Kempen #YOUCANDUIT Untuk Kita Yang Ingin Menjana Lebih Pendapatan!

Tak ada kerja..
Susah nak cari kerja...
Penganggur sekian lama...
Demand dunia pekerjaan dah tak ada..

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu seperti yang diluahkan diatas sering diperkatakan dikalangan masyarakat kita. Biarpun dikatakan di pasaran luar ada terdapat banyaknya peluang pekerjaan tetapi tidak dinafikan mereka yang mencari pekerjaan sememangnya berganda-ganda ramainya berbanding dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Jadi hidup didalam dunia serba digital ini, apa yang kita boleh lakukan bagi membolehkan kita mencari rezeki yang halal tanpa menunggu sampai jemu untuk memperolehi pekerjaan yang diidamkan...

Satu persoalan yang perlu kita fikirkan...

Ok, korang pernah tak dengar mengenai kempen #YOUCANDUIT ???


Untuk pengetahuan korang #YOUCANDUIT adalah satu kempen untuk menjana pendapatan digital yang diperkenalkan oleh MDEC. Yang mana seperti yang kita ketahui zaman dunia tanpa batasan hari ini membolehkan Teknologi Digital meningkatkan semangat daya saing dikalangan masyarakat untuk memperbaiki kehidupan mereka di Malaysia.

Bahkan tidak dinafikan Ekonomi Digital kini telahpun menjadi fenomena di seluruh negara yang menjadikan kehidupan masyarakat yang terlibat ke arah taraf hidup yang lebih baik. 

Untuk sepanjang tahun 2016 dan 2017, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dikalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT. Kempen ini memperkenalkan dan melatih mereka dan golongan isi rumah berpendapatan rendah kepada peluang pendapatan digital melalui tugas yang mudah dan sesuai dengan kemahiran mereka di eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing. Kempen ini juga menggalakkan dan mendidik pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan.


e-Usahawan:

Program eUsahawan ini dibuka kepada mereka yang sudah mempunyai perniagaan sendiri. TETAPI masih memasarkan dengan cara tradisional seperti berniaga di pasar malam, jualan pintu ke pintu, jual di gerai atau di kedai dan sebagainya. Rasional adakalanya agak sukar untuk usahawan itu sendiri untuk memasarkan produk/barangan mereka dengan lebih luas lagi.



Contohnya penjualan kek dan biskut. Di mana kita tidak nafikan golongan wanita Malaysia hari ini cukup gemar memasak dan membakar biskut dan kek. Dari hanya bermula sebagai hidangan keluarga tetapi kini mereka boleh niagakan hasil masakan mereka menerusi hebahan di Teknologi Digital. Isunya di sini adakah usahawan ini benar-benar tahu bagaimana hendak memperluaskan dunia pasaran mereka di dunia Teknologi Digital. Nah! Di sinilah peranan MDEC yang memperkenalkan eUsahawan yang mana telah disediakan modul, kelas dan kursus yang perlu mereka ikuti bagi memantapkan pengetahuan mereka terutama bagaimana cara terbaik untuk mereka pasarkan produk mereka melaui Teknologi Ditital. Antaranya seperti penggunaan FB ads, pemasarana di Instagram, penulisan "copy writing" dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja MDEC juga akan memantau prestasi setiap peserta yang mengikuti program eUsahawan untuk tempoh masa tertentu. Peserta yang sering menunjukkan kemajuan yang berterusan akan ditawarkan program latihan lanjutan keusahawanan digital. Selain insentif tersebut, peserta berpeluang untuk menyertai sesi mentor secara peribadi bersama ahli perniagaan online yang berjaya serta menimba ilmu dalam pengurusan wang yang konsisten. Peserta juga akan diberi bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta terus kekal maju dalam perniagaan digital. 

Secara kesimpulannya program eUsahawan ini membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada masyarakat kita. Paling penting untuk pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma. Secara personal, eUsahawan ini mampu menambah baik taraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital. Bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital..gitewww..


Impak hasil program eUsahawan seluruh negara sejak bermula pada Julai 2015 hingga Disember 2017:-

o Seramai 156,580 pelajar TVET dan usahawan mikro telah dilatih;

o Seramai 44,466 telah melapor jualan;

o Menjana RM227.14 juta jualan atas talian

Hebat bukan.....

