Kempen GROW Mendidik Generasi Muda Untuk Lebih Sayangkan Alam Sekitar Melalui Bercucuk Tanam

Baru-baru ini saya dan anak-anak berkesempatan meyertai satu kempen menarik iaitu kempen GROW yang telah diadakan di Tropicana City Mall. Untuk pengetahuan semua Kempen GROW ini telah dilancarkan oleh Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall (The Mines).

Tujuan kempen GROW ini adalah untuk mendidik generasi muda hari ini bagaimana memelihara bumi melalui penanaman sayuran secara hydroponik. Apa yang lebih menarik kanak-kanak yang hadir turut diberi peluang untuk mencuba sendiri menanam sayuran secara organik didalam rumah hijau.

Penerangan tentang cara penanaman sayuran organik telah disampaikan oleh Professor Kajendiran Latchamanan. Menurut Prof., setiap anak benih yang sama disemai dengan baik perlulah diberikan segala nutrisi yang diperlukan oleh tumbesaran tumbuhan. Ini termasuklah cahaya, udara, air dan baja.

Menurut Cik Paulin Lim (Pengurus Pemasaran dan Komunikasi), "Ini adalah kolaborasi jangka masa panjang di antara The Mines Shopping Mall dan Tropicana City Mall bersama Oliver Gourmet (local grocer). Di mana kempen ini mensasarkan generasi muda untuk lebih memahami tentang kebaikan yang bakal diperolehi jika kita berbudi kepada tanah (bercucuk tanam) dan punyai sikap terhadap sayang alam-semulajadi"

Lihat sahaja bagaimana anak-anak ini belajar untuk meletakkan benih didalam bekas hydroponik yang disediakan. Sesuatu yang cukup seronok apabila melihat anak kecil kita bersungguh-sungguh menyertai aktiviti bercucuk tanam ini. 

Selain itu, anak-anak juga berpeluang memetik hasil tanaman  yang sudah sedia besar. Kehijauan sungguh warna sayur bayam yang ditanam.

Sebenarnya aktiviti bercucuk tanam di 'Mall' agak unik. Biasanya kita bercucuk tanam di halaman rumah atau kebun di kampung tetapi kini sudah ada Mall yang menjalankan tanaman hydroponiknya yang tersendiri. Bukankan ianya sesuatu yang hebat?

Dengan adanya Kempen GROW anak-anak (khasnya memang membesar di bandar), boleh melibatkan diri sambil belajar cara menanam. Sekaligus aktiviti ini mampu menyerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka seperti sayangi hidupan, kasih pada alam sekitar, bertanggungjawab dan pelbagai lagi.

Hasil tanaman ini juga akan dijual di Gourmet Oliver yang mana pelanggan boleh mendapatkannya secara"segar dari kebun rumah hijau". Hasil jualan ini akan disalurkan ke organisasi kebajikan yang dipilih.

Bermula sekarang sehingga 31 Disember 2018, setiap ahli CapitaStar akan diberikan 500 STAR$ dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM30 mana-mana produk GROW dari Oliver Gourmet di Tropicana City Mall dan juga The Mines.

Keterangan lanjut boleh layari:-

Jom sama sertai Kempen GROW!
Kempen GROW Mendidik Generasi Muda Untuk Lebih Sayangkan Alam Sekitar Melalui Bercucuk Tanam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 25, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. Best nya dapat join program 'green'sebegini. Pendedahan yang bagus tuk anak-anak. Teringin nak join bawak anak-anak nanti.

    ReplyDelete
  2. Wah. Ramai gi program grow ni ekk.
    Syok lah. Meriah. Bermanfaat. Anak dpt pendedahan yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. wahhh tanam pokok tu bagus exposure untuk anak-anak, teruja tengok saiz bayam yang gemok gemok tu, mesti kenyang buat jus atau makan macam style ulam-ulam tu.. yummmehhhh...

    ReplyDelete
  4. Bestnyer anak2 tanam pokok2 dan menuai pokok2. Dulu Dania pernah join aktiviti tanam pokok dengan Kak Yunalis Zarai pun dah happy. Ye lah bagi anak2 kita ni bereksplorasi dan bersosial dengan rakan sebaya.

    ReplyDelete
  5. Memang perlu sih program seperti ini. Apalagi buat anak-anak, jadi dari kecil sudah didik untuk melestarikan lingkungan. :D

    ReplyDelete
  6. Memang best dapat join event ni. Anak-anak pon happy bila dapat menuai sayur tu. Segar dan cantik kejadian sayur bayam yang ditanam secara hydroponic.

    ReplyDelete
  7. Bagus bagi pendedahan kepada anak- anak kita kan..seronok jer diorang...hasil yang dijual tu nampak segar dan menarik la..kalau SA ada kat situ sure SA pergi beli gak tu...

    ReplyDelete
  8. Semua orang wajib sayang tanaman sebab tanaman banyak sekali manfaat bagi manusia. Untuk itu mari bersama sama menanam pokok. Klo sayur kita tanam sendiri akan lebih sehat dan segar

    ReplyDelete
  9. Baguslah ada aktiviti macm ni. Bagi pendedahan pada anak-anak dengan makayah sekali ;) Sambil menanam sambil beramal.

    ReplyDelete
  10. Ramai ibu bapa pergi ke sini untuk mendedahkan kepada anak - anak mereka tentang kempen sebegini. Seronok dapat join kempen Grow . :)

    ReplyDelete
  11. bagus kempen mcm ni. kalau tak asyik terperap tgk kartun & main ipad je. hehe

    ReplyDelete
  12. Wahh bagus betul usaha macam ni ya! Ingat dulu belajar juga pasal tanaman hidroponik tapi dah lupa! Hihi. Bagus juga didedahkan anak2 kecil supaya lebih banyak berbakti kepada tanah! Hihi.

    ReplyDelete
  13. Bestnya...i plan to do one at my small balcony...boleh buat aktiviti dengan anak kan..best pun best...dapat hasil lagi kan

    ReplyDelete
  14. Satu program pendekatan yang baik bukan sahaja kanak-kanak tapi untuk orang dewasa juga. Sekarang jarang sangat nak spent masa untuk aktiviti bercucuk tanam ni. Teknologi pun dah bertukar mengikut zaman. Dah ulu ya, nak bercucuk kena buat bat's skrg lg bagus. Cepat dan senang.

    ReplyDelete
  15. it is a great education for the children as nowadays they are too much with the technology staff and only play harvest game throught this technolofy. from learning the real harvest, at least they know how difficult was it.

    ReplyDelete
  16. Suka betul dengan aktiviti Grow ni sebab dapat menanam dan menuai. Memang beri pendedahan dan ilmu untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak di samping memupuk minat.

    ReplyDelete
  17. Bagus sangat aktiviti bercucuk tanam ni di ajar dekat anak-anak. At least dorang tau menghargai tanaman tu kan. Tanaman hidroponik ni sesuai untuk org yg ada rumah yg terhad kan kak ayu?

    ReplyDelete
  18. tetiba teringat akan program dengan alam flora pada beberapa tahun lepas. memang best sangat buat aktiviti macam ni

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.