3H2M Percutian Best di Equatorial Hotel Melaka

Bercuti di Melaka bersama keluarga adalah antara impian yang saya inginkan untuk tahun 2018. Siapa sangka biarpun dihambat dengan kesibukan masa, akhirnya perancangan saat akhir membawa saya dan keluarga bercuti di Melaka Lebih istimewa kami telah menginap di Hotel Equatorial yang cukup terkenal di Bandar Bersejarah ini.

Kami menginap di bilik Premier yang betul-betul berhadapan dengan bandar Melaka. Dengan adanya cermin tingkap di ruang balkoni yang diletakkan sofa membuatkan kami lebih teruja untuk bersantai di sudut tersebut sambil menghayati kecantikan bandar ini terutama dengan kehadiran lampu yang menerangi samada di waktu malam mahupun di awal pagi.

Ini adalah suasana di waktu senja. Cantikkan :-)

Ini pula adalah ketika waktu subuh. Suasana yang tenang memang cukup mendamaikan.

2 katil agak besar juga saiznya. Boleh memuatkan 4 orang dewasa (untuk tidur lebih selesa).

Si kecik ni memang tidur lena di sini ya :-)

Keperluan asas untuk setiap bilik penginapan seperti telefon, lampu meja, meja tepi, peti ais, peti besi dan banyak lagi semuanya disediakan. Saya juga sangat suka menginap di bilik hotel yang dilengkapi sepenuhnya ruang dengan karpet. Ini menggandakan lagi keselesaan ketika saya menginap di sini.

Begitu juga barangan mandian seperti sabun, syampu, berus gigi dan pelbagai lagi disediakan untuk memberi keselesaan pengguna. Ini termasuklah sekali tuala mandian dan tuala muka. Di dalam bilik air turut disediakan tab mandi dan air pancuran dari atas. Seperti tipikal masyarakat Malaysia yang lain, saya memang sukakan tandas yang menyediakan sekali hos bagi memudahkan urusan pembersihan.


Sterika dan tempat untuk sterika baju juga disediakan dalam setiap bilik. Kita tidak perlu berkongsi dengan tetamu hotel yang lain. Ianya memang esklusif untuk kegunaan tetamu didalam bilik itu sendiri.

Jubah mandi dan sejadah pun ada ya. Jadi jangan khuatir di setiap bilik juga telah diberi petunjuk arah kiblat. Jadi tetamu muslim tidak ada masalah untuk menunaikan solat didalam bilik yang mereka menginap.

Antara aktiviti yang seronok apabila berada didalam bilik ialah "menonton filem" yang disediakan oleh pihak hotel. Memang banyak gila, filem yang agak baru, popular yang telah disusun dengan kemas mengikut kategori filem itu sendiri.

Antara seleksi filem yang ditawarkan seperti "horror", "action", "comedy", "kids" dan banyak lagi. Selain itu pihak hotel menyediakan pelbagai pilihan menu yang boleh kita order dari bilik, khusus untuk menonton filem yang dipilih. Contohnya seperti popcorn, set burger dan banyak lagi.




Di tingkat 4, terletaknya kolam mandi dan gelanggang tenis. Di hotel ini juga menyediakan sewa alatan tenis yang mana caj yang dikenakan untuk hari biasa adalah RM15 manakala hujung minggu adalah RM20.

Uniknya kolam renang di sini telah disediakan khas untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga wanita. Jarang kita jumpa kolam mandi khas untuk wanita tetapi di Hotel Equatorial Melaka ada disediakan kolam mandi untuk wanita untuk memberikan mereka lebih privasi dan keselesaan.

Untuk kemudahan jakuzi, sauna dan steam, kita boleh dapatkannya di tingkat 3. Sememangnya kemudahan ini ditawarkan untuk lelaki dan perempuan di bilik  yang berasingan. Jadi tidak perlu risau jika hendak berjakuzi dengan lebih rasa selamat dan privasi.

Seriously berada didalam kolam jakuzi ini benar-benar dapat memberi saya ketenangan dan mengurangkan rasa stress dalam diri. Inilah antara saat 'me time' yang benar-benar saya perlukan (heheh).

Fasiliti didalam bilik jakuzi memang superb. Selain daripada tandasnya yang cukup bersih, segala perkakasan untuk berdandan turut disediakan.