Untuk setakat Disember 2017, sebanyak 778 pusat eUsahawan termasuk TVET, IPT, PI1M, PIC, RTC dan UTC telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini antaranya seperti:-

o UUM
o UiTM
o UMK
o UniKL
o Kolej Universiti Poly-Tech
o MARA
o Kolej Poly-Tech MARA
o German Malaysian Institute
o Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
o Institut Latihan Perindustrian
o Jabatan Pendidikan Politeknik
o Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
o Koleh Kemahiran Tinggi MARA
o Institut Kemahiran MARA
o Instititut Kemahiran Belia Negara
o Kolej Professional MARA
o Giatmara


Di bawah program eUsahawan Marketplace, MDEC telah kerjasama rakan kongsi program platform e-dagang terkemuka seperti MyBazar, AVANA, 11th Street, Shopee, dan Lelong.my. Ke semua platform e-dagang ini mampu menyediakan platform dagangan online untuk membantu usahawan mikro menjangkau pasaran yang lebih luas. 

MDEC juga bekerjasama dengan agensi-agensi pembangunan serta NGO untuk menyalurkan ahli-ahli yang merupakan usahawan mikro ke dalam kursus ini. Setakat ini, agensi-agensi berikut telah mula menyalurkan senarai nama usahawan mikro:

· Persatuan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
· Universiti Malaysia Kelantan
· East Coast Economic Region (ECER)
· Majlis Amanah Rakyat (MARA)
· Kedah Industrial Skills and Management Development Centre
· Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
· Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)
· FELDA
· Universiti Malaysia Kelantan
· Jabatan Tenaga Kerja
· Secretariat for Empowerment of Indian Entrepreneurs (SEED)
· Perbadanan Usahawan Johor
· Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
· FAMA
· Felcra Berhad
· UITM Sri Iskandar
· UITM Technology Centre Sdn Bhd
· Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
· CQ Bryers College
· Amanah Ikhtiar Malaysia
· Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
· Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
· Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
· Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
· Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
· Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu
· Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita (PPUW)
· Pertubuhan Wanita Bekerja Sendiri Malaysia
· Pusat Khidmat DUN Manjoi
· Kerajaan Negeri Kedah
· Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
· Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
· UMNO Johor
· Yayasan Bina Upaya
· MyWin Academy
· Satu Daerah Satu Agensi
· Parlimen Kota Belud, Sabah
· Telekom Malaysia

Untuk rekod pada tahun 2017, MDEC telah melatih lebih 102 ribu orang peserta dan lebih 25 ribu daripada mereka telah menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang telah dijana pula adalah lebih RM175 juta.

Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015 sehingga Disember 2017, lebih 156 ribu peserta telah dilatih dan lebih 44 ribu orang telah berjaya menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang dilaporkan adalah lebih RM227 juta.

So kalau korang nak menyertai Usahawan mikro di seluruh negara boleh mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/ atau  dapatkan maklumat dengan lebih jelas di www.youcanduit.mdec.my

Korang juga boleh dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan di laman Facebook  @eUsahawanMY


e-Rezeki:

eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan secara digital. Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi

Secara mudah eRezeki ini adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa perniagaan (tidak mengusahakan apa-apa produk) tetapi dilatih untuk mendapatkan skil tertentu yang boleh menjanakan pendapatan. Contohnya sebagai penterjemah, penulis sub-title dan banyak lagi sebenarnya.


Antara inisiatif yang dilakukan oleh MDEC agar peserta eRezeki yang cemerlang untuk terus menggandakan pendapatan mereka, contohnya menawarkan program eRezeki Global High Income (eGHI) bagi peserta eRezeki yang terpilih. Di mana melalui program ini, peserta yang layak akan boleh menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa melalui sumber digital menerusi kaedah crowdsourcing.

Dengan kerjasama HRDF, program eGHI kini ditawarkan kepada golongan B40 (golongan isirumah berpendapatan rendah) dan M40 (golongan isirumah berpendapatan sederhana- middle class, termasuk mereka yang telah diberhentikan kerja yang berkemahiran tinggi.

