Yogurt Fernleaf Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga

Jika ditanya kepada saya mengapa memilih Yogurt Fernleaf? Saya ada banyak jawapan yang pasti kenapa saya dan keluarga begitu menyukainya. Antara sebab utamanya tentulah jenama produk itu sendiri iaitu Fernleaf keluaran Fonterra. Ianya memang disahkan HALAL dan cukup terkenal dikalangan penduduk Asia terutama Malaysia.

Selain itu jenama Fernleaf sudah cukup terkenal dengan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia yang mampu menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini antara faktor mengapa kami sekeluarga begitu menyukainya.  Paling utama yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan
yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.

Antara perisa yang menjadi feveret saya dan keluarga adalah mangga, strawberi, naturel dan juga campuran buah beri.

Menikmati yogurt Fernleaf ini juga dapat memberi kekenyangan agak lama. Dan sebagai ibu saya juga suka menyediakan pelbagai resepi kreatif menggunakan yogurt Fernleaf. Antaranya seperti smoothies, campuran dalam oats ataupun sebagai sos yang dinikmati bersama daun saderi ataupun biskut tawar.

Saiz yogurt Fernleaf adalah 110g dan dijual pada harga RM1.50 setiap satu. Dan boleh didapati di semua pasaraya di Malaysia.

Jom nikmati yogurt Fernleaf untuk lebih kebaikan!

Yogurt Fernleaf Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 21, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.