Bilik mandi pun ada ya! Sekiranya selepas berendam didalam jakuzi, stimkan diri ataupun bersauna anda rasa kurang selesa (ingin mandi), jadi bolehlah anda membersihkan diri di sini.

Bilik steam..

Bilik sauna. Memang selesa berada didalam bilik ini. Berpeluh habis, heheheh.

Turut disediakan adalah kemudahan gymnasium untuk tetamu hotel. Setiap tetamu yang hendak menggunakan kemudahan ini perlulah memakai pakaian sukan dan kasut sukan yang bersesuaian.

Agak luas gimnasium ini, paling best terdapat banyak alatan senaman yang disediakan dan semuanya berkeadaan elok dan tersusun.

Dekorasi didalam hotel ini agak simple dan kemas. Banyak port yang menarik untuk berselfie sebenarnya :-)    

Pemandangan ruang lobi di tingkat bawah.

Sebab dalam lif ada cermin jadi beria kitaorang berwefie disini...

etc...Coffee Corner, kafe yang sentiasa menjadi pilihan untuk bersantai sambil menikmati secangkir kopi. Terdapat juga kek dan sandwich yang boleh dibeli di sini.

Model rumah Melaka yang menjadi tarikan tetamu yang terletak di hadapan pintu kafe yang biasanya dikunjungi tetamu untuk bersarapan pagi.

Bagi saya pilihan menu sarapan pagi agak bervariasi. Pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa ditawarkan di kafe ini. Antaranya seperti nasi lemak, mee goreng, roti, bubur, omelette, salad dan pelbagai lagi. Kepelbagaian hidangan ini adalah untuk memenuhi citarasa tetamu samada masyarakat tempatan sendiri mahupun antarabangsa.





Ini adalah antara sarapan yang paling digemari saya!

Bilik 1914 menjadi kenangan, setelah 2 malam menjadi tempat penginapan...

Meriahnya warisan di negeri Melaka bandar bersejarah,
Berpeluang menginap di Hotel Equatorial memang pengalaman indah!



Jom cuti-cuti Melaka...
3H2M Percutian Best di Equatorial Hotel Melaka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 27, 2018 Rating: 5

22 comments:

  1. Kalau pergi Melaka selalu lalu aje depan hotel nih. Tak pernah pun bermalam di sini sebab mak.mertua org melaka.hahaha. tapi kan kak saya tengok family akak bercuti di sini nampak seronok pula. Bilik besar.kolam pun besar.ada kolam nih memang anak anak sukalah.mandi lama lama pun tak apa. Makanan yang disediakan hotel pun nampak sedap.sekali sekala kena juga tidur hotel kan.

    ReplyDelete
  2. amvoi amboi amboiii. seronoknya cuti2
    layan jakuzi tu besnya ayu.. lama x berendam
    ni kolam depan umah pun lama x terjun sejak
    anak takde.. seronok cuti dgn family bawak
    anak2 lan.. lama x stay kat hotel ni since
    2010 rasanya.. mayb blh dtg for next cuti2

    ReplyDelete
  3. Oh.. dekat Melaka yea hotel Equatorial ni.. nampak lengkap dia punya fasiliti, TB suka gak tengok environment dan deco hotel ni.. tapi paling TB suka yang Jakuzi tu.. adoi.. bila baca tentang ketenangan yang sis katakan tu.. TB pun rasa macam syok je dengar.. Sukanya kalau kat rumah TB ada Jakuzi besar macam tu.. haha.. i likee.. Nanti kalau pi Melaka boleh lah ajak encik hubby menginap di hotel ni

    ReplyDelete
  4. Nina suka bercuti kat Melaka. Belum pernah stay kat Equatorial Melaka. Tertarik dengan facilities yg ada. Menarik laaa... Nak survey harga tuk cuti sekolah nanti laaa

    ReplyDelete
  5. Seronoknya Ayu dan family bercuti kat sini..macam- macam ada ha...besar bilik dia kan..boleh letak toto kat bawah jugak kalau x berapa muat nak lepak..SA x pernah lagi stay kat hotel Equatorial ni..nampak menarik macam- macam ada..paling bagus bila diasingkan kolam mandi wanita dan lelaki..so takde la segan kan..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya hotellll.nampak moden dan kemas sedap mata memandang.facilities pun nampak lengkap.dah lama tak tido hotel ni yang buat nak book satu ni

    ReplyDelete
  7. Alamak ada Jakuzi lah kat hotel ni hehehe tengok hotel macam hotel lama tapi bila tengok dalam cantik dan luas best lah kalau datang ker Melaka macam ni boleh bermalam kat sini kita nak try lah nanti..