Secara mudahnya, pendapatan isi rumah di Malaysia dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu T20, M40 dan B40. T20 ni adalah kumpulan yang berpendapatan RM8319 dan ke atas. M40 pula kumpulan yang berpendapatan antara RM3860 ke RM8319 manakala B40 berpendapatan dibawah RM3860. Maksudnya kat sini, 80% dari rakyat Malaysia berpendapatan isi rumah RM8319 dan ke bawah. Ingat pendapatan isi rumah ya, bukan gaji individu.Jadi kalau kau dan isteri masing-masing bergaji RM2000 sebulan kau dah berada di kategori pertengahan M40. Orang putih cakap golongan middle class
Sumber: http://apemazing.com/beza-pendapatan-t20-m40-b40-di-malaysia/



eRezeki adalah langkah strategik di mana penyertaan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 ke dalam platform-platform crowdsourcing, diselia bagi memastikan kapasiti dan kualiti pekerja digital dari Malaysia adalah menepati kehendak industri antarabangsa. Secara langsung, ini akan menjadikan pekerja digital dari Malaysia sebagai pilihan pemain industri dan seterusnya menyumbang kepada penjanaan pendapatan serta membantu kearah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi.

Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:

a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.

Sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam program eRezeki, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seperti Beautiful Gate Foundation for the Disabled, sebuah persatuan khusus untuk golongan OKU yang menyediakan kemudahan tempat tinggal dan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuk latihan kemahiran pekerjaan kepada 900 OKU yang berdaftar di pusat-pusat kemudahan mereka di seluruh negara.


Selain itu, Beautiful Gate Foundation for the Disabled juga turut menyediakan sebuah platform atas talian, OKUJobs.com.my yang bertujuan untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Setakat ini, lebih dari 4,000 OKU telah berdaftar di dalam platform tersebut.

Bagi meningkatkan penglibatan wanita di dalam program eRezeki ini, pihak MDEC telah bekerjasama dengan sebuah platform pekerjaan atas talian, HerPortal (sebelum ini dikenali sebagai Moms4Project) yang bertujuan untuk memudahkan golongan wanita khususnya ibu tunggal atau suri rumah yang memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti kerja-kerja online dan digital daripada rumah.

MDEC juga telah berbincang dengan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bagi mempromosikan program eRezeki kepada ahli-ahli persatuan dan mendedahkan mereka dengan peluang kerjaya digital secara atas talian.

Bagi eRezeki pada tahun 2017, setakat bulan Disember lebih 98,580 orang telah dilatih melebihi sasaran MDEC iaitu sebanyak 197%, dan lebih 62,700 orang telah menjana pendapatan tambahan melebihi sasaran iaitu sebanyak 125%. Jumlah pendapatan yang dilaporkan adalah sebanyak RM83.9 juta, juga melebihi sasaran iaitu RM70 juta.

Secara kumulatif, sejak pelancaran program ini pada tahun 2015, lebih 151 ribu peserta dilatih dan seramai 98,888 orang telah dilaporkan menjana pendapatan tambahan. Jumlah pendapatan tambahan secara kumulatif adalah sebanyak RM112.9 juta; dan sebanyak 346 pusat dan wakil eRezeki telah diwujudkan.

Sila layari www.erezeki.my atau www.youcanduit.mdec.my untuk maklumat lanjut dan berdaftar secara online. 

Untuk dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman media sosial Facebook: @myeRezeki  dan juga Instagram: @erezekimy


Caprice antara selebriti Malaysia yang sangat menyokong usaha MDEC dalam melaksanakan Kempen #YOUCANDUIT :-)

Secara kesimpulannya, program eUsahawan dan eRezeki adalah program-program utama menjana pendapatan sampingan secara digital.

Korang boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau
·       Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:


o Facebook: @YouCanDuitMY
o Instagram: @youcanduitmy
o Hashtag: #youcanduit
Kempen #YOUCANDUIT Untuk Kita Yang Ingin Menjana Lebih Pendapatan! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 26, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. Dah ramai dah yang join YouCanDuit ni. Sapa yang nak menjana pendapatan tu, join la. Tak salah kita cuba kan ? Hehehe. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak sebab dapat membantu golongan OKU juga

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Memang bagus program YouCanDoIt ni. Sebab perniagaan online memang menguntungkan kalau dibuat dengan bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  4. Wahhh bagus lah inisiatif yg cuba diketengahkan oleh kempen ini. Dia bukan sahaja membantu untuk memulakan perniagaan malah akan guide dan juga pantau. Bagus betul. Ini betul2 nak tengok subjek berjaya. Good job MDeC

