Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem
Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem | Just Seafood sememangnya cukup popular dikalangan masyarakat Lembah Klang tentang kehebatannya dalam menyediakan pelbagai jenis hidangan shell out. Terletak di dalam Sunway Giza Mall Kota Damasara, lokasi yang cukup strategik untuk mereka yang datang samada sendirian ataupun berteman mahupun berkeluarga. Ini kerana terdapatnya kemudahan letak kereta di bahagian premis mall tersebut.
Tarikan utama dalam hidangan yang ditawarkan di sini bukan hanya disebabkan pelbagai pilihan jenis masakan semata bahkan hidupan laut segar (seafood) yang dihidangkan tidak pernah mengecewakan. Antaranya seperti ketam, udang, sotong, lala, kepah, kupang dan pelbagai lagi.
Namun kedatangan saya dan keluarga ke Restoran Just Seafood baru-baru ini telah mencuba 3 menu hebat yang memang sangat rekomen oleh peminat seaffod yang pernah menikmati hidangan di sini - Nasi Lemak Cajun, Golden Salted Egg dan Original Louisiana Cajun.
Original Louisiana Cajun - Saya bagi 👍👍👍👍👍👍👍👍👍 . Sedap giler! Paling best sebab hidangan ini menggunakan semua hidupan laut (seafood) yang benar-benar segar dan besar. Saiz L ke atas semuanya. Dikatakan ianya adalah inspirasi masakan gaya Vietnam.
Hidangan ini pula kesukaan suami. Menurut suami, gabungan rasa peda sambal nasi lemak memang mantap- cukup rasa dan kepekatannya. Di gabung pula dengan hidupan laut segar bugar. Sinonim dengan persembahan nasi lemak diatas hidangan ini telah ditaburkan dengan kacang tanah dan ikan bilis yang digoreng ranggup. Dan pastinya menikmati dengan nasi lemak memang padu rasanya. Cenggini rasanya 👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Ini pula gaya masakan Golden Salted Egg. Untuk anak-anak memang mereka sukakan gaya masakan seperti ini 💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓. Terasa lemak-lemak manis dan masin cukup sesuai bagi mereka yang tidak sukakan rasa pedas.
Selain adanya pilihan nasi putih dan nasi lemak untuk dinikmati bersama hidangan shell-out. Kita juga boleh mencuba menikmatinya bersama Deep Fried Man Tou. Paling best kalau nikmati Man Tau ini bersama dengan hidangan Golden Salted Egg. Memang confirm susah nak berhenti makan, hakhak. Sedap oii!
Bayangkan kalau dapat makan beramai-ramai bersama rakan dan keluarga di sini. Mesti bertambah meriah.
Licin. Nasib baik kulit kupang tu tak ditelannya sekalikan. Bukti betapa enaknya hidangan yang ditawarkan di Restoran Just Seafood :-)
Antara peminat hidupan laut yang agak ekstrem. Yana, Afiq dan Akid memang teruja apabila berpeluang merasai sendiri hidangan enak dari Just Seafood. Menurut mereka gabungan rasa pedas yang tidak keterlaluan (just nice) serta percikan rasa sour untuk hidangan Original Louisiana Cajun benar-benar memikat. Digabungkan pula dengan Golden Salted Egg yang mempunyai rasa lemak-lemak manis dan juga Nasi lemak Cajun yang mempertaruhkan rasa sambal ikan bilis memang terbaik. Btw berapa kali entah anak-anak ini repeat nasi dan Man Tau.
Suasana restoran agak luas, boleh memuatkan sehingga 80 orang untuk kegunaan sepenuhnya ruang bawah. Terutama jika kita datang ramai, bolehlah membuat tempahan terus daripada pihak restoran.
Saya bersama pemilik Restoran Just Seafood iaitu Mr Terence Ham. Saya kagum dengan Mr Terence yang begitu komited dan bersungguh-sungguh memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan yang ditawarkan mengikut selera mereka. Selain itu kualiti hidupan segar yang terbaik sememangnya sentiasa dijadikan faktor utama bagi memastikan hidangan yang dihasilkan begitu sempurna. Nah! Tidak hairanlah Restoran Just Seafood ini bukan sahaja dikunjungi masyarakat tempatan bahkan ada dikalangan pelanggannya juga datangnya dari luar negara.
