Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon
Berkesempatan menyertai acara Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon bersama anak-anak pasti tidak akan saya lepaskan. Dan ini adalah merupakan penyertaan kedua saya dalam acara yang sama pada tahun 2017 (jika tidak silap saya).
Program Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon ini akan bermula pada 17 sehingga 25 Mac 2018. Ianya bakal menjadi tarikan pengunjung terutama kanak-kanak memandangkan cuti sekolah seudahpun bermula.
“It’s really important for us to create activities in which families and friends can not only learn but bond together while getting up close and personal with animals. As we uphold our mission to provide not only a fun-filled time to all our guests, the very element that sets us apart besides the activities is the educational programme. It is a great way to educate guests to appreciate and nurture these living things, especially wildlife – and what better time than to start from the young? For that, we are very delighted to have the white tiger cubs as additions to the WildlifeEducational Programme”
Mr Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon
Selain itu kehadiran Sam dan Elsa anak harimau putih yang barusia 4 bulan antara bakal mencuri perhatian pengunjung taman tema Sunway Lagoon. Paling menarik pengunjung juga boleh melihat secara dekat anak harimau putih pada musim cuti sekolah di Tigerland Sunway Lagoon, pada 3 slot masa yang ditetapkan iaitu 10.30 pagi, 12.30 malam dan 4:30 petang.
Untuk menyertai Walk & Hunt 2018 ini, pengunjung perlulah mendaftarkan diri di Tigerland pada jam 1:00pm dan Wildlife Theatre pada jam 3:30pm (bergantung kepada siapa cepat dia dapat) untuk mendapatkan Kit Scavenger Hunt Kit yang mana mengandungi buku aktiviti, peta dalam bentuk poskad , hand sanitizer, coklat Cadbury 5 Star dan juga kupon penebusan kupon tiket Sunway
Lagoon.
Walk & Hunt 2018 memerlukan kita melakukan beberapa tugasan dengan mengambil gambar spesis-spesis yang dinyatakan di kawasan Wildlife Park. Selain itu terdapat juga teka-teki yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan barangan misteri yang telah disorokkan di kawasan tertentu,
Di Wildlife Park menempatkan kira-kira 150 spesis haiwan ada yang liar dan ada juga yang jinak. Kita boleh menerokai dunia haiwan di sini, sambil mencari haiwan yang perlu diambil gambarnya menerusi klu yang diberikan.
Kita juga boleh menyaksikan persembahan haiwan jinak yang bijak di Wildlife Theatre's Wildlife Multi-Animal Show. Pelbagai gelagat yang lucu serta mencuit hati menerusi persembahan dari burung kakak tua, tikus dan banyak lagi. Memang kita akan benar-benar terhibur menontonnya disini!
Bagi anak saya ini merupakan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Ini kerana mereka boleh mendekati haiwan jinak ini secara dekat dengan menyentuh, memberi makan dan banyak lagi. Sekaligus dapat mendidik diri mereka untuk lebih prihatin dan menanamkan sikap penyayang terutama kepada haiwan yang jinak.
Usai sahaja acara walk & Gubt 2018, kami terus ke acara seterusnya iaitu mandi manda! Memang Sunway Lagoon antara lokasi terbaik bagi kategori taman tema air. Pelbafai jenis luncur air (slide) ada di sini.
Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 13, 2018
Rating:
No comments:
Sharing is caring...