Karnival Betul2 Raya 2018 | Karangkraf x sifufbads



Karnival Betul2 raya 2018 bakal diadakan pada 1 sehingga 3 Jun 2018 bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam Selangor. Acara tahunan ini adalah yang ke-10 kali anjuran Karangkraf manakala untuk kalaborasi bersama sifufbads memasuki tahun kedua. Apa yang menarik, untuk tahun 2018 ianya akan dianjurkan pada bulan Ramadhan. Ini adalah bersempena dengan kehangatan persiapan Hari raya, secara tidak langsung pengunjung boleh mendapatkan barangan keperluan di karnival pada harga yang cukup berbaloi.

Atas kejayaan pelaksanaan karnival ini pada tahun lepas, untuk tahun ini disasarkan seramai 3 juta pengunjung bakal menghadiri karvival yang berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 2 pagi, Selain daripada pelbagai produk tempatan dipertengahkan, beberapa acara/aktiviti dan hadiah menarik disediakan kepada pengunjung, 


Dijangkakan sebanyak 101 booth bakal dibuka oleh alumni sifufbads yang mana produk-produk mereka cukup dikenali di atas talian media sosial seperti FB dan Instagram. Menarik tentang karnival ini, selain daripada pelbagai perancangan aktiviti menarik daripada pihak Kumpulan Karangkraf bakal dilaksanakan seperti seperti ceramah, sembahyang terawih dan pelbagai lagi. Para pengunjung juga boleh bertemu sendiri dengan pengasas produk barangan mereka yang selalu mereka gunakan (beli daripada on-line). Pengunjung juga boleh mendapatkan tips menarik daripada rangkaian produk yang dibeli dari booth-booth di karnival. Paling penting harga yang dijual adalah harga promosi yang jauh lebih bebraloi.

Antara wakil-wakil alumni sifufbads yang hadir dalam sesi media pengumuman mengenai anjuran Karnival Betul2 Raya 2018. Memang meriah dan bersemangat semuanya. 


Bagi saya sendiri anjuran karnival seumpama ini boleh dijadikan platform untuk mempertengahkan produk-produk terbaik di sedia terkenal di pasaran atas talian (on-line) kepada pembeli secara terus (off line). Selain daripada dapat mengetahui dan mendekati produk barangan yang ditawarkan dengan lebih dekat, kita juga boleh mendapatkannya pada harga yang menarik. Ini adalah menerusi promosi bersempena raya di Karnival Betul2 Raya 2018.

So, korang save the date - 1-3 Jun 2018, jam 10 pagi- 2 pagi di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam Selangor. Jumpa anda disana nanti ya, hiks.
Karnival Betul2 Raya 2018 | Karangkraf x sifufbads Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 06, 2018 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.