‘PENCARIAN BAKAT “BE A STAR” DI KIDZANIA KUALA LUMPUR’


Kaiiii!!! Tidak nafikan zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang menjadi diri sendiri dan dapat menyerlahkan potensi masing-masing. Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan harus diberi peluang untuk menonjolkan hak dan bakat masing-masing. Bermula Mac 2018 ini, ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ bakal berlangsung dari 17 Mac hingga 8 April 2018 bagi meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi.

Untuk pengetahuan semua hak kanak-kanak disokong sepenuhnya oleh para RightZKeepers dari KidZania Kuala Lumpur iaitu Urbano (Hak untuk Belajar); Beebop (Hak untuk Mencipta); Chika (Hak untuk Berkongsi); Vita (Hak untuk Beramal); dan Bache (Hak untuk Bermain).

“Seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak. Menerusi program ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan-pendekatan menarik yang membolehkan mereka mencipta, bermain, menambah pengetahuan, membuat kebajikan dan berkongsi! Selain itu, seni juga adalah cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan banyak membantu mereka dewasa kelak. Ini bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘Learn Life Today’.”
Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.


Antara aktiviti-Aktiviti ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpuradalah seperti:

● Hak untuk Belajar dan Mencipta: Sesi Pengajaran The YouTuber akan mengajar mereka cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul, dan penghasilan isi kandungan menarik tentang hak-hak kanak-kanak.


● Hak untuk Beramal dan Berkongsi: Bengkel Lakonan & Uji Bakat akan memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain.


● Hak untuk Bermain dan Mencipta: Aktiviti lain yang mempromosi hak-hak ini termasuklah Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Penggambaran Jenama, dan Kelas DJ.



Lights, Camera, Action!
Setelah mempelajari pelbagai kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai Pertandingan Pencarian Bakat ‘Be a Star’. Mereka hanya perlu menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my atau sertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018! Dua puluh peserta akhir akan bertanding dalam Pusingan Akhir pada 7 April 2018 di hadapan para juri dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai, tiket dan banyak lagi!


‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ dengan bangganya disokong oleh Canon, Fly FM, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment, dan MYBeat Drum Circles

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari pukul 9 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Ahad.

Zi-Uuu

‘PENCARIAN BAKAT “BE A STAR” DI KIDZANIA KUALA LUMPUR’ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 08, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. This will be a great experience for kids, let me them learn how to show their talents, wish I was there to join the activity as well. I would have enjoy it.

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya kalau anak-anak dapt ikut serta..

    ReplyDelete
  3. Bestnya memang sesuai untuk anak-anak developed social skill and hobby macam tu. Pengalaman pun dapat

    ReplyDelete
  4. It’s a great experience for children’s! They can perform and showcase their talent. It will be a awesome memory for them to keep when they grow up.

    ReplyDelete
  5. tempat nie memang bagus untuk kanak-kanak. yelah, zaman sekarang nie semua asyik dok mengadap telefon pintar. Bila adanya tempat ini, ia boleh meransang tumbesaran dan sel-sel otak mereka. nak bawa anak sedara ke sinilah nanti.

    ReplyDelete
  6. wah menariknya program macam ni, bagus untuk kanak2 explore bakat, kelebihan, dan keupayaan diri mereka! I bet pelbagai ilmu yang bagus2 dan bermanfaat pon mereka akan dapat if join kan. Nanti cuti sekolah next week boleh try bawak anak2 ke Kidzania lah hehe.

    ReplyDelete
  7. Semakin banyak pulak program macam ni untuk budak-budak. Bagus juga, boleh tingkatkan keyakinan deorang.

    ReplyDelete
  8. Menarik program ni. Boleh galakkan anak mengekspresi diri selain meningkatkan keyakinan diri diorang. Public speaking kan salah satu kualiti yang perlu ada dalam bidang kerjaya

    ReplyDelete
  9. Bestnya program mcm ni.. mmg satu pendedahan yg bagus utk pengalaman dan pengetahuan yg baik buat anak-anak dan ibu bapa juga. Secara tak langsung program2 mcm ni meningkatkan lagi keyakinan serta folus mereka dlm pembelajaran dan juga kehidupan. Program yg menarik dan patut kita semua sokong sepenuhnya.

    ReplyDelete
  10. Untungnya budak2 zaman sekarang kan. Dah boleh join program menari di kidzania ni. Mana tahu boleh cungkit bakat terpendam kan.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  11. OMG! so so best event like this. I have been to Kidzania once and really like everything inside. Its a good learning and experiencing center for the children.

    ReplyDelete
  12. Great experience for the kids to expose in real world.

    Untung2 budak2 zaman sekarang...kecik2 dah boleh mak bapak cungkil bakat dah

    ReplyDelete
  13. Program mcm nih memang bagus untuk anak anak. Bolrh cungkil bakat terpendam.masing masing

    ReplyDelete
  14. rasa macam nak bawa anak I pergi join lah program ni mesti dapat kasi dia explore banyak benda dekat sini hehee nanti boleh dia jadikan ini pengalaman sampai dia besar nanti

    ReplyDelete
  15. these kids are going to be so influential ..there's no doubt about it..and this can definitely help to boost up their confidence!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.