Bersempena dengan Ulangtahun ke 18, Grand BlueWave Hotel Menganjurkan Zumba Fitness Healthy Lifestyle
Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-18 Grand BlueWave Hotel telah menganjurkan Zumba Fitness Healthy Lifestyle khas untuk kaum wanita. Tujuan program Zumba ini diadakan adalah untuk mengubah kehidupan masyarakat hari ini melalui kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan secara keseluruhan.
Bagi saya sendiri aktiviti zumba ini memang lain daripada yang lain. Apatah lagi ianya merupakan aktiviti yang bukan sahaja dapat membantu membakar lemak badan bahkan dapat mengurangkan rasa tekanan dalam diri. Apatah lagi aktiviti ini dilakukan bersama rakan-rakan memang menyeronokkan,
Bertempat di Dewan Serunai, Aras 4, Grand BlueWave Hotel Shah Alam bermula dari 7.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kami telah melakukan pelbagai aktiviti yang berkait dengan penjagaan kesihatan,
Untuk aktiviti pertama adalah ber-Zumba yang telah diberi tunjuk ajar oleh Cik Hida dan Cik Bella. Sebanyak 24 lagu telah dimainkan dan pelbagai pergerakan tarian zukma telah diajarkan kepada para peserta. Serius memang terasa seronok dengan badan yang memang berpeluh banyak. Ini benar-benar secara intensif saya melakukan aktiviti zumba. *Serius tak tipu, hakhak
Selama hampir 2 jam kami melakukan aktiviiti zumba dengan 24 lagu non-stop.
Seterusnya turut diadakan aktiviti memotong kek bersempena dengan sambutan ulangtahun Grand BlueWave yang ke- 18 tahun.
Peserta juga berpeluang untuk mempelajari beberapa petua dan tips untuk meningkatkan personaliti diri terutama teknik solekan wajah melalui tunjuk ajar dari MUA Bayu Spa.
Kami juga sempat menikmati hidangan yang enak dan berkhasiat yang disediakan oleh chef -chef hebat dari Grand BlueWave Hotel. Pengalaman menikmati waktu 'brunch' yang ohsem setelah berhempas pulas berzumba hehehe.
Hampir 100 peserta telah menyertai acara anjuran GBWSA. Memang meriah! Dan tahniah juga GBWSA di atas 18 tahun kecemerlangan didalam industri hotel dan pelancongan Malaysia.
Selama hampir 2 jam kami melakukan aktiviiti zumba dengan 24 lagu non-stop.
Seterusnya turut diadakan aktiviti memotong kek bersempena dengan sambutan ulangtahun Grand BlueWave yang ke- 18 tahun.
Memang meriah apabila ke semua peserta menyertai sama acara memotong kek ini :-) Turut hadir di acara orang kuat di dalam pentadbiran Grand BlueWave Hotel Shah Alam.
Peserta juga berpeluang untuk mempelajari beberapa petua dan tips untuk meningkatkan personaliti diri terutama teknik solekan wajah melalui tunjuk ajar dari MUA Bayu Spa.
Kesihatan yang baik adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai dalam hidup. Pepatah ada mengatakan yang 'Kesihatan adalah Kekayaan' menyoroti betapa kepentingan kesihatan yang baik dalam kehidupan kita. Berkolaborasi bersama Hospital Pakar KPJ Selangor, peserta boleh membuat pemriksaan kesihatan secara PERCUMA disini.
Bersempena dengan Ulangtahun ke 18, Grand BlueWave Hotel Menganjurkan Zumba Fitness Healthy Lifestyle
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 19, 2018
Rating:
Selain terkenal dengan masakan rupanya diorang buat program kesihatan jugak..best la kan..seronok zumba ramai- ramai
ReplyDeleteWith countless numbers endowments of activity to browse, you make certain to satisfy everybody this Christmas season. Your loved ones will receive the unlimited rewards of activity and you'll feel incredible realizing you helped them look and feel their best! fitnessbond.com
ReplyDelete