    ReplyDelete
  5. Liez since berhenti kerja last year ada plan nak g ecommerce ni..tapi xth nak cr info.. terima kasih atas info yg diberikan.. liez akan cuba kali ni

    ReplyDelete
  6. Bagusnya program You Can Duit ni disamping dapat membantu golongan berpendapatan rendah, penggangur dan juga golongan muda dalam mencari peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak diadakan program sebegini utk jana pendapatan dlm zaman mcm ni.
    Nampak gaya sis kena study betul2 pasal program ni utk memahami lbh lanjut. Macam berminat je nak join

    ReplyDelete
  8. WAH MENARIK SANGAT NI...
    memang sekarang bekerja di rumah sehaja....
    rasa macam nak discover you can duit ni sebab nak cover banyak benda ni nak cover komitmennnn.... heeeee.... kena belajar ni thanks for sharing ! ;)

    ReplyDelete
  9. Program mdec mmg sangat bagus. Saya adalah antara peserta eusahawan tahun 2016. Mdec mmg membantu peniaga kecil dan memberi peluang untuk kembangkan perniagaan. Saya syorkan siapa2 yang nak berniaga secara serius tu untuk join aktiviti mdec :)

    ReplyDelete
  10. Baguslah MDEC mengadakan program You Can duit macam ni, sangat membantu kepada usahawan yang baru nak naik dan mencipta nama. Terima kasih diatas perkongsian ini nak share dengan kawan-kawan yang buat busines.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih banyak atas informasinya. Memang bagus program YouCanDoIt. Patut sangat ni orang bergabung dengan youcandoit agar lebih banyak orang yang melek teknologi dalam urusan perniagaan.

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan perkongsian ni. Saya pernah pergi karnival di Istana Budaya. Pengisian yang bagus ajar usahawan terus survive dalam dunia perniagaan. Yang bijak guna peluang online memang boleh buat duit. Syabas juga MDEC atas usaha ni

    ReplyDelete
  13. Rezeki ni luas. Banyak dah kempen kerajaan buat untuk bantu para penganggur. Ramai cakap tiada modal. Nak Bisnes best best je. Pucuk pangkalnya tanya diri, apa yang mereka minat. Kena sit down dan fikir siri sendiri. Sebab kita nak long term Bisnes. Bukan setakat ikut orang jual shawl, ko beli label, beli kain, hantar jahit pukal dan cari model. Done. Tapi bila ekonomi naik skit, dah give up. Jangan lah gitu kan. Join la program perniagaan mdec. Buka booth pun tak mahal. Pasti Youkenduit

    ReplyDelete
  14. Pernah dengar pasl youcanduit ni..kaf tv ada. Bagua kalau siapa nak niaga ikut maauk mdec ni. Semua dia bantu dari zero sampai la berjaya..peniaga dapat belajar cara yangbbetul..memnav rekemen kawan2 yang meniaga ni

    ReplyDelete
  15. Benda macam ni yang paling penting usaha dan kerajinan tu. Kalau buat macam-macam tetiba malas tak guna jugak kan kak.

    ReplyDelete
  16. bagus ada program mcm ni..dpt memberi peluang pd mereka utk menjana lebih pendapatan..skarang ni mcm2 bole buat tp kena tau juga caranya kn...yela ngan ekonomi skarang ni sure kita kena cari peluang utk tambahkan pendapatan lain

    ReplyDelete
  17. I always encourage people to do things online and this indeed a great program to help more people in learning and earning for their own

    ReplyDelete
  18. Aci tak kalau Rawlins rasa macam nak daftar gakkat eUsahawan tu? Rawlins nak share info ini dekat adik Rawlins sebab dia peniaga dan penyedia makanan kecil-kecilan.

    ReplyDelete
  19. Sekarang banyak cara kita boleh menjana pendapatan, online is one of the way and also getting more popular.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. MDEC tidak jemu jemu nak bantu usahawan untuk berjaya dalam platform keusahawanan digital. Kagum dengan pencapaian sebahagian daripada peserta yang telah berjaya jana pendapatan beribu-ribu walaupun hanya menjalankan perniagaan secara part time!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.