Enchanteur Losyen Haruman Badan Sentiasa Menjadi Pilihan Saya :-)
Perempuan mana yang tidak sukakan kepada wangian. Rasanya hampir semua wanita suka pada wangian terutamana baunya yang kekal lama dan lembut. Bagi saya sendiri jenama Enchanteur antara produk penjagaan diri yang mempunyai wangian yang mempunyai identitinya yang tersendiri.
Untuk harum yang lebih berpanjangan, bolehlah mencuba varian Charming yang diekstrak dari bunga Lily, minyak olive dan air mawat. Dikatakan haruman ini bertahan sehingga 24 jam lamanya. Bagi saya baunya agak 'strong' sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif.
Alluring bagi mencerahkan kulit. Kaya dengan vitamin C dan juga diekstrak daripada Licorice. Saya sangat sukakan haruman ini kerana bauannya agak lembut dan juga mampu meninggalkan sentimental kepada si pemakai :-)
Romantic untuk haruman bauan bunga mawar yang kekal berpenjangan sehingga 24 jam. Ianya dapat melembutkan kulit selain daripada memberi keharuman bunga mawar. Diekstrak dari air bunga mawar, minyak olive dan bunga Lily. Saya suka memakai haruman ini di waktu malam kerana ianya dapat memberi ketenangan dari dalam :-)
Enchanteur Losyen Haruman Badan Sentiasa Menjadi Pilihan Saya :-)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 30, 2018
Rating:
No comments:
Sharing is caring...