5 Sebab Kenapa Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Untuk Tahun 2018 Pilihan Terbaik
Untuk kali ketiga saya datang ke Bangi Golf Resort atas undangan untuk menikmati sendiri hidangan juadah berbuka puasa yang bakal ditawarkan di Buffet Ramadhan untuk tahun 2018. Untuk kali ini saya ringkaskan 5 sebab kenapa Berbuka Puasa di BGR ini adalah antara pilihan yang terbaik.
1. Sebanyak 200 dan Lebih Seleksi Makanan Yang Ditawarkan
Terdapat banyak pilihan menu yang ditawarkan daripada hidangan selera melayu tradisi sehinggalah yang moden boleh kita mencubanya di sini. Selain itu beberapa gerai juga dibuka bagi menawarkan hidangan panas-panas yang dimasak secara 'live' untuk semua tetamu yang hadir di sini.
Antara hidangan melayu tradisi yang ditawarkan seperti Nasi Kerabu, Nasi Ayam Hainan dan Laksa Sarawak . Saya juga difahamkan kebanyakan sayur-sayur yang dimasuk dalam hidangan adalah hasil tanaman sendiri dari pihak BGR Restoran di “Kebun dalam Bandar” . Kebun ini terletak berhampiran dengan b Bangi Golf Resort. Jadi sayuran seperti ulaman nasi kerabu sememangnya 'segar' dari kebun.
Tidak dilupakan sate ayam dan daging, kuey teow goreng dan mee goreng mamak ada ditawarkan. Ini memang dibakar dan dimasak panas-panas di gerai yang disediakan. Bagi peminat masakan barat, bolehlah mencuba Sous Vide Eggs (antara signature hidangan dari BGR) dengan Cendawan Espuma, Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara.
Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta pudding, agar-agar dan buah-buahan antara menu pencuci mulut yang menjadi pilihan. Kesimpulannya kalau korang teringin hendak menikmati Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse, ahaaah silalah datang ke BGR menikmati sendiri buffet ramadhan di sini.
2. Terdapat juga DURIAN yang ditawarkan!
Untuk mereka peminat durian, boleh juga menikmati durian segar dari ladang. Pengunjung boleh membuat tempahan durian dari pihak BGR :-)
Saya sempat melihat sendiri kebun di BGR yang sedang diusahakan. Menariknya pokok durian antara tanaman yang ditanam di kawasan kebun tersebut.
3. Kambing bakar dan sup kambing daebak in da house!
4. Menyediakan Kemudahan/Fasiliti Yang Terbaik
Disini disediakan tandas (agak banyak), ruang solat yang cukup selesa dan terdapat juga tempat letak parkir yang agak banyak serta betul-betul bersebelahan dengan tempat berbuka puasa. Jadi sekiranya kita membawa emak atau ayah yang sudah berusia kita tidak perlu perlu risau mahupun anak kecil sebabnya untuk ke tempat makan kita tidak perlu berjalan terlalu jauh dari tempat meletak kenderaan.
5. Harga Yang Ditawarkan Cukup Berbaloi
Dewasa : RM59.00 nett
Kanak-kanak : RM29.50 nett
Untuk Penempahan, boleh hubungi :
Dial : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial
5 Sebab Kenapa Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Untuk Tahun 2018 Pilihan Terbaik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 20, 2018
Rating:
Pilihan banyak kat BGR ni kan...every year SA memang tak lepaskan peluang
ReplyDeleteBGR memang terbaik. Lebih 200 juadah dengan harga serendah RM59. Wajib try sous vide eggs tu sebab takde dekat tempat lain. Kambing pun sama. Terbaik.
ReplyDeleteBestnya baca review makanan macam ni lagi2 tengok banyak gambar ramadhan terliur betul
ReplyDelete200 choices to choose from? This must be one of the biggest spread I've seen, the food looks delicious, this will be a great place for your family and friends to enjoy their Ramadan meal.
ReplyDeleteWahhhhh...harga dia memang berbaloi yang amat sangatkan kak. Taoi tula. Yg sedihnya..nuh kat Bangi .. jauh nauuu.. huwarrr
ReplyDeleteEmm sedapnya. Tertarik dengan nasi kerabu tu. Eh roti jala tu best. Kalau bulan puasa, mesti Ros cari roti jala. Pembuka selera! Kalau dekat, memang Ros akan booking juga untuk berbuka puasa di sini. Harganya amat berbaloi. Ada sesetengah tempat mahal sangat.
ReplyDeleteBGR buffet ni setiap tahun penuh meriah dengan blogger2 yg review makanan dia sana..menu Sous Vide Eggs tu sama cam 'telur rebus' yg ada sebelum sebelum ni ke? Tak pernah lagi berbuka puasa di BGR ni..
ReplyDeleteSetuju. Mmg terbaik menu2 yg ditawarkan oleh BGR untuk menu berbuka tahun nie. Tambah2 signature diah telur suis apa bnda ntah nama dia tu. Berbaloi dgn harga yg ditawarkan
ReplyDeletekalo ke BGR suka sgt la menu Sous Vide Eggs with mushroom sbb menu ni tkde kt tmpt lain...yummmyyy
ReplyDeleteFuhh pernah sampai ke sini sekali je rasanya tapi memang cukup berbaloi. Memang sedap dan pelbagai menu yang ada sampai rambang mata dibuatnya!
ReplyDeleteAmboi.... Really drooling to the max lah wei... For sure I wanna go here buka Puasa which my Muslim friends...
ReplyDeleteWah bestla nampak makanan kat sini.
ReplyDeleteBanyak pilihan dan nampak sedap.
Teringin nak turut sama rasai.
Harga pun not bad. Kena dtg ni
hotel dan restoran sekarang ni berlumba lumba promosi buffet ramadan diorang..
ReplyDeleteRM59 untuk satu kepala ni boleh dikatakan rate yang murah jugak.. bestnya kalau dapat berbuka puasa kat sini nanti.. pasti rambang mata nak makan apa dulu. hagaga. menu2 semua sedap2
ReplyDeleteomg..babe...by you mentioning in detail of all the deserts they are having...i am dying over here...the first one Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, already killed me inside...now i am having cravings for it..T.T
ReplyDeleteMasa ni saya makan nasi kerabu. Memang sedap dan terasa cukup semua bahannya. Tapi yang paling saya suka Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma. Memang terbaik rasanya. Bufet Ramdhan BGR nih pun kira murah jugakkan
ReplyDeleteKambing bakar memang fevered daripada dulu. Harga BGR ni pun berbaloi. Klu kelapangan boleh pergi lagi tahun ni.
ReplyDeleteSeronok nya tengok makanan banyak-banyak..kalau ada rezeki boleh berbuka di BGR ni. Yang best ada kambing golek tu
ReplyDeleteMy goodness the Sup Kambing looks so attractive and they serve different noodles also. I attract to their dessert also. Colorful and more variety. Ramadhan Buffet always attractive.
ReplyDelete