Cadbury Berkabolarasi Bersama Premier League di Malaysia

Sumber foto: Google

Bila ditanya apa persamaan di antara coklat Cadbury dengan  "The Premier League" - Jawapannya ialah memberi kegembiraan. Untuk pengetahuan semua Cadbury, jenama konfeksi terkenal dunia di bawah label Mondelez International bersama pengendali acara sukan bola sepak terkemuka, Premier League telah mengumumkan inisiatif memperluaskan perkongsian mereka di Malaysia.

Sumber foto: Google

Andrew Cole, lagenda bola sepak Premier League England cukup dikenali ramai sebagai Andy Cole telah hadir merasmikan majlis pengumumnan kolaborasi ini di DPAC Empire Damansara, Damansara Perdana pada hari Rabu 21 Mac 2018 baru-baru ini.

Sumber foto: Google

Bersempena dengan kolaborasi itu, Cadbury telah menganjurkan satu peraduan menarik yang menawarkan 10 pemenang yang ditaja sepenuhnya perjalanan mereka ke United Kingdom (UK) untuk menonton perlawanan Premier League pilihan pemenang itu sendiri. Bestkan!!


Peraduan ini berlangsung dari 1 Mac sehingga 31 Mei 2018. Kaedahnay mudah sahaja dengan membeli apa-apa produk Cadbury dalam sebarang nilai dari mana-mana pasaraya. Seterusnya peserta perlu mengemukakan resit sebagai bukti pembelian melalui Whatsapp ke 016-6688576.

Pengurus Kategori Cokelat Cadbury, Mondelez International, Nikhil Nicholas berkata: 

"Pelanjutan perkongsian itu bertujuan untuk memperluaskan jangkauan dan memberi pengalaman unik Cadbury kepada para peminat setia, serta untuk turut berkongsi keseronokan perlawanan Premier League dengan para penggunanya."

Dan sebenarnya kolaborasi bersama Premier League telah diumumkan buat pertama kalinya di UK pada tahun lepas. Sebelum ini te;ah adanya kolborasi di dalam sukan di peringkat antarabangsa bersama Cadbury, ini termasuklah penajaan Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.

Kolaborasi jangka panjang ini sebenarnya dapat menyediakan platform alternatif untuk membawa detik-detik kegembiraan kepada lebih ramai orang di seluruh negara, dan inilah yang sentiasa diinginkan oleh jenama Mondelez International.



Varian coklat Cadbury di Malaysia, antaranya seperti Cadbury Dairy Milk dan Zip, serta varian baharu seperti Cadbury Dairy Milk Oreo, Cadbury Five-Star dan Marvellous Creations. Semuanya ini memang sentiasa menjadi pilihan saya dan keluarga :-)



Cadbury Berkabolarasi Bersama Premier League di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 23, 2018 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.