Pra-Pelancaran MAHA 2018 | Segalanya Wanita

Ekspo Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) edisi terbaru MAHA bakal diadakan pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 di MAEPS Serdang Selangor.  Sepertimana yang kita ketahui MAHA merupakan platform terbaik untuk memperkasakan usahawan terutama yang terlibat dalam industri agromakanan negara.

Acara yang dianjurkan 2 tahun sekali ini oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ini tetap mengekalkan tema "MAKANAN KITA, MASA DEPAN KITA". Namun kelainan untuk tahun ini MAHA 2018 telah mengangkat peranan wanita sebagai usahawan wanita yang berjaya dan mampu pergi jauh dalam industri agromakanan.

Dengan slogan "SEGALANYA WANITA", MOA telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama memberi sokongan penuh YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah melancarkan Tahun Memperkasa Wanita baru-baru ini.

MAHA 2018 telah mensasarkan sebanyak 50 peratus penglibatan usahawan adalah dari golongan wanita dan juga pada masa yang sama menonjolkan beberapa ikon usahawan wanita yang boleh dijadikan isnpirasi masyarakat. Selain itu, bersempena dengan #SEGALANYAWANITA juga, akan diadakan aktiviti, pameran  dan jualan produk yang berkaitan dengan setiap dimensi kehidupan wanita  di Dewan A MAEPS Serdang yang dikatakan berkeluasan 40,000 kaki persegi.

Ingin saya kongsikan secara ringkas intipati ucapan dari Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek (Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) bagaimana beliau memandang tinggi peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat hari ini. Menurut beliau mengangkat martabat wanita adalah satu solidariti yang perlu kita perjuangkan hari ini. Apa yang menarik Dato' Sri ada berkongsi kisah tentang bagaimana wanita (khasnya orang Kedah) yang memang suka "menggulai". Ini membawa maksud wanita yang akan menyediakan masakan gulai untuk keluarga mereka. Kalau orang lama dulu, proses menggulai mengambil banyak langkah dan kaedah tertentu. Dari proses memotong, mengupas, memarut kelapa, memerah santan, menumis dan sehinggalah ianya menjadi gulai yang sedap. Ianya memerlukan wanita itu melalui pelbagai proses yang luar biasa. Tidak hairanlah kalau wanita itu sanggup melupakan penat mereka setelah penat menggulai bahkan aktivti diteruskan dengan menyuap makan setiap satu mulut anak-anaknya. Betapa besarnya pengorbanan dan kesungguhan wanita dalam kehidupan keluarga. Nah! Hari ini wanita bukan hanya menggulai masakan di dapur, bahkan sama-sama membanting tulang membantu suami untuk menjadi rezeki lebih. Ada yang sangat hebat, dimana kaum wanita ini mula berjinak dalam bidang usahawan yang melibatkan agromakanan.


Di majlis pelancaran ini turut diperkenalkan 3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek). Menerusi perkongsian ini sebenarnya mengajar betapa wanita itu mampu bangkit dan berani mengharungi segala cabaran. Ini terutamanya mereka mendapat sokongan daripada keluarga yang terdekat seperti suami. Biarpun wanita itu sudah terlibat dalam bidang usahawan mereka tidak boleh lupa peranan dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga.

Untuk MAHA 2018, MOA telah menetapkan sasaran jualan sebanyak RM300 juta dan lebih 3.5 juta pengunjung yang mana 30% adalah daripada penglibatan golongan belia. Sepertimana yang kita ketahui sepanjang ekspo MAHA akan dipenuhi dengan pengisian pelbagai aspek agromakanan seperti tanaman, ternakan, perladangan serta perikanan. Terdapat juga pameran dan aktiviti yang melibatkan  IT dan teknologi, agropelancongan, perdagangan, kulinari, pembiayaan dan banyak lagi.

Seperti biasa tarikan pengunjung ke MAHA adalah kerana terdapat banyak jualan bahan pertanian dan makanan seperti juadah popular dari seluruh negara, produk-produk dari industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayuran segar, anak pokok, pokok bunga serta ikan-ikan segar dan sebagainya. 


Dan sebenarnya MOA sudah merangka beberapa aktiviti di karnival bergerak bersempena dengan "Road to MAHA 2018". Antaranya di Lundu (24-25 Mac 2018), Teluk Intan (31 Mac- 1 April 2018) dan Kemaman (5-7 April 2018).

Oh ya! Ada berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka bboth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani.

Boleh hubungi:-

SEKRETARIAT MAHA 2018
012-2787936
maha.sales.team@gmail.com


Untuk rekod MAHA 2016 telah berlangsung dengan meriah dan sukses yang mana seramai 3.7 juta pengunjung telah hadirkan diri dan perjanjian jualan melebihi 400 juta berjaya diraih.

