Balik Kampung Buffet Fiesta di Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka
Melaka Bandar Bersejarah sememangnya cukup terkenal dengan budaya dan hidangan tradisi. Seperti saya jika singgah di Melaka memang akan mencari hidangan tradisi terutama masakan selera kampung yang sentiasa menjadi pilihan hati.
Menyentuh mengenai 'Selera Kampung' , Hotel Equatorial Melaka ada menawarkan Balik Kampung Buffet Fiesta di sepanjang bulan ramadhan tahun 2018 ini. Yang menariknya sebanyak 200 seleksi hidangan tempatan dan barat ditawarkan dari hidangan berat, ringkas dan sehinggalah pencuci mulut. Semuanya sedap dan menyelerakan.
Buffet ramadhan ini akan diadakan di Restoran Seri Nyonya Peranakan Tingkat 3 Hotel Equatorial Melaka. Pertama kali melangkah ke sini, hati saya sudah mula tertarik dengan konsep dekorasi hiasan dalaman restoran yang sangat cantik.
Lihat sahaja kepada susun atur meja serta hiasannya yang mempertengahkan konsep hiasan dalaman rumah baba dan nyonya. Ini terutama warna-warna dan corak yang digunakan untuk menaikkan ciri-ciri klasiknya dekorasi yang dipertengahkan.
Terdapat 2 jenis pilihan tempat duduk untuk menikmati hidangan. Iaitu samada meja makan bersama kerusi ataupun anda boleh memilih gaya duduk dengan cara lebih santai iaitu meja jepun. Bagi saya yang mempunyai anak kecil tentunya meja jepun menjadi pilihan. Ini bagi memudahkan saya untuk memantau dan menyuapkan anak makan. Lebih terurus rasanya, hiks.
Dan kalau korang sendiri suka menikmati hidangan dengan cara yang lebih santai boleh juga memilih untuk menikmati hidangan di meja jepun. Namun bilangan ianya agak terhad ya!
Pemandangan yang cukup indah dengan susunan kemas dekorasi di dalam Restoran Seri Nyonya Peranakan :-)
Antara lagu yang menjadi feveret saya :-)
Semestinya jika diberi pilihan menikmati hidangan buffet, ianya terlalu banyak untuk dirasa. Istimewa di Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka hidangan hebat seperti "Bukhara Lamb Carcass" antara yang menjadi tumpuan.
Apatah lagi ianya dinikmati bersama Nasi Tomato Berempah, sos lada hitam dan sos pudina. Untuk pengetahuan semua, hidangan yang cukup popular (setiap hari mendapat permintaan) di hotel ini adalah nasi ayam yang bakal juga disajikan sepanjang bulan ramadhan.
Ini adalah ketam masak cili padi yang dimasak menggunakan ketam yang cukup segar dan agak besar saiznya. Menikmatinya pula bersama dengan nasi putih panas kombinasi bersama Telur Masak Acar Rampai dan Kailan Ikan Masin. Memang terbaik!
Sate daging yang cukup lembut walaupun pejal isi dagingnya.
Sate ayam yang cukup segala rempah yang memikat jiwa.
Di sini juga terdapat pilihan mee dan laksa seperti mee bandung, laksa penang, laksa nyonya dan banyak lagi. Feveret saya tentulah Yong Tau Foo yang turut diberi pilihan untuk menikmati bersama sup ataupun sos kicap dan cili.
Di bulan ramadhan antara yang menjadi tarikan tentulah masakan panas seperti murtabak. Di gerai ini juga dihidangkan roti canai dan roti john. Boleh dinikmati bersama kuah sayur dal dan bawang jeruk merah.
Tauhu Bakar Sumbat bersama Sos - Saya paling suka sos dia agak unik dan sedap!
Salad Epal - Ni memang makan meratah macam tu jer. Rasa manis-manis buah memang umphhhh
Salad Daging Thai - Antara salad tersedap yang pernah saya cuba.
Di bahagian Nyonya Corner, terdapat hidangan sperti Pie Tie dan Popiah.
Pie Tie- kena makan dengan sos istimewa dia barulah terangkat!
Popiah - Padat isi didalamnya :-)
Roti lembut ini juga menjadi perhatian pengunjung untuk dinikmati bersama sup ekor panas-panas.
Untuk hidangan antarabangsa, anda bolehlah mencuba Ayam Shawarma- Roti pita yang didalamnya terdapat isi ayam, timun, mayonis, tomato dan sos cili.
Teringin hendak menikmati lemang biarpun belum sambutan Raya. Bolehlah mencubanya di sini. Terdapat lemang yang boleh dinikmati bersama serunding daging ataupun ayam.
Biasanya selepas saya menikmati hidangan berat, saya juga suka menikmati hidangan bergoreng (yang panas-panas) seperti goreng pisang dan keledek.
Untuk pencuci mulut terdapat banyak sangat pilihan yang ditawarkan. Selain daripada kek, jeli dan puding. Kuih tradisi melayu seperti Kuih Seri Muka, Apam Gula Hangus, Kuih Bakar, Kuih Nyonya, Kuih Cara, Kuih Kasui dan banyak lagi kita boleh dapatkan di sini.