Jadi kalau korang nak cuba sendiri bolehlah terjah di lokasi:
Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14,
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (RSVP)
Nak datang naik MRT pun boleh ya. Berhenti di stesen Surian. Jalan kaki sahaja ke Sunway Giza sebab ianya begitu dekat dengan stesen MRT. Nak lagi senang naik servis GRAB car. Tidakpun datang terus dengan kenderaan sendiri :-)
Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 17, 2018
Rating:
Wahhhh seronoknya kalau makan ramai-ramai di sJust Seafood nie yer. Mesti meriah. Pelbagai makanan laut terhidang pulak tu. Saiz pon bukan calang-calang. Nak jugakkk !
ReplyDeleteYa ampun, datang sini tengok makanan..terus bunyi perut ku. Harap dapat bertahan sehingga waktu maghrib nanti. Seronok juga makan gaya shell out...dapat erat silaturahim.
ReplyDeleteSedapnya semua menu yang dihidang. Saiz seafood besar2 pula tu. Ana paling tertarik dekat golden salted egg tu. Sedapnya.
ReplyDeleteSedapnyee shellout.. Iris mmg suka shellout boleh la ltak dalam list tempat ni. Tq for sharing
ReplyDeleteAlahaiii... Dari tadi dok baca pasal makan je ni. Menjejes ailio dibuatnya. Seafood apatah lagi. My feveret. Pernah makan dekat just seafood. Memang terbaik sebab sedap.
ReplyDeletedia buat style shell out dah,, dulu kami makan yang ketam gergasi kat sini ngan oyster memang gila fresh lah sedap sangat kualiti pun jaga sangat..
ReplyDeletemudah dah skang ni nak ke damansara dgn wujud nyer mrt kan.
ReplyDeleteshell out !!! lama dah aida tak bershell out.
sebab laki bini elergi dgn seafood. itu yg jarang gi.
sebab kalu gi, abis semeja seafood tu kami anak-beranak bedal.
then, 3- 4 hari laki bini demam :) ha ha ha
Ni Shell Out la ni. Makan pula dengan nasi lemak. Nyumsss....I memang suka makanan laut ni. Seleksi makanan laut pun kemain banyak. Nak nak makan dengan yang tersayang pulak. Memang bertambah best.
ReplyDeleteSeronoknya dpt makan ramai2... meriah sungguh! Inilah masa famili bonding bersama kan.
ReplyDeletememang sedap sampai melekat bau bebahan rempah tu kat tangan..hahaha..
ReplyDeleteeksaited lebih sbb terinterprem kt blog kak ayu..yeayy!!
jom repeat lgi jom!
My children likes the salted egg too. Next round, will bring my husband there to try it out.
ReplyDeleteYa ampunnnnn...menyesalnya x pergi ari tu...nasib baik la ada hal siang tu kan...next time nak datang sini la...
ReplyDeleteSeronoknya dapat makan ramai-ramai. Sedap ye Seafood Cajun tu Kak Ayu? Nanti kami pun nak try la. Terliur dah ni.
ReplyDeleteWalaweyyy sedapnya nengok gambar ni kak. Pernah gak makan di Just Food..tp shell out biasa je. Teringin nak makan nasi lemak cajun tu
ReplyDeleteSedapnya kak...ramai ramai shell ou mcm nih memg best. Tengok gambar je dah terliur kak. Nampak sedap dan masing masing makan tak pandang kiri kanan
ReplyDeleteDekorasi kedai dia cantik dan kemas. Besar pun iye. Onie kalau area rumah ni ada satu jugak tempat makan lauk cecampak. Memang sedap masakan dia . nanti la nak try makan kat sini lak..
ReplyDeleteAduhaiiii...untungnya lahai dapat makan shell out ni. Nampak sedap sis tengok, bila lah ada org nak belanja sis makan kat sini
ReplyDeleteSpaciousnya ruang kedai ni..
ReplyDeleteMemang sesuai la makan beramai2 bershell out ni kan...
Tengah telan ailio tengok malam2 ni
Shell out memang best. Cuma ruby tak makan pelbagai seafood. Kena ajak akak la makan sekali. Ruby nak lala aje. Hahahaha. Jom kak kita pi lagi.
ReplyDeleteSedap sangat, tak pernah rasa nasi lemak bersama seafood macam tue.. Rasa macam nak repeat lagi je
ReplyDelete