Untuk MAHA 2018, 13 pavilion negeri akan dibuka dimana ianya akan menampilkan identiti, kebudayaan, dan juadah negeri yang boleh dinikmati oleh pengunjung. Ini adalah sepertimana MAHA yang pernah berlangsung tahun-tahun sebelum ini, terdapat juga LAMAN khas untuk pertanian, perikanan, nenas, ternakan dan sebagainya. Sekaligus membolehkan pengunjung dapat mendekati dan mengenali produk-produk tempatan dari setiap laman, terutama menikmati pengalaman pertanian secara hands-on.

Setakat ini MAHA 2018 telah menarik 11 penaja dan rakan strategik, antaranya seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Agrobank, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Oblong Berger, Sime Darby Plantantion, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Nestle Malaysia, Jamu Mak Dara, Cervello Tres Sdn. Bhd. dan MEPL.

Saya dan #SegalanyaWanita menyokong penuh MAHA 2018!

#moa
#maha2018
#segalanyawanita
#roadtomaha2018
#ourfoodourfuture
Pra-Pelancaran MAHA 2018 | Segalanya Wanita Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. wahhh... tak sabarnya nak melawat MAHA2018 ni! mesti lebih gempak daripada edisi sebelum ni, kan! golongan wanita pun diraikan, mana tahu lepas ni lebih ramai usahawan agro daripada golongan wanita boleh dilahirkan. :D

    ReplyDelete
  2. MAHA antara lokasi tarikan pelancong untuk mengetahui pelbagai produk negara. Memang akan letihlah seharian berjalan di sana.

    ReplyDelete
  3. Masa i kerja dulu LKIM memang di bawah Kementerian Pertanian dan Induatri Asas Tani. Pernah je kena jaga booth LKIM kat MAHA. Kalau isteri2 nelayan ni ada persatuan sendiri. Namanya Kunita. Dulu lah. Maybe sekarang dah tukar nama....hehe...

    ReplyDelete
  4. teringin nak join event MAHA ni...sebab tengok tahun lepas best giler..tapi ni baru jugak lepas habis pantang..memang jawabnya tak dapat pergi lagi tahun ni..huhu..

    ReplyDelete
  5. Dekat dah ni , leh cari n curi masa gi usha . bawa mak mesti dia suka sangat.

    ReplyDelete
  6. Seronok kalau dapat join niaga kt MAHA ni..dia punya pengunjung memang ramai..kena tanya bos ni nak tak join..hihi

    ReplyDelete
  7. wah tema dia segalanya wanita. menarik! Rose tak pernah pergi MAHA sebelum ni. untuk tahun 2018, nak pergilah :)

    ReplyDelete
  8. Amboi segalanya wanita. Kesian lelaki. Sebab yang membanting tulang kat ladang tu lelaki. Wanita jadi tukang jual. Hahaha. Takpe takpe. Nanti jumpa kat Teluk Intan. Nak beli banyak produk MAHA. Mesti murah dari harga pasaran. Hehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernah dapat kesempatan ke MAHA...tahun lepas pun tak pergi..alaaa..tahun ni buat kat tempat lain plak ke...jauhnya Teluk Intan...

    ReplyDelete
  10. waa macam gempak theme kali ni yea, terasa dihatgai sungguh as a women myself hehe. teringin jugak nak pergi MAHA ni nanti, insyaAllah ada rezeki sampai lagi hehe.

    ReplyDelete
  11. Setiap tahun ada MAHA tapi tak pernah berpwluang pergi. Talpi dengar kawan kawan cakap maha nih ramai pengunjungnya. Kalau saya faklah nak beraesak kt tempat mcm tuh

    ReplyDelete
  12. Bestnya MAHA ni kalau kesempatan nak singgah. Sekarang martabat wanita diangkat tinggu dan tidak lagi dipandang rendah. Peranan wanita juga penting dalam membangunkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  13. Alamak macam best je MAHA tahun nie. Siap ada persembahan kebudayaan dan juga menu2 dari seluruh negeri. Nie yg buat diri ini nak ke sana nie. Jom !

    ReplyDelete
  14. Bestnya aktiviti dekat MaHa. Happening gila. Mesti byk usahawan yang join ni. Bila Maha nak.buat di pulau pinang pula ye?

    ReplyDelete
  15. bestnya kalau dapat join event macam ni banyak yang kita boleh ambil tahu

    ReplyDelete
  16. Siap ada pra pelancaran MAHA 2018 tu. Tak penah pergi MAHA. Teringin nak pergi tapi tak menahan dengan orang yang ramai tu. Tapi tahun ni macam menarik jer.

    ReplyDelete
  17. Pelancaran yang sungguh menarik..

    Tak sabar nak tengok MAHA ni....

    Tak pernah pergi.. boleh pergi experience sikit...

    ReplyDelete
  18. Meriahnya event Pra Pelancaran MAHA 2018 ni. Menarik tema dan tagline MAHA 2018 ni, teruja nak join event camni

    ReplyDelete
  19. I hope that all the women that are attending the event will be able to benefit alot from it. and hopefully it will help them to become entrepreneurs that are credible.

    ReplyDelete
  20. Memang tak sabar lah nak pergi MAHA 2018 tahun ini! The heat is on from now and the road to MAHA 2018 starts from now...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.