Buahan-buahan tempatan turut dijamukan buat pengunjung buffet ramadhan di sini.
Disediakan juga minuman panas dan sejuk. Ada air mangga, oren, bandung dan jagung. Bagi mereka yang sukakan minuman panas bolehlan mencuba teh tarik ataupun kopi. Untuk lebih rasa santai, pengunjung juga boleh menikmati cendol dan ais batu campur (ABC) yang cukup istimewa di sini.
Sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan nama masakan dan juga gambar hidangan yang semuanya bagi saya sangat sedap dan menarik.
Jadi jangan risau jika anda ke sini untuk berbuka telah disediakan juga tempat untuk solat yang cukup selesa dan tandas bagi mereka yang memerlukan di saat kecemasan. Ini semua bagi memberikan keselesaan buat pengunjung/tetamu yang datang berbuka di sini samada secara sendiri, famili ataupun bersama rakan-rakan.
Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka
Level 3
6.30pm - 10.00pm
Bermula dari 17 May - 15 June 2018
Harga yang ditawarkan:-
RM90 nett (Dewasa), RM45 nett (Kanak-Kanak, 4 - 12 years)
Jika anda beli 10 voucher akan diberikan lagi 2 voucher tambahan (complimentary voucher) .
Untuk tempahan boleh hubungi (06) 282 8333, ext 3380 / 3331 atau klik pautan https://bit.ly/2otESUI
Balik Kampung Buffet Fiesta di Restoran Seri Nyonya Peranakan Hotel Equatorial Melaka
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 24, 2018
Rating:
Wah, banyaknya pilihan kuih!
ReplyDeleteMakanan tak kesah, kuih tu.... banyak sangat... Best!
Yang penting, menu dia pun lain-daripada yang lain...
=D
Sedap nampaknya menu-menu tu. Banyak pilihan pula tu. Susun atur meja pun menarik. Kalau ana pun pilih meja jepun.
ReplyDeleteBanyaknya pilihan. Tak tahu nak pilih yang mana you. Kalau nak berbuka puasa kat Melaka tu kemain jauh la dari tempat I. Orang melaka dan sekitarnya tau lah kat mana nak berbuka puasa nanti. Boleh consider hotel ni ye?.
ReplyDeleteYa allah..menduga iman betul yang ni Ayu oiii...seksi giler kambing tu ha..harga buffet kat sini murah la..banyak pilihan plak tu...rasa nak beli jer voucher berbuka kat sini..tapi tu la..bila plak kala nak pi Melaka...untung la orang melaka nanti
ReplyDeleteBanyak la pilihan kat restoran ni. Bagi yang meminati masakan kampung..boleh la datang ke sini. Terima kasih atas perkongsian. :)
ReplyDeleteBanyaknya makanan...seronok nanti buka puasa di hotel ni. Sekali sekala berbelanja lebih untuk berbuka puasa di hotel kan.
ReplyDeleteamboi sampai ke melaka haa! wah boleh la suggest klu sesiaap dtg melaka nnti. best tak hotel dia
ReplyDeleteTengok konsep hiasa pun dah menarik apatah lagi rasa makanan kat sini mesti sedap-sedap semuanya tengok tu menyelerakan kita nak buka puasa kat sana...
ReplyDeleteAlamak.. TB terliur tengok gambar-gambar ni terutamanya Bukhara Lamb Carcass, Satay dan ketam tu.. kegemaran TB semua tu.. hahha.. Memang nampak susun atur dan persembahannya lebih kepada Baba dan Nyonya punya dekorasi hiasan dalamannya..
ReplyDeleteTerliurnya tengok makanan dia semua nampak sedap.tak tau la nak pilih tempat berbuka ramadhan ni banyak sangat
ReplyDeleteNyum, dapnya tengok makanan kat situ tapi jauh la pulak kat MElaka. Tapi takpe, mana tau bulan puasa ni ada ke sana kan. Boleh la try berbuka puasa kat Hotel Equatorial Melaka ni
ReplyDeleteMenarik tu masakan nyonya selalunya buffet ramadan banyak manu ala kampung je. Paling x tahan tengok kambing terus terliur. Harga pun berpatutan dengan hidangan pelbagai menu.
ReplyDeleteBuffet ramadhan ada di mana mana ya? Malaysia bakal banjir makanan nih di bulan Ramadhan. Nak melancong lagi nih ke KieL
ReplyDeleteNyonya concept.. interesting and tak tahan lah seeing all those food photo... semua nampak sedap
ReplyDeleteWowww sampai ke Melaka tue...
ReplyDeleteMurah juga harga yang ditawarkan.. Lagi2 kalau datang ramai-ramai...
Sedapnya makanan masakan kampung kat sini..boleh la buat family gathering
ReplyDeleteWahhhh ada yong tau fu laaa. Semua nampak sedap. Dah dekat nk puasa ni macam ni la, haha
ReplyDelete