenthood ya! Terdapat 2 outlet The Parenthood iaitu di Sunway Piramid dan Sunway Putra Mall Kuala Lumpur.

Jom bawa anak-anak ke sini ya!
Aktiviti Pertama Cuti Sekolah : Bermain di The Parenthood Sunway Piramid Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 19, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. dah lama tak pergi.. rasa mcm nak bukak kat mytown rasanya...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.