Pelbagai aktiviti Menarik di Kids Fair di DC Mall

Cuti sekolah seminggu baru-baru ini saya berkesempatan membawa anak saya ke DC Mall yang terletak di Pusat Bandar Sri Damansara. Apa yang menarik tentang pusat membeli-belah ini ianya baru dibuka dan mempunyai begitu banyak pilihan kedai makan. 

Namun tujuan sebenar saya dan anak-anak ke sini adalah untuk menyertai Kids Fair yang telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik khasnya buat kanak-kanak. Antara aktiviti yang menarik perhatian saya seperti kemunculan Mr. Bean, workshop bersama Mad Scientist, bengkel belajar ukulele dan juga kelas menari bersama Kinder Dance.

Bukan main seronok bila dapat jumpa Mr Bean ya! Gelagat Mr Bean memang mencuit hati dan paling best dia seorang sangat peramah, begitu senang didekati.

Umumnya kita tahu, dunia sains adalah begitu luas. Persekitaran kita sememangnya sentiasa berkait dengan sains. Menarinkya melalui Bengkel Sains bersama Mad Scientist ini memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang baru - terutama apalibila kita kaitkan dengan tekanan, tolakan, pengudaraan dan banyak lagi.

Kehadiran 'clown' , karektor yang memang cukup dikenali oleh kanak-kanak menjadikan bengkel ini lebih ceria. Gabungan bersama Mad Scientist yang gila-gila menjadikan kanak yang mengikuti bengkel ini begitu teruja melakukan aktiviti yang disediakan.

Antara barang-barang yang digunakan dalam projek sains bersama Mad Scientist.

Seterusnya kelas Ukulele bersama Abang Jason. Di mana perkakasan ukulele telah disediakan buat anak-anak yang hadir.

Bukan anak-anak sahaja teruja bahkan kelas ini turut disertai golongan remaja yang begitu meminati seni muzik ukulele. Biarpun pelajaran hanyalah pada asas nota muzik ukulele tetapi atas tunjuk ajar Abang Jason memang semuanya nampak mudah dan menyeronokkan.

Bersunggih-sungguh anak-anak ini hendak belajar bagaimana memainkan muzik dari ukulele.

Seterusnya aktiviti menari bersama dengan Cikgu Kitty dari Kinder Dance. Aktiviti menari yang begitu energetik memakan masa hampir 1 jam. Rata-rata memang kanak menyukainya. Inilah aktiviti yang dapat anak-anak itu sendiri meluahkan rasa tekanan didalam diri mereka. Betulkan? :-)

Selain itu terdapat juga aktiviti mewarna, dimana kanak-kanak yang suka mewarna akan berada di sini dan akan menggunakan segala peralatan disediakan untuk mewarna karektor kartun yang telah dicetak oleh pihak penganjur.

Anak-anak juga boleh bermain dengan kinetic sand di sini. Caj yang dikenakan adalah RM15 per pax. Terdapat juga kereta mainan yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak (remote control) disini. Memang terdapat banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan disini sebenarnya.

Kids Fair di DC Mall dianjurkan oleh Scoops Mediacom sememangnya banyak aktiviti menarik yang boleh disertai oleh kanak-kanak. Sekurang-kurangnya masa minggu mereka yang terluang dapat dimanfaatkan dengan melakukan  perkara-perkara yang berfaedah.

Pelbagai aktiviti Menarik di Kids Fair di DC Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 29, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Best kn kids fair dkt DC Mall ni. Next time nak dtg lagi 😉

    ReplyDelete
  2. memang best sampai anak-anak tak nak balik

    ReplyDelete
  3. wah best dan nampak enjoy je kids yang dapat join kids fair..ciktom yg mak budak ni pun teringin nak blaja main ukelele..hehe

    ReplyDelete
  4. wah nampak best lah Kids Fair ni! mesti budak-budak seronok join pelbagai aktiviti yang ada tu kan. Nampak menarik semuanya! 😁

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat jumpa Mr Bean! Banyaknya aktiviti untuk anak-anak , mesti seronok kan!

    ReplyDelete
  6. Serious best aktiviti macam ni tau! Anak-anak sukalah ya dapat jumpa Mr Bean hehe. Aktiviti macam ni yg bagusnya ada pengisian belajar sambil main, jadi budak rasa seronok dan tak bosan. Dapat skill baru dan pengalaman baru juga, awesome!

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya dapat jumpa mr bean
    Aktiviti dia pun banyak yang best bebudak memang suka la buat aktiviti macam ni
    Otak pun berkembang dan dapat jumpa ramai kawan

    ReplyDelete
  8. Elok galakkan anak2 kita buat bmacam-macam aktiviti, kak dulu masa anak2 masih bersekolah selalu bwk masuk pelbagai contes bla musim cuti sekolah

    ReplyDelete
  9. Banyak ek aktivifi menarik untuk budak2..kalo zahra n fateh sure nak duduk main sampai abes semua aktiviti..huhu

    ReplyDelete
  10. Mr Bean tu hari-hari ada kat sini ker hehehee nampak menarik tempat ni best juga tapi kita dah dewasa tak sesuai budak-budak boleh lah...

    ReplyDelete
  11. Interesting activities there and for sure the children are all happy and excited. Love to hear those children laughter... Lolx

    ReplyDelete
  12. Aww. bestnya aktiviti macam ni. Kalau saya pun nak juga buat. haha

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ada program macam ni especially pada musim cuti sekolah. Dapat mengisi masa lapang dan dapat belajar ilmu baru. Dapat pulak jumpa dengan Mr Bean lagi budak-budak suka

    ReplyDelete
  14. Itu betul-betul mr bean ke? Wahhh seronok lah..selalu tengok kat tv je.. ukelele tu pon best lah anak-anak boleh belajar..lain dari yang lain aktiviti kat sini

    ReplyDelete
  15. Wah banyak aktiviti menarik di kids fair ni kak. Aklau bawa anak anaknsaya mesti diorang teruja dan seronok juga. Nak nak bermain kinetic sand tu.mau berjam jam dorang duk situ saja

    ReplyDelete
  16. Kak DC mall ni kat belah mana? Saya duk Bandar Sri Damansara tak tau pun wujud mall ni. Saya selalu pi Ativo je. Hahaha. Nanti share location kat whatsapp. Nak tengok-tengok.

    ReplyDelete
  17. teruja lah anak-anak dapat ke kids fair. bebudak kan mmg suka datang sini. tak pernah pulak tau ada kids fair mungkin tak khwin lagi hehehehhehehehhe . ehh gitoh

    ReplyDelete
  18. Awat si 'clown' tue macam ku kenal je... mungkin pelanduk dua serupa kot hahahah Tapi part Mr Bean tue... jauh pangang dari api hahaha xsama hahaha

    ReplyDelete
  19. Jadi kanak kanak memang best! Main, makan and tidur aje... yang jadi mak more work but puas sebab tengak anak anak happy kita pun happy kan. DC Mall has got many family activities.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.