Hidangan Makanan Laut Dari Hidupan Segar di ‘UNCLE ALI THE FISHMONGER’
Dan biasanya jika kita hendak membuat pemilihan makanan laut terbaik, beberapa faktor telah diambil kita. Antaranya seperti samada yang segar atau beku? Diimport atau domestik? Kita pastinya akan terfikir bahawa semua makanan laut adalah sama tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana hidangan enak dihasilkan daripada hidupan laut yang segar. Dan hidupan segar dari laut tidak memerlukan pencairan kerana itu boleh menyebabkan risiko pencemaran bakteria, menghilangkan kelembapan dan kehilangan nutrien.
Saya telah diperkenalkan dengan hidangan makanan laut yang segar dari Uncle Ali The Fishmonger ('Uncle Ali') yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Menariknya di Uncle Ali makanan laut yang dihidang dan dijual adalah makanan laut segar dari nelayan tempatan. Ianya dari tangkapan di bawa naik ke jeti seterusnya ke Restoran Uncle Ali!
Baru-baru ini Restoran Uncle Ali The Fishmonger telah menjemput chef selebriti tempatan Datuk Chef Wan untuk berkongsi resepi terbaik menggunakan hidupan segar dan juga berkongsi beberapa petua mengenai pemilihan, memasak dan bagaimana boleh menikmati makanan laut segar dengan cara yang terbaik.
Datuk Chef Wan turut membuat demonstrasi penyediaan 2 hidangan makanan laut yang sememangnya enak dan snagat mudah untuk disediakan. Hidangan pertama adalah Ikan Baked Portugis yang dibuat menggunakan pomfret segar yang dibungkus dengan pasta rempah dalam daun pisang. Bagi hidangan kedua, Datuk Chef Wan menyediakan Prawns dengan Nanas dalam Gravy Spicy, yang sentiasa menjadi kegemaran masyarakat tempatan menikmatinya dengan nasi. Dengan menggunakan udang laut segar, ternyata rasa udang semulajadi memberikan rasa manis semulajadi kepada kuah.
Menyediakan makanan laut bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan sedikit kemahiran asas untuk memasak hidangan makanan laut yang enak. Jika anda tidak berkesempatan untuk memasak sendiri, kita boleh mendapatkannya dari Uncle Ali mempunyai pilihan hidangan makanan laut yang lazat dan pelbagai menu kegemaran tempatan. Sesetengah kegemaran di Uncle Ali adalah Udang Masak Mentega, Sotong Telur Masin, Chilli Mud Crabs yang lazat dengan Mantao dan Fish & Chips yang cukup terkenal.
Hidangan Makanan Laut Dari Hidupan Segar di ‘UNCLE ALI THE FISHMONGER’
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 01, 2018
Rating:
perghhhhhhhh
ReplyDeleteada chef wan
terbaik lah