Sesi Mama Penyayang Bersama Dugro ~~~~~
Berpeluang untuk menambah ilmu tentang dunia keibubapaan memang tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi ianya berkaitan dengan penyediaan makanan bernutrisi khas buat anak-anak yang sedang membesar.
Sesi Mama Penyayang Bersama Dugro dibawakan khas oleh Dumex Dugro Malaysia, bengkel masakan serta diskusi bersama panel-panel yang sememangnya arif dalam bidang nutrisi, Chef Lin (seorang chef selebriti yang sudah mempunyai buku masakannya sendiri dan kini bertugas di MSU) dan mama selebriti yang cukup terkenal di Malaysiai iaitu Yana Samsudin dan Diana Amir.
Mereka yang hadir ke bengkel adalah ibu-ibu penyayang yang sentiasa mengambil berat tentang pemakanan anak-anak mereka yang tersayang (chewahhh!). Seawal 10 pagi, saya serta rakan-rakan lain telah berkumpul di The Cooking House Bangsar dan masing-masing tidak sabar untuk belajar resepi hebat dari Chef Lin.
Penerangan ringkas tentang resepi yang bakal dipelajari oleh Chef Lin. Selain daripada beberapa tips penyediaan makanan berkhasiat, enak dan mudah. Ini terutamanya bagi anak-anak yang 'picky eater' sentiasa memilih makanan terutama yang melibatkan sayuran.
Oh ya! Kami juga diberikan dengan buku edisi khas iaitu Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro! Terdapat 6 resepi istimewa yang sememangnya mudah sahaja untuk disediakan. Paling penting rasanya enak dan pasti memikat selera anak-anak.
Antara sajian hidangan dalam buku resepi adalah seperti:-
Bubur Ikan Riang Ria
Burger Ayam Sayangku
Quiche Ayam & Cendawan Enak
Nasi Goreng Meriah
Pasta Si Manja
Inilah ahli kumpulan saya yang akan sama-sama bersatu padu menyiapkan 2 masakan menggunakan produk Dumex Dugro. Masing-masing memang dah teruja untuk memasak mengikut arahan resepi yang telah disediakan daripada pihak penganjur :-)
Masak dengan penuh kasih sayang katanya...heheheheh
Pastri yang diletakkan kemas dalam acuan dibuat secara bergotong- royong sesama ahli kumpulan.
Paling penting letakkan bancuhan susu Dugro bersama telur yang di pukul didalam acuan yang sudah dengan isi hasil gorengan tadi.
Resepi kedua yang disediakan adalah kebab ikan comel. Bahan yang digukan ikan dory (didadu), tomato ceri (dibelah dua), barakolu (di celur dan dipotong ), kicap manis, sos plum dan minyak jagung (sedikit). Gaul senua, untuk perasa boleh letak agak-agak mengikut sukatan.
Bakar di atas kuali dengan api yang sederhana.
Untuk sos, kami gunakan susu Dugro (3 sudu besar), 2 sudu besar air suam, 2 sudu thousand island dan garam secukup rasa. Sos dimakan bersama kebab yang telah siap dibakar.
Usai memasak, kami semua berkumpul semula dan sesi interaktif bersama mama selebriti dan pihak careline Dumex Dugro telah diadakan. Pelbagai tips dan idea telah dikongsi dalam sesi ini antaranya seperti untuk ibu yang membawa anaknya keluar berjalan keluar dari rumah adalah tidak digalakkkan meletakkan susu di dalam bekas kecil. Biarpun ianya dikatakan memudahkan ibu namun ianya tidak menjamin dari segi kebersihan (semasa proses penukaran). Adalah dicadangkan membawa pek-pek susu tersebut dalam bekas asalnya (bawa yang didatangkan dalam bekas/pek kecil). Dan paling penting kita pastikan anak-anak kenyang sebelum keluar rumah.
Anak-anak yang cukup lengkap pemakanannya sebenarnya tidak memerlukan suplemen khas untuk menambah imunisasi badan. Ini kerana pemakanan sihat dan berkhasiat sudah cukup membantu tumbesaran anak-anak. Menjadi ibu yang kreatif dan memahami anak sangat membantu mengalakkan perkembangan pembesaran anak agar lebih ceria dan sihat.
Hasil masakan saya dan ahli kumpulan menggunakan Dumex Dugro. Memang terbaik.
Sesi Mama Penyayang Bersama Dugro memberikan saya banyak pengalaman baru terutama dalam menjadikan saya ibu yang lebih kreatif dalam penyediaan makanan harian buat anak. Paling seronok saya dapat mengenali ramai rakan ibu yang lain (pelbagai latarbelakang dan usia) dan dapat pelbagai tips serta informasi menarik dalam dunia keibubapaan yang sedia mencabar hari ini.
Jika ibu ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi Dugro Careline 1800 38 1038 yang dibuka servis pertanyaan 24 jam setiap hari. Ini merupakan inisiatif Dugro yang sentiasa mengambil berat dan memberi sokongan sepenuhnya ibu-ibu di Malaysia (dari ibu ke ibu).
Terima kasih Nuffnang dan Dumex Dugro di atas jemputan :-)
**Buat ibu-ibu jangan lupa dapatkan Dumex Dugro di pasaran hari ini tau. Ini kerana terdapat promosi pembelian 2 pek susu Dumex Dugro 900 gram pelbagai perisa, dengan hadiah 2-in-1 Playmat + Storage Bag. Menarik tentang hadiah ini ianya mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh jadikan bahan untuk beraktiviti , antaranya seperti sesi bercerita secara interaktif bersama anak-anak.
Sesi Mama Penyayang Bersama Dugro ~~~~~
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 25, 2018
Rating:
workshop dugro ni memang best dan perkongsian yang sangat bagus untuk semua
ReplyDeleteWah masakan untuk kanak-kanak susu Dugro menarik lah sekaligus dapat tarik kanak-kanak untuk makan kan. Bagusnya program macam ni untuk parenting blogger.
ReplyDeletesedapnya menu masakan tu. boleh cuba masak kat rumah pulak lepas ni. nice sharing kak ayu
ReplyDeletesedapnya tengok menu dia menarik betul.kalau bebudak tengok mesti berminat nak makan jugak
ReplyDeletesyok dpt masak2 tu...mcm2 menu utk si manja mama...lps tu masak sama2 mama gojes belaka
ReplyDeleteBanyak hidangan yang boleh di masak dengan menggunakan susu Dugro.. menu-menu ni dapat menarik selera anak-anak. Wahh sedapnya.. seronoklah masak-masak macam ni.. balik rumah boleh masak dengan anak-anak kan :)
ReplyDeleteMenarik sangat ni. Mana nak dapat ya menu masakan dugro tu? Bestnya kalau dapat masak best2 macam ni untuk anak2.
ReplyDeleteAla bestnya yaya suka sangat event macam ni tapi tak berkesempatan nak pergi lagi hopefully boleh join jumpa mommy gorgeous ni semua. Terliur tengok menu masakan tu. Bukan anak2 je suka mak mak pun suka ni haha
ReplyDeletemak yang kemaruk ratah susu anak lepas tu. Tapi memang tak sangka masakan jadi lebih sedap bila tambah dengan susu Dugro tu kan?
ReplyDelete