    ReplyDelete
  8. Amboi bestnya bercuti luangkan masa dgn family mcm nie. Dapat menginap di hotel yang selesa pulak tu. Kemainn siap ada jacuzzi lagi. Swimming pool pon nampak luas and kids friendly. Seronoklah ! Teringin nak menginap di sini

    ReplyDelete
  9. tidur hotel memang best. Lagi kalau dapat pemandangan yang cantik..bestnya ada kerusi tu sambil tengok pemandangan..siap ada jakuzi lagi, tu yang menarik perhatian nad..hehee. bolehla list dalam pilihn hotel di melaka ni, sebab nad rancang nak bercuti di Melaka nanti

    ReplyDelete
  10. wow.. ada emudahan khas untuk mereka yg berhijab. siap ada hairdryer lagi. jarang nak jumpa ni

    ReplyDelete
  11. Ok next time nak stay sini pula. Suka dengan pemandangan dari tingkap bilik tu. Siap ada sofa selesa nak duduk sana utk nikmati view dari bilik. Bilik pun luas. Siap ada jakuzi. Tak sabar nak stay sini.

    ReplyDelete
  12. Bestnya tengok orang bercuti dapat duduk hotel cecantik and selesa cam ni. Sis pun kalau travel memang pentingkan keselesaan, walaupun duduk hotel kecik tapi selesa dan bersih tu sis tengok dulu.
    Lama dah tak ke Melaka ni..kalau ke Melaka and stay kat sana..nak cuba lah dok hotel ni

    ReplyDelete
  13. besar biliknya. mmg sesuai utk yg ada anak ramai..siap jakuzi lagi..bestla hotel dekat town sbb berjalan kaki je g mall kan..

    ReplyDelete
  14. Hahaha percutian mak mak memang gini. Cari hotel yang ada swimming pool, bilik selesa dan ada makan ikut masa sarapan, lunch, hi tea dan dinner pun dah seronok. Anak-anak pula memang suka bercuti yang tak serabut nak kena Jalan sana sini. Kita pun tak sakit kaki. Hahaha. Depan hotel ni banyak beca kan kak.

    ReplyDelete
  15. I've never paid attention to Equatorial Hotel in Melaka cause I'm always staying at the budget ones next time will save up and stay at this since I've got a family now I think the kids will enjoy the swimming pool.

    ReplyDelete
  16. Weee bestnya jakuzi tu...
    Ok.lepas ni kalau ke melaka boleh la try stay kt Eq ni...selalu xpernah pun rasa nkmstay kt sni kan.tengok review sis ni teruja pulka nak try kat sini

    ReplyDelete
  17. Cantik bilik hotel EQ di Melaka ni. Suka sangat ruangan tepi sebelah tingkap tu. Tak payah keluar nak layan view dah. Tengok dari dalam bilik je dah cukup. Hotel EQ selalu kemudahan lengkap dan pengunjung akan bagi feedback positif.

    ReplyDelete
  18. Wow, best giler hotel ni. Macam perfect je semua ada. Nak mandi private ada. Pemandangan cantik. Iron dalam bilik. Gym. Eh semua ada lah. Nestnye

    ReplyDelete
  19. Senangnya lihat si kecil lelap tidurnya di Equatorial Melaka. Fasilitas hitel juga kelihatan nyaman. Enjoy pastinya nginap di hotel yang bagus ini. Reccomended buat teman teman yang akan berkunjung ke Melaka

    ReplyDelete
  20. Hotel Equatorial Melaka ni antara hotel feveret kami. dah beberapa kali menginap di sini. Anak-anak suka giler dengan swimming pool kat sini. Sentiasa meriah setiap hujungg minggu..

    ReplyDelete
  21. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat melaka ni...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.